TC Boy | Resepi Menggunakan Makanan dalam Tin

13 April 2016

Assalamualaikum. Bila sebut je makanan dalam tin, mesti kita mengeluh sebab bosan kan? Selalunya kita akan sediakan menu makanan dari tin yang tipikal seperti sandwich, salad dan sambal. Yela, kalau tuna je mesti nak buat sandwich, kalau sardin je mesti nak buat sambal. Takda menu lain ke? Haa, entry kali ni Ayue nak share dengan anda resepi yang sangat sedap dengan menggunakan makanan dalam tin dari TC Boy.


Tapi sebelum tu, untuk anda yang belum tahu, TC Boy ni merupakan produk dari Malaysia yang telah mula berada di pasaran sejak tahun 1991 lagi. Di pasaran luar negara Asia Barat khasnya seperti Egypt dan juga Negara-Negara Asia seperti Thailand (dikenali sebagai TCB), Brunei, dan China, jenama TC Boy sudah pun popular tau. 

Apa yang menarik perhatian Ayue adalah produk TC Boy ini telah dihasilkan menerusi kajian inovasi yang teliti yang bagi memastikan produk yang dikeluarkan adalah terbaik dengan menggunakan semua bahan semulajadi, tanpa sebarang penambahan perisa tiruan dan MSG. Ini yang pentingkan? Semua semulajadi. Takda tiruan-tiruan ni. 



Antara kebaikan produk TC Boy adalah : 
  • Omega 3 - kaya DHA dan EPA yang membantu meningkatkan kolestrol yang baik (HDL) dan boleh mengurangkan kolestrol tidak baik (LDL)
  • Protein - keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu
  • Kalsium - sangat memainkan peranan yang utama iaitu pembesaran tulang, pembekuan darah, mengurangkan kontraksi otot dan melancarkan saraf
  • Rendah lemak - boleh membantu mengurangkan penyakit seperti penyakit jantung dan obesiti
Bagus kan? Ada macam-macam kebaikan yang ada jika anda menggunakan produk dari TC Boy ni. Selain mudah untuk disediakan, boleh mengurangkan penyakit lagi. 


Antara produk-produk TC Boy yang ada di pasaran adalah :


TC Boy Tuna & Salmon :

  • Tuna Chunky Flakes in Vegetable Oil
  • Red Salmon Salad
  • Tuna Sandwich Delite
  • Tuna Real Mayonnaise
  • Tuna Mayonnaise Spread Style
  • Solid Tuna in Spring Water
  • Tuna with Chilli Padi
  • Solid Tuna in Vegetable Oil
  • Solid Tuna in Sunflower Oil
  • Solid Tuna in Brine
  • Solid Tuna in Virgin Olive Oil


TC Boy Sardines & Mackerel :

  • Fried Mackerel In Chilli Sauce
  • Mackerel in Tomato Sauce
  • Sardines in Tomato Sauce

Macam-macam variasi dah. Pilih je yang mana satu berkenan di hati untuk dijadikan menu masakan anda. Tapi untuk resepi yang Ayue nak share kali ni adalah menggunakan Mackerel Goreng Dalam Sos Cili, Tuna Sandwich Delite, Tuna with Chili Padi, Solid Tuna in Extra Virgin Olive Oil dan Solid Tuna in Spring Water. Sangat mudah dan sekejap saja masa yang diambil untuk siapkan menu-menu ni. Semua ni menu yang Ayue cipta sendiri tau. Hehe. Harap-harap bergunalah untuk menambah resepi anda yang sedia ada tu.


Mackerel Spicy Dip



Bahan-bahan :

Mackerel Goreng Dalam Sos Cili
Cili Kering
Bawang Besar
Tomato
Cheddar Cheese
Nachos




Fried Sandwich


Bahan-bahan :
Tuna Sandwich Delite
Roti
Telur
Serbuk roti
Sos cili




Tuna and Cheese Rolls


Bahan-bahan :
Tuna with Chili Padi
Puff pastry
Greek yogurt
Cheddar cheese
Daun bawang
Lada Hitam
Telur kuning




Tortilla Tuna Wrap


Bahan-bahan :
Solid Tuna in Extra Virgin Olive Oil
Tortilla Wrap
Salad
Daun Ketumbar
Daun Bawang
Tomato
Cili Flakes
Thousand Island Dressing
Sos Cili


Baca : Resepi penuh dan Video cara masak Tortilla Tuna Wrap



Potato Carrot Soup with Tuna



Bahan-bahan :
Solid Tuna in Spring Water
Kentang
Lobak Merah
Susu Segar
Kangkung/Bayam
Olive oil
Bawang
Daun Pasli


Baca : Resepi penuh dan Video cara masak Potato Carrot Soup with Tuna


Macam mana? Ada yang berkenan dihati tak? Menu-menu ni semua sesuai untuk dimakan sambil santai-santai. Sesuai lah dengan misi TC Boy untuk memasarkan produk yang berkhasiat, berkualiti dan praktikal untuk semua isi rumah. Agak-agak dah bosan dengan menu breakfast, minum petang atau makan malam tu, tukar je la dengan menu dari TC Boy yang Ayue share ni okey? Try lah, best tau. 

Ayue suka juga packaging TC Boy ni sebab ianya dah ada siap-siap ada pembuka tin ni. Jadi anda tak perlu susah-susah nak buka tin guna pembuka tin yang tajam tu. Silap-silap boleh luka jari. Dah lah mudah, makan pun mudah. Hehe.


Oh ya, produk TC Boy ini adalah HALAL dan telah mendapat pengiktirafan daripada pihak Jakim tau. Jadi anda boleh makan tanpa was-was. 

Selamat mencuba :)



Untuk maklumat lanjut tentang TC Boy, boleh layari :

Website : http://tcboy.com/


xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.