Al-fatihah buat arwah Ayah

16 June 2014


Salam awak.

15 June.
Selamat Hari Bapa kepada semua lelaki yg bergelar ayah, bapak, daddy, babah, papa, walid.

Tahun ni, masuk tahun ke 3 sy hidup tanpa ayah di sisi.
5 September 2011, jam 8.30 pagi..Hari Raya Aidilfitri yg ke 7, ayah pergi buat selamanya kerana kanser usus.

Ayah sy dulu dikenali dengan nama samaran "Dino"..seorang yg sangat garang dengan misai yg sangat lebat!
Tapi, segarang-garang ayah, dengan anak perempuan, tetap akan cair knnn.Macam tu lah ayah sy. 
Walaupun garang, muka tetap manis..hati tetap lembut. Banyak gadis-gadis cair dulu tau. Termasuk mak sy. :)

Kira smart lah kalau zaman dulu-dulu ni. Even dengan bingkai berbentuk love di belakang dan potongan rambut sebegitu.


Dan, darah seni yg mengalir dalam diri ni datangnya dari ayah.
Sy sangat suka muzik dan menyanyi. Walaupun hanya sedap untuk halwa telinga sendiri dan mungkin juga telinga bakal suami.

Tengok lah. Mana lebih seram. Harimau atau misai ayah?

Kalau orang lain, mungkin takut nk bawak jumpa boyfriend dekat ayah mereka. Tapi sy tak. Ayah sy adalah lelaki yg sangat sempoi. Semua bakal boyfriend, sy kenalkan dulu dengan ayah. Ayah bagi greenlight, baru sy proceed. Tak lah banyak mana pun actually bakal boyfriend tu. Zaman muda mudi, biasa lah kn. Qisti pun da pernah kena da proses ni dulu masa mula-mula nak ngurat sy. hehe.

Hmm..tuhan saja yg tau how i miss u ayah.


Buat arwah ayah,
Selamat hari bapa. Ayue sentiasa doakan moga roh ayah dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang beriman.
Ameen ya robbal alamin

Alfatihah.



xoxo,


post signature

Join the conversation!

  1. Alfatihah.. semoga berbahagialah arwah ayah k.ayue di sane. :)

    ReplyDelete
  2. al-fatihah..mak cik siti pun baru 4 hari meninggal..:(

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah. sedehnyaa ecah baca, tapi arwah ayah akak memeng kacak habis zaman muda mudi dulu... smart oh posing ^^ beruntung ayah akak bcoz he's got a very beautiful daughter dan sangat kuat. kadang2 otak gila jugak =p hihi. love u to the moon lah akak.

    ReplyDelete
  4. Tersentuh hati baca. Sabar kak.

    ReplyDelete
  5. AL-FATIHAH kak... semoga akk sentiasa kuat dan arwah ayah ditempatkan di kalangan org2 yang soleh :)

    ReplyDelete
  6. innalillah.....semoga arwah tenang di alam baru....hensem ayah awk :-)

    ReplyDelete
  7. Al Fatihah... moga rohnya dicucuri rahmat. amin...

    ReplyDelete
  8. Al Fatihah. Kita takut tengok misai. Okbai. :)

    ReplyDelete
  9. al-fatihah untuk pakcik..
    al-fatihah juga untuk arwah abah Cik Nur yang dah kembali ke rahmahtullah tahun 2009 masa raya haji pertama

    ReplyDelete
  10. Al-Fatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayahanda cik... abe kie follow sini. no 365. TQ.

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.