[Food Review] Pak John Steamboat & BBQ - The Best Steamboat in PJ

11 December 2014


Assalammualaikum awak~


Saya memang hantu steamboat..seriously..memang suka pergi makan steamboat buffet ni..tak kira la yang dalam kedai ke..yang jual tepi jalam tu ke..semua suka sebab sedap! Tapi agak susah la nak jumpa yang soup dia sedap..tak pun yang sauce dia sedap..so far cuma ada dua tiga kedai je yang kena dengan selera anak tekak saya ni..hehe..




Awak pernah dengar Pak John Steamboat & BBQ? The best steamboat in PJ.

Tak?? Rugi gila tau! Sebab dalam banyak-banyak steamboat & BBQ yang saya pergi, Pak John Steamboat & BBQ ni lah yang tomyam soup die pehhh...power! sedap..serious tak tipu..memang kena sangat lah dengan selera saya yang hantu pedas ni.


Awak yang tak tahan pedas tu jangan risau sebab kat Pak John Steamboat & BBQ ni ada macam-macam jenis soup..

  • Beef Bone Soup
  • Chicken Soup
  • Miso Soup
  • Curry Soup
  • Tomyam Soup (Favorite)
  • Prawn Soup (Favorite)

Hebat kan? Soup yang jarang-jarang ada kat kedai lain pun ada kat Pak John Steamboat & BBQ ni tau..dan mereka menawarkan lebih daripada 100 jenis sayuran, daging, dan makanan laut yang berkualiti..



Awak kalau pergi steamboat, mesti pergi serbu dia punya daging or seafood dia dulu kan? alahh..tau da..jadi untuk awak yang favorite die daging or seafood tu, Pak John Steamboat & BBQ menyediakan 4 jenis premium item yang awak mesti cuba!

  • Abalones Slices
  • New Zealand Slices
  • Australia Slices
  • Smoke Duck Breast
 Lapar tak ?

Sedap oi buat macam ni!!




4 jenis premium item tadi awak boleh order dengan chef kat dapur sebab item ni tak boleh terdedah kat luar..nanti kering...Pak John Steamboat & BBQ ni sangat mementingkan kualiti makanan dia terjamin ye..dan yang paling best, awak boleh order sepuas hati awak! Woohoo!!



Kalau rasa tak cukup dengan soup yang ada, boleh la cuba sauce yang ada di Pak John Steamboat & BBQ ni..antataranya :

  • Thai Sauce
  • Belacan Sauce
  • Sweet Sauce
  • Thai Green Chili
  • Soya Sauce
  • Garlic Sauce
  • Pineapple Sauce (New)

Sauce ni semua homemade Pak John Steamboat Signature Sauce tau..haa...takde beli-beli..homemade dari Pak John sendiri..


 Ada pelbagai pilihan untuk awak :)

 Hah order apa je yang awak nak :)


Pastu, selain dari premium item yang awak boleh order tadi, dessert yang ada di Pak John Steamboat & BBQ ni pun awak boleh order..

  • Kaya Ball
  • Waffle

Eh, ada lagi dessert yang lain..ice cream, buah-buahan..macam-macam lagi lah..pokoknya, awak kena datang sendiri tengok apa yang menariknya di Pak John Steamboat & BBQ ni..memang lain dari yang lain..





Siap ada muzik akustik dari kumpulan Voxsape lagi okey~ Tapi akustik ni hanya ada time hujung minggu dari 6 petang sampai 10 malam..awak kalau rasa nak fefeeling syok masa makan tu, datang lah time ni okey? Syokk ooo suara diorang ni..Hensem pulak tu! haip! kawal diri..hahah :p

Kalau awak nak tau, Pak John Steamboat & BBQ ni ada dua cawangan...

  1. Wangsa Walk, Wangsa Maju
  2. eCurve, Mutiara Damansara






Yang saya pergi ni yang dekat eCurve, Mutiara Damansara. Pak John Steamboat & BBQ di eCurve ni berkonsepkan buffet. dan boleh memuatkan sehingga 250 orang dalam satu masa. Haa....sesuai sangat lah kan kalau nak buat apa-apa event atau company dinner di Pak John Steamboat & BBQ ni dan mereka juga ada sediakan 2 bilik VIP Room untuk birthday party orang tersayang :)



 


Waktu Operasi Pak John Steamboat & BBQ: 

Berkonsepkan Set Buffet "All You Can Eat"
Isnin - Khamis : RM36++
Jumaat - Ahad : RM39++ 

dari 10 pagi hingga 10 malam

Berbaloi-baloi kan? Tambah lah seberapa banyak yang awak nak..makan sampai lebam pun takpa..asalkan jangan membazir ye? :)



Promosi di Pak John Steamboat & BBQ :

Majlis Sambutan Hari Jadi di Pak John Steamboat & BBQ untuk 5 pax PERCUMA 1 pax untuk yang menyambut hari jadi
Setiap malam Selasa dan Khamis adalah Ladies Night dan diskaun 20% diberikan
Tunjuk kad student untuk menikmati diskaun 30% satiap hari dari 10 pagi hingga 5 petang
250 tempat duduk untuk outlet eCurve
2 VIP Room : VIP 1 (14pax), VIP 2 (8pax) dan boleh digabungkan kedua-kedua VIP Room tanpa cas tambahan




haa..ohsem kan! Siap ada promosi..saya memang cadangkan sangat-sangat kalau awak buat birthday party atau sebarang party yang lain, company dinner ke, any event or functions ke..sila lah try buat dekat Pak John Steamboat & BBQ ni..lain dari yang lain sikit kan..asyik buat dekat hotel..dekat restoran  biasa je..bosan ah!.Kat Pak John Steamboat & BBQ ni kan boleh makna sepuas hati? haha..steamboat yang sedap dan murah...itu yang penting :p


Ikan Salmon segar..potong-potong terus makan! 

Hah....Nak try pergi la tu kan? Cepat-cepat pergi okey~




Video masa kami sedang bersuka ria di Pak John Steamboat & BBQ :p



The Best Steamboat in PJ :

Pak John Steamboat & Yong Tao Foo @ eCurve
Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor, Ecurve.
No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya Selangor.
Tel: 03-7733 3913/ 018-386 3139/ 018-389 3139


xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Alaaaa gambar makanan kat sini dah boleh boleh jangan mengundang air liur kot. T_T

    ReplyDelete
  2. nak repeatttt lagi nanti! tak kira

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kak Ayue g makan steamboat.. :)

    ReplyDelete
  4. Hai awakkkk, bila nak makan steamboat Pak John dengan saya?

    ReplyDelete
  5. Untung, gambar iklan salmon besar ayue tu pak john share kat page..

    Huhuhu

    ReplyDelete
  6. Ana dah try makan sini mase event encik mimpi. Serius terbaik ahh.. Huhu.

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.