Resepi Semperit Susu Gebu Mudah Tanpa Telur

Thursday, June 01, 2017

Assalamualaikum. Hari tu Ayue ada tengok rancangan Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017 dekat TV3. Ayue suka tengok rancangan ni sebab Chef Mail rajin bagi tips masak yang Ayue tak tahu. Lepas tengok tu, tiba-tiba rasa macam nak buat semperit susu gebu ni. Tu yang Ayue terus buat tu.


Kuih semperit ni ada juga yang panggil kuih dahlia. Tapi Ayue memang panggil semperit sejak kecil lagi. Tiap kali raya semperit ni lah yang paling famous sekali. Bukan senang nak jumpa orang yang boleh buat semperit yang betul-betul sedap tau. Kadang-kadang tu rasa tepung je lebih. Siap dengan pakej keras kematu. Potong stim je.

Resepi semperit susu yang Ayue nak share ni insyaAllah sedap kejadiannya. Ayue sendiri dah cuba. Husband pun approved! Dia peminat tegar semperit zaman dulu-dulu okey. Tak suka yang jenis warna warni, letak coklat chip ke apa. Yang tebal-tebal pun tak suka. Jadi yang Ayue buat ni memang rupa dia macam semperit zaman dulu ya. Hehe.


Resepi Semperit Susu Gebu

Bahan-bahan
  • 500g butter
  • 1 1/2 cawan susu pekat
  • 1 tsp pewarna kuning
  • sedikit esen vanila
  • 1tbsp tepung beras 
  • 2tbsp tepung custard
  • 3tbsp susu tepung (optional)
  • 800g tepung jagung


Itu saja bahan-bahannya. Semua bahan-bahan ni memang dah ada dalam dapur Ayue tu. Ayue pun apa lagi, terus buat lah. Cara nak buat pun senang sangat.


Cara-cara
  1. Campurkan butter, susu pekat, pewarna kuning dan esen vanila. Pukul hingga sebati dan kembang.
  2. Masukkan tepung beras, tepung custard dan susu tepung. Pukul sebati.
  3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Biarkan 30minit.
  4. Sapu butter pada loyang.
  5. Tekan doh menggunakan nozel bunga 11 atau 15 menggunakan jari.
  6. Bakar pada suhu 170 selamsa 15-20 minit.
  7. Siap!






Adunan ni boleh dapat sehingga 250-300 biji semperit mengikut cara anda tekan bunganya. Macam Ayue, Ayue tekan leper je, jadi lagi banyak lah dapat. Sebelum masuk dalam bekas, pastikan semperit anda tu betul-betul sejuk dulu ya.

Haa, mudah je kan? Resepi semperit ni tanpa guna telur pun. InsyaAllah sedap. Ayue punya belum sempat raya dah habis sebalang. Nampak gaya macam kena buat lagi je ni. Hehe.

Anda pun jangan lupa tengok rancangan Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017 tu okey? Rugi tau kalau tak tengok. Banyak resepi dan tips yang kita boleh belajar bila tengok rancangan masakan ni. Lagi-lagi kalau anda jenis yang suka ke dapur. Lagi lah best. Siap boleh menang hadiah lagi. Haa, tak nak ke?



Ayue ada tulis tentang cara nak menang hadiah dari Pensonic dekat sini. Nanti boleh baca ya?



Selamat mencuba!



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive