Dinner di Makan Kitchen | DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru

Friday, April 21, 2017

Assalamualaikum. Tahun ni lagi sekali Ayue dapat ke Johor Bahru atas alasan kerja. Tiap kali ke JB, memang DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru lah yang menjadi pilihan Ayue, takda yang lain. Ayue dah jatuh cinta dengan hotel ni dari tahun lepas lagi. Dari bilik, makanan, staff, sampai lah ke servis, semua A++ Ayue bagi.

Cuma tahun ni berbeza sikit sebab Ayue ke sana dengan suami. Orang dah ada suami lah katakan. Hehe. Lagipun kandungan Ayue baru masuk 4 bulan, Qisti tak bagi Ayue drive sendiri ke JB. Jadi dia lah yang hantarkan. Ni kali pertama Qisti ke JB tau! Dia sendiri excited nak ke sini bila Ayue beritahu DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru ni hotel paling best yang ada dekat JB tu.

Sebenarnya Ayue teringin nak repeat dinner dekat hotel ni sebab tahun lepas, masa Ayue datang tu ada seafood buffet dinner. Tapi sayang, bila Ayue datang tahun ni bukan weekend, tapi weekday. Seafood buffet dinner tu ada masa weekend je. Sedih! Tapi takpa lah, mak buyong ni tetap berselera tengok apa makanan pun. Hehe.


Untuk dinner, kami makan di Makan Kitchen. Ayue suka betul konsep yang DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru ketengahkan. Ada Malay Kitchen, Indian Kitchen, dan Chinese Kitchen. Malaysia kan meriah dengan pelbagai bangsa, jadi konsep ni sangat sesuai lah sebab orang melayu pun ada yang suka makanan indian dan chinese, betul tak? Contoh terdekat, Ayue lah tu. Ayue suka indian food!


Malay Kitchen









Indian Kitchen






Chinese Kitchen








Live kitchen nya pun banyak tau. Setiap kitchen ada. Ayue suka ambil makanan dari live kitchen ni sebab ianya dimasak on the spot bila kita request. Malam tu Ayue makan satay. Ya ampun, sedap betul. Ayue siap tambah 2 kali okey. Cuma kuahnya sedikit cair. Rasa dah ngam dah, tapi cair sedikit. Kalau pekat, confirm tambah 3 kali Ayue ni. Haha! Ayue dan satay berpisah tiada ya. Pantang nampak, mesti terliur.

Bahagian dessertnya pun, uish! mengamcam betul. Tapi sebab Ayue dah makan satay banyak tadi, Ayue tak dapat nak makan dessert banyak-banyak. Rugi betul. Qisti je dapat rasa macam-macam. Dia yang cerewet tu pun akui yang makanan di Makan Kitchen ni sedap. Kena dengan selera dia. Macam mana lah agaknya menu masa masa ramadan nanti kan? Mesti lagi mengancam.





Anda kalau nak tahu, ramadhan nanti DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru akan adakan Ramadan Buffet tau. Ada Makan Kitchen's Festive Flavors dan Feast @11th Ramadan Buffet.

Makan Kitchen's Festive Flavors | Level 1
Makan Kitchen's Festive Flavors menyediakan makanan seperti Briyani Kambing, Kambing Panggan, Salmon Tandoori, Sushi on ice, Lemang, Ketupat , Lontong dan macam-macam lagi.

Mulai : May 27 - Jun 26
Masa : 6.30pm - 10.00pm
Harga : RM158nett (Adult)/ RM79 nett (Child)
Maklumat lanjut : https://goo.gl/Afrqf6

Feast @11th Ramadan Buffet | Level 11
Feast @11th Ramadan Buffet pula menyediakan makanan seperti Seafood on ice, Yong Tau Foo stall, Asam Pedas stall, Kambing Panggang, Nasi Kandar Kawah stall, Satay, Sup dan macam-macam lagi.

Mulai : Jun 5 - Jun 20
Masa : 6.30pm - 10.00pm
Harga : RM118nett (Adult)/ RM59 nett (Child)
Maklumat lanjut : https://goo.gl/4tjC51

*Beli 8 voucher, PERCUMA 2 voucher
Voucher boleh dibeli sebelum May 15.


Menyelerakan betul. Teringin pula Ayue nak cuba. Harap-harap adalah rezeki ke sana lagi nanti. Anda kalau teringin juga, cepat-cepat book okey? Mesti tak menyesal punyalah.

Booking :
+607 268 6868 or JohorBahru.Events@hilton.com

Untuk maklumat lanjut tentang DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru, boleh layari :
Website : DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru
Facebook : https://www.facebook.com/doubletreeJB


DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru
No. 12 Jalan Ngee Heng, 
Johor Bahru,80000, Malaysia
TEL: +60-7-2686868FAX: +60-7-2686888






xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive