California Raisins Raya Fiesta

Tuesday, May 10, 2016

Assalamualaikum. Siapa yang selalu baca blog Ayue mesti tau yang Ayue ni suka memasak. Walaupun tak berapa nak pandai sangat, tapi rajin tu ada. Hehe. Baru-baru ni Ayue ke California Raisins Raya Fiesta sebab ada cabaran memasak di antara blogger.


Untuk California Raisins Raya Fiesta 2016 ni, mereka memperkenalkan pelbagai resepi menggunakan raisins dari Chef terkenal Malaysia iatu Chef Anuar Draman yang bersesuaian untuk menjadi hidangan raya nanti.





Partner untuk cabaran masak Ayue kali ni mesti Numi. Puas juga kami fikir nak baking apa menggunakan kismis, dan akhirnya sepakat untuk buat biskut raya. Hehe. Memang selama ni kalau Ayue masak hidangan yang ada menggunakan kismis, Ayue akan guna California Raisins sebab kismisnya memang sangat berkualiti dan sedap. 


Kami diberi masa selama sejam untuk memasak dan hias hidangan kami sebelum dinilai oleh juri. Kali pertama buat presentation depan chef, rasa macam masuk MasterChef pula tau. Hahah. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Nama resepi kami adalah Twinster Raisin Cookies. Ayue dah siap-siap lukis doily coklat tu malam sebelum bertanding. Cantik tak? 



Menu yang blogger lain buat pun apa kurangnya, hebat-hebat belaka. 

Cafe Raisins Scone oleh Elana dan Tommy Tong

California Raisins Muffin

Twinster Raisin Cookies by Ayue and Naomie (2nd Place)

Corn Raisins Muffins by Jocko 

California Loaf Potion by Aliza and Miriam (1st Place)

Elnino Cookies by Nurmisnan and Hanny (3rd Place)

Alhamdulillah!! Kami menang nombor dua!! Ayue tak sangka sebenarnya. Datang dengan niat saja suka-suka masak, tapi Allah bagi rezeki pada kami. Syukur sangat. Senyum lebar Ayue dengan Numi dapat RM500. Terus rasa nak shopping. Haha.




Harap-harap tahun depan adalah lagi cabaran masak ni. Ayue nak join! Seronok bila dapat masak ramai-ramai dengan blogger lain. Macam-macam menu keluar. Baru Ayue tau banyak jenis biskut raya yang boleh kita buat menggunakan raisins. Raya nanti nak buat lah! Yang penting juga Califonia Raisins, mesti sedap :)




xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog Archive