LINDUNGI HARTA INTELEK ANDA DI PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)

Sunday, December 24, 2017

Copycat. Peniaga sekarang ni ramai yang suka ciplak idea, tiru produk orang lain dan yang paling teruk, jual produk tiruan. Dah la ditirunya produk tu, ditirunya juga marketing strategy. Aduhai, berkat ke hasil niaga tu? Sebab tu Ayue nak share dengan anda kepentingan MyIPO. Khas untuk anda yang tak nak hasil kerja anda ditiru oleh orang lain sewenang-wenangnya.

Banyak sangat dah yang Ayue nampak peniaga tiru idea peniaga lain. Terutama masa nak dekat raya, memang bercambah jenama-jenama baru yang keluar, tapi bila dilihat design, sama pula dengan jenama yang lain, cuma ditukar tag jenama saja. Tak kurang juga dengan produk mekap. Banyak sangat yang tiruan! Jadi, Ayue sangat-sangat sarankan anda lindungi hak cipta dan reka bentuk anda dengan MyIPO.


Untuk pengetahuan anda, MyIPO ni adalah sebuah agensi di bawah KPDNKK, sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk pembangunan dan pengurusan sistem harta intelek seperti paten, tanda dagangan, rekabentuk perindustrian, hak cipta dan reka bentuk susun atur litar bersepadu di Malaysia. Cara sebutannya adalah MAIPO bukan MY-IPO ataupun MY-I-P-O ya. Jangan salah pula.


Visi MyIPO adalah menjadi salah sebuah organisasi harta intelek terbaik di Malaysia. Manakala Misi MyIPO adalah menyediakan infrastruktur perundangan yang kukuh dengan sistem pentadbiran yang cekap kearah meningkatkan kreativiti dan eksploitasi harta intelek. Antara objektif MyIPO pula adalah:
  • Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan.
  • Memperkukuhkan perundangan harta intelek.
  • Menggalakkan program kesedaran awam mengenai kepentingan harta intelek.
  • Menyediakan khidmat nasihat harta intelek.
  • Menyediakan maklumat harta intelek yang lengkap dan mesra pengguna


Ramai yang ambil mudah tentang kepentingan MyIPO ni sebenarnya. Sedangkan gambar Ayue di blog orang curi pun Ayue dah sakit hati, inikan pula anda yang penat berhempas pulas membangunkan jenama anda, dicuri orang pula. Mestilah anda marah bukan? Sesuatu jenama itu mesti lindungi hakcipta dari segi nama perniagaan, design, logo, gambar dan juga idea supaya tidak dicuri atau diambil oleh orang lain dengan sewenangnya.


Anda wajib berdaftar dengan MyIPO jika tidak mahu idea anda dicuri oleh orang lain. Zaman teknology sekarang ni semua benda boleh dicuri dengan sekelip mata terutamanya gambar walaupun anda dah letak watermark. Banyak kali dah Ayue dengar photographer merungut gambar mereka dicuri dan digunakan sewenang-wenangnya oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan nak untung cepat. Kesian kan? Jadi daftarkan ciptaan anda dengan MyIPO untuk memudahkan anda membuat sebarang tuntutan kelak.


Sedikit info tentang MyIPO

Sebelum tahun 1983, hak harta intelek (IPR) di Malaysia telah ditadbir oleh Pejabat Cap Dagangan dan Pejabat ini menukar namanya kepada Pejabat Cap Dagangan dan Paten pada tahun 1983 dan telah diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan dan Industri.

Pada 27 Oktober 1990 pula , Kementerian telah disusun semula dan Pejabat telah diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna yang kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK ) dan menukar namanya ke Bahagian Harta Intelek. Bahagian ini kemudian ditugaskan untuk mentadbir beberapa akta seperti :

Akta-Akta Berkaitan Harta Intelek di Malaysia
  • Akta Paten 1983
  • Akta Cap Dagangan 1976
  • Akta Hakcipta 1987
  • Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996
  • Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000
  • Akta Petunjuk Geografi 2000

Bahagian ini telah dikorporatkan pada 3 Mac 2003 dan dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM), dengan penguatkuasaan akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Perbadanan mengambil langkah pertama penjenamaan semula apabila singkatan PHIM menjadi MyIPO pada 3 Mac 2005 di Hari Harta Intelek Negara yang pertama.


Untuk anda yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai MyIPO, boleh layari:

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MyIPO)

Unit 1-7, Aras Bawah,
Tower B Menara UOA Bangsar
No 5, Jalan Bangsar Utama 1
59000 Kuala Lumpur
Email : iponline@myipo.gov.my

Website : www.myipo.gov.my
Facebook : www.facebook.com/Ipmalaysia
Instagram : www.instagram.com/myipo
Twitter : www.twitter.com/myipo



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page