Resepi Mudah | Tuna & Cheese Rolls

Saturday, April 09, 2016

Assalamualaikum. Ada siap-siapa peminat tuna sini? Ayue salah seorang peminat tuna tau! Selalunya Ayue akan makan tuna mayonnaise sandwich. Lagi banyak tuna, lagi sedap sandwich tu. Hehe. Tapi macam dah bosan lah kan? Asyik-asyik menu yang sama je. Nak juga try menu yang lain, tapi masih mengekalkan tuna tu. 


Hari tu Ayue ada perasan di Facebook, orang post resepi bacon rolls. Nampak macam sedap, jadi Ayue olah sikit resepi tu guna bahan mudah yang ada di Malaysia dan paling penting, menggunakan tuna. Tuna yang Ayue guna adalah tuna cili padi dalam tin jenama TC Boy. Sedap!


Jom tengok bahan-bahan yang Ayue guna dan cara-cara nak buat okey.


Resepi Mudah Tuna & Cheese Rolls | Untuk 1 orang

Bahan-bahan:
  • Tuna with Chili Padi TC Boy - 1 tin
  • Puff Pastry - 1 keping
  • Greek Yogurt - 1 sudu
  • Lada hitam - sedikit
  • Daun bawang - hiris secukupnya
  • Mozarella cheese - sagat secukupnya




Cara-cara:
  • Keluarkan puff pastry dari peti ais dan biarkan pada suhu bilik dalam 15 minit atau sehingga lembut.
  • Sapukan yogurt pada permukaan pastry
  • Letak tuna diatasnya
  • Tabur daun hirisan daun bawang dan letak sedikit lada hitam
  • Tabur cheese secukupnya
  • Gulung pastry kemudian potong 
  • Letak diatas dulang pembakar dan sapukan telur diatas pastry
  • Bakar 160C selama 20 minit
  • Siap dimakan



Mudah saja kan. Kacang dan semudah ABC. Hehe. Ayue suka sangat resepi ni sebab bahan-bahan yang digunakan mudah didapati. Ayue guna bahan apa yang ada dirumah je sebenarnya. Tapi kaau anda nak beli bahan-bahan ni, boleh cari di Giant sebab Ayue selalu belu barang dapur kat situ. 


Oh ya, untuk puff pastry, kalau anda rajin buat, buat lah okey? Ayue tak rajin sebab puff pastry ni rumit sikit nak buat doh nya. Jadi Ayue beli dah siap je dekat Giant tu, jenama Kawan. 10 keping dalam RM6 macam tu. Murah je. Sedap, rangup dan gebu pula. Lagi sedap bila dapat makan dengan tuna. Alahaiiii. Kalau nak buat croissant tuna pun boleh! Haa, ikut citarasa masing-masing lah ya.

Kalau nak tengok video cara Ayue sediakan pun ada ni. Boleh lah tengok untuk bagi gambaran lagi jelas macam mana nak buat Tuna & Cheese Rolls ni okey.



Selamat mencuba!



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog Archive