Contest Traveloka Winning Stay

28 April 2017

Assalamualaikum. Tiap kali nak bercuti, mesti kita nak survey macam-macam promosi yang ada kan. Salah satu website yang Ayue takkan lepas tengok adalah Traveloka sebab di situ Ayue boleh book tiket flight dan hotel sekaligus dengan harga yang murah. Ayue pernah tulis tentang Traveloka di sini : http://www.ayueidris.com/2016/11/tempah-percutian-bersama-keluarga.html

Kali ni Ayue nak share pula dengan anda tentang peraduan yang sedang dijalankan oleh pihak Traveloka iaitu Traveloka Winning Stay dimana anda berpeluang untuk menang penginapan untuk 2 hari 1 malam. Bukan untuk berdua saja tau, tapi untuk 4 orang! Haa, boleh bawa satu keluarga terus bercuti dengan anda.


Peraduan ni berlangsung selama 4 minggu di Facebook rasmi Traveloka dimana setiap minggu hadiah tempat penginapannya berbeza-beza. Pada Ayue kesemua tempat penginapan yang ditandingkan sangat menarik dan membuat anda teruja untuk join. Antara tempat penginapan yang boleh dimenangi adalah :

Minggu 1 : Rain Forest Inn, Cameron Highlands
Minggu 2 : 5 Heeren, Malacca
Minggu 3 : Fig Tree Hill Resort, Penang
Minggu 4 : Sunway Lost World Hotel

Macam mana? Best kan? Ayue yang menulis ni pun excited tau. Sekarang dah minggu ke-empat. Minggu terakhir untuk anda join peraduan ni. Hadiah untuk minggu ni pada Ayue yang paling best sekali sebab anda berpeluang untuk menang penginapan Super Suite di Sunway Lost World Hotel termasuk free breakfast untuk 4 orang. Bukan itu saja, anda juga akan mendapat tiket untuk 4 orang ke taman tema dan dan paling best, 4 lagi tiket ke hotsprings dan spa yang bernilai melebihi RM2,600!!


Whoa, best gila! Satu family boleh enjoy habis-habisan sepanjang penginapan. Siap boleh manjakan badan lagi. Ni kalau buat Girls Short Getaway dengan kawan-kawan pun best ni. Bila lagi nak dapat peluang macam ni kan? Lagipun siapa pula yang nak bagi hadiah macam ni? Haha. Sebab tu rugi kalau anda tak join contest Traveloka Winning Stay ni. Mana lah tahu ada rezeki. Boleh bercuti tenangkan minda yang tengah serabut tu.




Ayue pernah pergi Lost World of Tambun ni tahun lepas. Memang besar dan best sangat, Pemandangan jangan cakap lah, cantik gila. Bila masuk taman tema pula, main sampai tak ingat dunia. Haha. Malam pula Ayue ke hotspring, seriuosly, pemandangan malam memang sesuatu yang anda tak boleh lepaskan. Syok je berendam dalam air panas tu tau. Kalau bawa camera, pastikan memory cukup ya. Hehe.




Tempoh peraduan untuk minggu ni adalah dari 24 April hingga 30 April 2017. Sempat lagi kalau anda nak join. Setiap peraduan mesti ada syarat-syarat nya kan. Syarat untuk Contest Traveloka Winning Stay ni mudah je walaupun hadiahnya lumayan.


Syarat-syarat Contest Traveloka Winning Stay

  1. LIKE laman Facebook Page Traveloka
  2. SHARE album gambar contest yang di muat naik kat laman Facebook Page Traveloka dan TAG dua orang rakan. Setiap minggu album gambar adalah berbeza.
  3. KOMEN di post Traveloka Winning Stay Contest, mengapa anda perlu berehat dan mengapa anda nak menginap di hotel tersebut. Jangan lupa sertakan hashtag #TravelokaWinningAStay.


 

Ya ampun, mudah sangat ni. Masa komen tu, tulis dengan penuh perasaan kenapa anda nak menang tempat penginapan tu. Tulis dengan bersungguh-sungguh. Hehe. Hard work pays off bak kata orang. Kalau komen ayat sepatah je macam mana nak menang ye tak? Lagipun minggu terakhir ni hadiah dia paling gempak, paling mahal, mesti lah kena tunjuk effort sikit. Kalahkan orang lain.



Setakat ni (28 April), Ayue tengok baru 25 orang yang join. Eh, peluang nak menang tu tinggi sangat lah kalau macam ni. Tak ramai kot? Anda hanya perlu menyerlah daripada orang lain okey. Hehe. Macam Ayue kata tadi, mana lah tahu, rezeki anda terpilih. Senyum sampai ke telinga kot! Aduhai, bestnya kalau dapat berendam lagi dalam hotspring tu. Lama betul tak manjakan diri macam tu. Anda tak nak ke?

Jangan lupa join contest Traveloka Winning Stay ni okey? Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Facebook : https://www.facebook.com/TravelokaMY
Website : https://www.traveloka.com/en-my/




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.