The Body Shop KLCC | New Summer Collection 2016

03 July 2016

Assalamualaikum. Tau tak sekarang The Body Shop dah ada di KLCC? Haa, outlet baru ni di buka bersebelahan dengan Cold Storage. Kalau anda tak pasti, The Body Shop ni menggantikan outlet "Swatch". Outlet baru di KLCC ni menitik beratkan alam semula jadi, anda akan dapat lihat banyak daun-daun hijau di outlet ni. Hehe.




Bukan tu je, The Body Shop juga ada mengeluarkan koleksi terbaru iaitu  Edisi Khas Piñita Colada, Polynesian Island Tiaré dan Skin Defence sebagai koleksi musin panas.




Piñita Colada

Memperkenalkan pelbagai Edisi Khas Piñita Colada baru dari The Body Shop, penuh dengan bau buahan segar dan syurga tropika. Baunya ada gabungan kelapa dan nanas. Wangi sangat! Ayue jatuh cinta terus bila Ayue cuba Body Butter nya. Bila digabungkan dengan kehangatan badan kita, baunya lagi menyerlah.



Ayue jarang suka bau nanas ni, tapi Piñita Colada keluaran The Body Shop ni betul-betul wangi dan baunya menyenangkan. Tahan lama pula tu. Koleksi ni mempunyai Shower Gel, Body Butter, Exfoliating Cream Body Scrub and Fresh Body Sorbet.


Polynesian Island Tiare

Untuk koleksi Polynesian Island Tiare pula, baunya diesktrak dari bunga Tiara. Bagi anda yang suka bau bunya berbanding buahan, boleh lah cuba Polynesian Island Tiare ni. Gabungan bau oren, bunga eksotik Polynesian Tiare, kemboja dan ylang-ylang, dihangatkan pula dengan campuran kelapa dan vanila membuatkan bau Polynesian Island Tiare ni seakan bau pulau yang segar.



Koleksi ni mempunyai Shower Gel, Body Cream, Body Lotion, Fragrance Mist and EDT.


Skin Defence Multi-Protection

The Body Shop juga melancarkan Skin Defence Multi-Protection, Essence Sun Cream yangmengandungi pelbagai intipati dan mempunyai sehingga SPF 50 PA ++++. Ayue dah cuba produk ni pada kulit Ayue dan rasa dia sangat light, ringan macam takda pakai cream pun macma kebanyakkan krim SPF yang lain.


Ia mempunyai intipati susu sebagai penapis spektrum UV, mencerahkan kulit dengan alga merah dan antioksidan Vitamin C, membantu melindungi kulit daripada penceroboh kulit berganda dan sangat selesa digunakan. Bestkan?


Oh ya, bukan tu je, sempena bulan Ramadan ni, The Body Shop bekerjasama dengan WaterAid utnuk menyediakan air bersih untuk setiap keluarga yang memerlukan dengan setiap pembelian hadiah dari anda untuk yang tersayang. 


Lebih 650 juta orang di seluruh dunia, tiada akses kepada air bersih dan sekitar 1,400 orang mati setiap hari akibat penyakit yang disebabkan oleh air kotor dan sanitasi miskin. Jadi, apabila anda membeli hadiah untuk orang yang dikasihi daripada The Body Shop tahun ini, anda tahu anda menyumbang semula kepada dunia juga.







Untuk maklumat lanjut tentangsemua produk ni, boleh layari :




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.