Butterfly Christmas Dinner

09 January 2015

Assalamualaikum awak~


Sebelum penutup 2014 hari tu, saya berkesempatan untuk join satu dinner yang ohsem gila dimana hampir kesemua beauty Butterfly berkumpul sempena Holiday dan Christmas Dinner di The Apartment, The Curve. Ada 100 orang semuanya..memang havoc habis!! Tema malam tu adalah Christmas..jadi yang datang semuanya kemain lagi dengan baju masing-masing. Ada yang macam Santa, macam Elf, macam Angel pun ada okey!




Ni adalah event yang pertama saya join yang melibatkan 100 orang Butterfly dan Caterpillar..sebelum ni pernah jugak attend event Butterfly Malaysia, tapi tak seramai ini. Masa ni lah dapat jumpa dengan senior-senior yang meletop-letop tu. Diorang sangatlah cantik..pandai mekap! hahaha...da nama beauty blogger kan? 



Malam tu jugak, kami semua dapat Beauty Box. Actually ni Beauty Box yang kedua. Yang pertama dulu masa Butterfly Malaysia ke Lost World of Tambun. Awak mesti tak percaya apa yang ada dalam Beauty Box ni..


Taraa~~

Satu box ni bernilai lebih kurang RM500 okey! Fuhhhhh...ohsem gila dapat goody box camni..haha..dalam tu ada macam-macam barangan mekap hasil tajaan daripada jenama-jenama beauty & makeup brand terkenal seperti Shizens, Nature Republic, Loccitane, Maybelline, Glam Glow, Dolly Wink, Garnier dan macam-macam lagi. Waa...tak sabar nak try semua barang..hehe..sila jangan jealous ye?


Selain dari kami citcat, suai kenal, gosip-gosip..ada jugak sesi nyanyi-nyanyi..dan yang paling best, ada Coaching Programme. Program ni adalah untuk menyemarakkan lagi Butterfly spirit dan membantu Caterpillar (ahli-ahli baru) macam saya ni untuk berkenalan dengan senior Butterfly.


Group kami "Diva de Monarch" sempena nama rama-rama dewasa yang sangat cantik dan besar. Idea yang kami semua cuba terapkan dalam kumpulan kami adalah Inspirasi, Keyakinan & Kecantikan. Dalam group kami ni ada 8 orang kesemuanya termasuk lah saya. Ada yang saya pernah jumpa, ada yang pernah message,dan ada yang saya tak pernah kenal langsung! Bagus kan? Time ni lah boleh kenal dengan ramai lagi blogger kat luar sana tu..dan ketua / Queen group kami adalah blogger yang sangat famous..





We all are ohsem right? Tau da~ haha :p



Okey.


Benda yang paling kami nanti-nanti kan malam tu adalah sesi Secret Santa.dimana setiap ahli yang hadir kena buat exchange gift antara satu sama lain, si penerima tak tau pun siapa yang bagi hadiah kat dia. Best kan?! Ada banyakkkk gila hadiah malam tu..geram je tengok hadiah besar-besar tu..hahah..

Dan hadiah saya adalah~~



hehe..gebus lah muka lepas ni..thank you my secret santa :)


Thank you so much Butterfly Malaysia especially Tammy Miu sebab buat event macam ni untuk kami-kami yang baru gigih nak menapak dalam dunia blogging ni. And for our Queen B, please lead us okey? hehhe..thank youuuuu... #muahciked  hahahh!



Untuk info lanjut tentang Butterfly Malaysia ni, sila jengah FB page :




Photo credit to : Kawi Studio 



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Macam-macam benda dalam beauty box tu. Bertuah kak Ayue

    ReplyDelete
  2. ohsome.. kita pun baru join... lead me wokey.. ^_^

    ReplyDelete
  3. awesome.. dah jpin jugak butterfly group tu.. tapi xtau mna nak mula..
    and currently jauh nun di utara, rasa macam even2 best ni mungkin tinggal harapan je..
    huhu..

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.