Promosi Mandi | Daging Dendeng Sedap di Kluang Station

03 June 2016

Assalamualaikum. Kluang Station memang terkenal sangat dengan kopi dan roti bakarnya. Ayue dah pernah rasa masa belajar di Johor dulu. Pergh! Memang teringat-ingat sampai sekarang. Cuma kalau nak ke Johor semata-mata nak makan roti bakar macam kerja gila pula kan? Nasib baik Kluang Station ni banyak cawangan.


Mak Ayue cukup suka makan roti bakar Kluang Station. Kadang-kadang siap bungkus bawa balik. Baru-baru ni Ayue ada cuba menu ramadhan mereka. Ini pertama kali Kluang Station memperkenalkan menu Nasi Mandi kepada pelanggannya tau. Bertuah sungguh rasanya Ayue ni.



Antara menu yang ada ialah Whole Leg Chicken, Dendeng Daging, dan Kari Kambing. Ketiga-tiga menu ini dihidangkan bersama Nasi Mandi, Chickpeas Tomato Salsa, Butter Yogurt, Kuah Dhal, Air Sirap Selasih, dan Kurma. Pada Ayue. set ni dah cukup lengkap untuk kita berbuka puasa. Yelah, masa berbuka bukan kita dapat makan banyak pun kan? Kalau anda nak tambah dessert, boleh order lain. Hehe.



Promosi Ramadhan 2016 di Kluang Station



Nasi Mandi dengan Daging Dendeng | Harga RM22.65



Seriously, Ayue makan daging dendeng ni sampai licin! Punya lah sedap. Dah lah memang favorite Ayue tiap kali raya. Walaupun daging dia tak senipis daging dendeng yang sepatutnya, tapi rasanya masih sedap. Untuk anda yang tak kuat pedas tu, boleh cuba menu ni sebab sambal dendeng ni pedas, tapi tidak sampai menyengat. 


Nasi Mandi dengan Kari Kambing | RM22.65


Kari kambing ni pun sedap. Rasa macam rendang pun ada. Ayue suka sedap kambing ni lagsung takda bau hamis kambing dan yang paling penting, tak liat. Sedap je kunyah dengan nasi, masuk ke perut. Haha. 



Nasi Mandi dengan Deep Fried Whole Leg Chicken | Harga : RM22.65


Jika anda datang bersama keluarga, boleh order menu ni untuk kanak-kanak. Ayam ni tak pedas, sangat lembut dan besar! Terasa rempah dia sampai ke isi. Numi suka ayam ni sebab sedap sangat katanya. Ayue pun suka juga, cuma Ayue lebih suka daging dendeng. 


Macam mana? Terliur tak? Ayue yang menaip ni pun terliur tengok gambar-gambar ni. Banyak betul Ayue makan hari tu. Ayue suka makan Nasi Mandi ni dengan butter yogurt yang datang sekali dengan set ni. Ya ampun, kena betul dengan selera Ayue. Tu yang makan sampai tak pandang kiri kanan tu. Haha. 

Tapi jika anda kurang gemar Nasi Mandi, ada juga pilihan lain yang anda boleh order. Antaranya Hainanese Chicken Chop, Kluang Laksa, Kluang Mee Siam, atau Nasi Lemak with Whole Leg Fried Chicken. Semuanya pun sedap. Ikut selera masing-masing okey?

Hainanese Chicken Chop RM16.85

Kluang Laksa RM11.55

Kluang Mee Siam RM7.40

Nasi Lemak with Whole Leg Fried Chicken RM14.75
Panana - Horlicks + banana and peanut butter drink RM10.40

Tapi, untuk anda yang tercari-cari Nasi Mandi yang sedap, kena dengan selera tekak melayu kita ni, boleh cuba promosi Ramadhan 2016 di Kluang Station okey. Berbaloi-baloi dan kena dengan harganya. Portion yang agak besar, lengkap dengan set air dan kurma, pada Ayue harganya sangat berpatutan. Cuba lah ramadhan nanti ya. 

Promosi ni ada dari awal ramadhan sehingga raya aidilfitri nanti.


Untuk pengetahuan anda, Kluang Station ni bukan saja ada restoran yang anda boleh dine-in atau take-away, tapi mereka juga ada service katering. Jika anda tercari-cari servis katering untuk Majlis Korporat, Seminar, Training, Jamuan makan di rumah atau di pejabat, Majlis berbuka puasa, Majlis hari jadi, Baby Shower dan macam-macam lagi lah majlis yang memerlukan katering, Kluang Station boleh ada kan mengikut bajet anda. Bukan setakat makanan tempatan. chef mereka juga membuat makanan yang sedap dan sihat dari masakan Melayu, Cina, makanan India, barat.

Boleh hubungi melalui email yang tertera dibawah untuk bincangkan tentang majlis anda okey.



Tak best lah asyik makan kat kedai orang, nak makan kat kedai sendiri? Pun boleh! Jika anda berminat untuk membuka franchise Kluang Station, boleh hubungi email yang tertera pada flyers dibawah okey. Kalau dah buka franchise nanti jangan lupa panggil Ayue makan tau. Hehe.



Untuk maklumat lanjut, boleh layari :



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.