Surprise Birthday Party Illy & Pika di Pretz n' Beanz

11 May 2016

Assalamualaikum. Entry ni lebih kepada personal sebenarnya. Lama betul Ayue tak kongsi cerita personal kan? Kali ni kena cerita juga sebab ia salah satu memori yang manis sepanjang Ayue berblogging ni.

Dalam 2 tahun lebih Ayue menulis blog, Ayue dah jumpa ramai kawan blogger. Macam-macam perangai! Ada yang talam dua muka, yang perangai pelik, yang selfish pun ada juga. Tapi, geng AjlaaGegirls yang paling awesome sekali.



Sejak dari girls trip kami ke Ajlaa Village, friendship bonding tu masih kukuh sampai sekarang. Ayue sendiri tak sangka tau kami boleh get along sampai macam ni sekali. Masa mula-mula jumpa tu risau juga sebab tak berapa kenal kan, tapi last-last boleh pillow talk sampai ke pagi! Haha.


Okey, dah jadi macam tradisi AjlaaGegirls, setiap kali birthday kami, mesti ada yang nak buat surprise. Bulan March hari tu birthday Suzai, bulan April pula turn Pika and Illy. Yang kelakarnya Pika dah tau awal-awal pasal birthday party tu. Hehe. Takpa lah, next year kita surprise kan awak ye Pika? :)


Kami buat party tu di cawangan baru Pretz n' Beanz di Bangsar. Sebelum ni Ayue pernah pergi ke cawangan mereka di Solaris. Serius memang sedap sangat makanan diorang. Bukan setakat pretzel je, tapi pizza mereka juga diperbuat dari doh pretzel.


Nampak menarik kan? Kali ni Ayue dapat rasa menu lain pula.




Bolognese Chicken Spaghetti – RM18

Grilled Fish with Creamy Sauce – RM26.50

Royale Salmon Egg Benedict – RM 28.90

Continental Breakfast - RM18


Champignon Baked Egg – RM 17.90

Semuanya Ayue suka. Tapi yang paling menusuk kalbu, Champignon Baked Egg!! Makan banyak pun tak puas. Sedap sangat sebab ada mushroom dalam tu. Makan pula dengan pretzel, pergh!

Hiruk pikuk cafe tu kami buat. Riuh rendah dengan ketawa masing-masing. Semua cerita keluar. Hehe. Ayue syukur sangat sebab ada kawan-kawan blogger yang sekepala dan caring macam diorang ni. Walaupun tak cukup ahli masa ni, tapi semuanya sangat banyak membantu tak kira lah hal blogging atau personal. Sweet kan?






Seronok tengok gelagat masing-masing. Tambah pulak dengan AjlaaBaby ni, lagi lah meriah. Comel sangat rasa nak gigit! Haha

Marissa

Sofea

Jom tengok video yang sempat Ayue buat masa birthday Pika & Illy hari tu.


Next birthday Ayna pula. Stay tune! :)




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.