KERJA yang orang tidak nampak tetapi MURNI | Haji Mat Hj Jantan Sdn Bhd

07 April 2017

Syarikat utama dalam pengendalian pembersihan sampahsarap dan sedutan najis di negeri bersejarah Melaka; Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd (HMHJ), meraikan penubuhan ke 25 tahun di dalam dunia perniagaan. Sempena dengan sambutan ulang tahun jubli perak ini, sebanyak RM 50,000 (Lima puluh ribu ringgit Malaysia) telah diperuntukkan oleh mereka, yang terdiri daripada pelbagai jenis hadiah.


Sebuah kereta Perodua Axia menjadi taruhan untuk hadiah utama. Acara cabutan bertuah ini diadakan khas untuk menghargai para pelanggan setia syarikat ini. Acara ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi ; YB Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohd Diah. Sepanjang 25 tahun, syarikat ini berdedikasi dalam memastikan Bandaraya Melaka Bersejarah senantiasa kelihatan bersih dari sampah sarap dan juga sistem kumbahan Melaka dalam keadaan baik dan teratur. 

Haji Mat ketika berucapa kepada media dan orang awam

Ketua Pengarahnya, Haji Mat Haji Jantan menjelaskan sebab utama beliau dalam fokus kepada perniagaan pembersihan ini ialah:
“ Saya bermula dengan industri pertanian dengan menjual ubi kayu dan buah durian. Saya suka untuk berbakti kepada tanah mahupun alam sekitar. Jadi bila saya mendapat peluang dari kerajaan negeri dalam servis kutipan sampah-sarap, saya melihat ia bukan sahaja mampu menjana keuntungan tetapi ia juga salah satu bentuk amal jariah yang saya boleh buat. Bermula tahun 1992, syarikat Haji Mat ditubuhkan sehingga kini. Siapa sangka sampah boleh jadi duit? Dan bagi saya, usia bukan penghalang dalam membina empayar perniagaan.”

Datuk Wira Abu Bakar ketika ucapan perasmian

Permulaan dengan sebuah lori kepada puluhan lori dan seterusnya kepada beberapa buah lori pungutan sampah yang bernilai lebih RM 100, 000 sebuah, membuatkan ia syarikat yang dipercayai untuk mengendalikan kebanyakkan tender pembersihan di negeri Melaka ini. HMHJ berjaya mencapai sasaran pendapatan tahun lepas (2015) pada angka RM 6 juta dan untuk tahun 2017, sekurang-kurangnya pendapatan mampu dijana dua kali ganda dengan pengenalan produk baja kompos dari pihak HMHJ iatu RM 12 juta. 

Pemenang Hadiah Utama Kereta Perodua Axia

Dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar, HMHJ dalam proses penyelidikan untuk menjadikan sisa-sia sampah menjadi baja kompos untuk tanamantanaman menggunakan teknik ‘Rapid Thermophilic Digestion System’ dimana ia mampu mengurangkan sehingga 50 tan sampah dalam masa sehari. Satu teknik yang belum diguna pakai oleh mana-mana syarikat pelupusan sampah di Malaysia. Haji Mat Sdn Bhd, mempunyai harapan yang sangat tinggi terutamanya dalam memastikan alam sekitar bersih dan terjaga kerana ia amat penting dalam menuju ke status negara maju 2020.



xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.