OtterBox | Casing terbaik Smartphones

11 April 2016

Assalamualaikum. Ayue rasa hampir semua orang sekarang ni mempunyai smartphone. Hampir semua orang juga banyak bergantung pada telefon pintar masing-masing untuk merancang aktiviti harian. Macam Ayue, segala jadual dan aktiviti Ayue seharian ada di dalam telefon. Boleh hilang tujuan sekejap kalau telefon tiada di tangan.

Malah telefon juga merupakan medium utama dalam pekerjaan dan aktiviti sosial Ayue. Banyak kerja yang boleh Ayue selesaikan hanya melalui telefon pintar. Sebab tu pada Ayue telefon ni sangat penting dan harus dijaga dengan rapi.

Disebabkan Ayue ni agak lasak (cuai sebenarnya) dalam penjagaan telefon, Ayue memilih untuk mendapat pelindungan yang terbaik untuk telefon Ayue. Maklumlah, telefon yang dulu hampir retak seribu akibat jatuh dari poket seluar. Bila Ayue beralih pada iPhone, perasaan untuk menjaganya jadi semaksima mungkin. Sayang sangat kononnya sebab nak repair mahal kan? Hehe.


Sebab tu Ayue mengambil keputusan untuk menggunakan OtterBox sebagai casing iPhone Ayue. Walaupun ramai yang lebih rela hidup dengan memandang skrin retak seharian dan sanggup berbelanja hampir separuh dari nilai telefon tu sendiri untuk repair skrin yang retak tu, baik Ayue berbelanja untuk mendapatkan pelindungan yang terbaik untuk iPhone Ayue kan?


OtterBox merupakan jenama casing No.1 di US kerana kualitinya terbaik. Ia mempunyai pelbagai siri mengikut kesesuaian telefon pintar masing-masing. Antara jenama telefon yang ada di OtterBox adalah Apple, Samsung, Blackberry, HTC, Motorola, OnePlus, LG, dan Lenovo.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh OtterBox;

29% - Akan merosakkan telefon mereka hanya dalam 3 bulan selepas membelinya
72% - Menggunakan telefon yang rosak (Ayue lah tu)
75% - Akan mengalami kerosakan telefon 2.8 kali secara purata dalam masa 5 tahun


Memang rata-rata diantara kita mengalami masalah ni kan? Semuanya disebabkan kecuaian kita dan kadang kala ia tak dapat dielakkan. Telefon terlepas dari tangan lah, telefon jatuh masa kerja lah, masa jalan lah, malah dekat dapur sambil masak nak tengok resepi pun telefon boleh jatuh. Kebanyakkan telefon pintar sekarang ni mudah retak dan rosak bila jatuh.


Okey, jom tengok beberapa series yang ada untuk iPhone 6 Plus Ayue ni. Ada banyak lagi series sebenarnya. Anda boleh lihat di laman web OtterBox okey.

Defender Series


  • Mempunyai tiga-lapisan, casing ultra lasak dibuat untuk terus tahan hentakan, jatuh dan calar
  • Built-in touchscreen protector untuk ketahanan terhadap serpihan, habuk, kotoran, calar, dan geseran
  • Mempunyai klip pada tali pinggang
  • Mempunyai membran pelindung dengan ciri Touch ID
  • Mengggunakan bahan terbaik untuk peningkatan ketahanan


Commuter Series 


  • Mempunyai kusyen dalaman dan bahagian luar yang keras untuk menahan jatuh, hentakan dan kejutan
  • Akses sepenuh kepada butang Home dan Touch ID
  • Gaya yang unik dan elegan
  • Reka bentuk nipis tetapi kuat dan mesra poket
  • Memberi perlindungan serta dilengkapi dengan slot untuk simpanan wang tunai dan kad
  • Menggabungkan ciri-ciri keselesaan, keselamatan dan perlindungan. Siri OtterBox ini juga 
  • Mengggunakan bahan terbaik untuk peningkatan ketahanan


Symmetry Series


  • Ultra nipis, cantik, bergaya dan mesra poket
  • Reka bentuk dwi-bahan untuk menyerap kejutan dan hentakan
  • Mudah untuk dipasang
  • Mengggunakan bahan terbaik untuk peningkatan ketahanan


Strada Series


  • Satu-satunya casing OtterBox yang menggunakan genuine leather
  • Rekabentuk cover buku dan mempunyai ruang untuk duit dan kad
  • Tampil kelihatan profesional dan ianya juga tahan lasak.
  • Reka bentuk tiga lapisan untuk menyerap kejutan dan hentakan


Harga OtterBox di Malaysia :

Telefon Pintar
Siri OtterBox
RM
iPhone 6s
Defender
RM199.00
Commuter
RM159.00
Commuter Wallet
RM169.00
Symmetry
RM159.00
MySymmetry
RM129.00
Strada
RM199.00
iPhone 6 Plus
Defender
RM299.00
Commuter
RM189.00
Symmetry
RM189.00
Remarks: All OtterBox case designs are seal under OtterBox Certified Drop+ Protection. Designs are tested for UV exposure, extreme temperature, jeans pocket wear, abrasion, drop and so much more. The on-site, state-of-the-art testing lab houses various equipment, including a custom-built tumbler, thermal shock absorber, accelerated aging environmental chamber, as well as UVA and UVB exposure machines.

Ayue sendiri dah guna OtterBox Symmetry untuk iPhone 6 Plus Ayue. Memang sangat puas hati dan terasa sangat selamat masa menggunakannya. Tak perlu lagi risau kalau telefon jatuh akan retak dan sebagainya. Kalau anak buah main campak-campak telefon pun dah tak risau dah sekarang ni. Hehe.


Ayue suka rekaan Symmetry Clear ni sebab ianya simple, nipis, tahn lasak dan mudah untuk Ayue masukkan ke dalam poket seluar dan handbag. Nampak je tebal, tapi sebenarnya ia sangat ringan berbanding casing Ayue yang terdahulu.










Untuk mengukuhkan lagi kepercayaan anda terhadap OtterBox ni, Ayue nak tunjuk satu video ujian yang dijalankan pada OtterBox Casing untuk menguji keberkesanannya casingnya.


Haa!! Teringin tak? Mesti teruja tengok betapa kukuhnya casing OtterBox ni kan? Ni Ayue ada berita baik untuk anda. Siapa nak casing iPhone OtterBox sama macam Ayue?? Ayue nak bagi PERCUMA ni!


Anda hanya perlu jawap soalan di rafflecopter di bawah dan Ayue akan pilih seorang pemenang okey.


Mudah sangat kan? Jom ramai-ramai join okey.


Terms and conditions:
1. Terbuka kepada seluruh penduduk Malaysia.
2. Giveaway berlangsung dari 11 April 2016 - 17 April 2016.
3. Satu (1) peserta yang bertuah akan dipilih melalui system rafflecopter dan memenangi casing OtterBox
4. Satu (1) pemenang bertuah akan diumumkan dalam masa 7 hari selepas tamat tarikh giveaway.


Cubalah! Mana lah tahu ada rezeki? Hehe.

Untuk maklumat lanjut tentang OtterBox, boleh layari :



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.