Cerro Qreen Makeup Brush Set Review

30 April 2015

Assalamualaikum. Dulu kalau nak keluar, Ayue just pakai bedak je. Tapi sejak dah mula nak belajar mekap ni, Ayue memang teringin sangat nak brush set. Yela, mekap pakai brush lagi best kan. Macam pro gitu. Brush set apa yang berkualiti baik dengan harga berpatutan? Jawapan Ayue, Cerro Qreen Makeup Brush Set dari Natta Cosme.


Seperti selalu, Natta Cosme memang utama kan kepuasan pelanggannya. Setiap barang yang dihantar sentiasa buat Ayue tersenyum sebab packaging nya yang sangat comel


Untuk Cerro Qreen Makeup Brush Set ini, sebenarnya ada beberapa jenis, warna dan jumlah brush. Yang Ayue nak review kali ni adalah Cerro Qreen Makeup Brush Set Azalia Pink, 10 pieces. Kesemua 10 pieces brush ni sudah cukup lengkap untuk newbie yang baru nak berjinak-jinak dengan makeup macam Ayue ni.


Apa yang paling menarik adalah beg nya. Ia didatangkan sekali dengan brush set ni. Beg ni lembut dan sangat senang untuk dibawa kemana-mana sama ada untuk kegunaan harian atau pun untuk travel, semua nya sesuai.


Anda yang tertanya-tanya, brush set ni menggunakan bulu apa, Cerro Qreen Makeup Brush Set ni menggunakan goat hair, pony hair dan fibre. Jadi anda boleh gunakan tanpa was-was ya. Jangan risau. Apa yang Ayue perhatikan, kualiti brush ni sangat bagus. Lembut dan selesa bila menyentuh kulit Ayue. Tak kasar atau melekat langsung. 

Ini spesifikasi brush set untuk rujukan anda.



Powder brush
Type: Goat's Hair
Brush length: 17cm
Hair length: 4.5cm
Komen Ayue : Ayue gunakan semasa apply powder ke muka. Lebih suka apply guna brush berbanding span kerana brush memberi kesan yang lebih sekata. Sangat lembut dan selesa untuk digunakan setiap hari.

Blush Shadow Brush
Type: Goat's Hair
Brush length: 16.5cm
Hair length: 4cm
Komen Ayue : Diperbuat dari bulu kambing. Sangat lembut dan selesa untuk digunakan. 



Eyelash Brush
Type: Fiber
Brush length: 16cm
Komen Ayue : Bulu yang selesa dan lembut. Tidak kasar langsung. Direka khas untuk kemaskan bulu mata.

Eyeliner Brush
Type: Fibre
Brush length: 13.5cm
Hair length: 0.5cm
Komen Ayue : Guna untuk apply gel eyeliner. Mudah dah kemas.

Eyebrow Brush
Type: Fibre
Brush length: 13.5cm
Hair length: 0.6cm
Komen Ayue : Buat kening nampak semulajadi. Bulu tidak terlalu keras.

Small Eye Shadow Brush
Type: Pony's Hair
Brush length: 14cm
Hair length: 1cm
Komen Ayue : Sangat lembut dan selesa. Tidak menyakitkan kulit yang paling nipis di bahagian mata. Mempunyai size kecil, sederhana dan besar untuk efek yang berlainan.

Smudge Brush (Medium)
Type: Pony's Hair
Brush length: 14.7cm
Hair length: 0.7cm
Komen Ayue : Sangat lembut dan selesa. Tidak menyakitkan kulit yang paling nipis di bahagian mata. Paling sesuai untuk membuat efek smokey eyes.

Medium Eye Shadow Brush
Type: Pony's Hair
Brush length: 14.7cm
Hair length: 1cm
Komen Ayue : Sangat lembut dan selesa. Tidak menyakitkan kulit yang paling nipis di bahagian mata. Mempunyai size kecil, sederhana dan besar untuk efek yang berlainan.

Large Eye Shadow Brush
Type: Pony's Hair
Brush length: 15cm
Hair length: 1.3cm
Komen Ayue : Sangat lembut dan selesa. Tidak menyakitkan kulit yang paling nipis di bahagian mata. Mempunyai size kecil, sederhana dan besar untuk efek yang berlainan.

Lip Brush
Type: Fibre
Brush length: 13.5cmHair length: 1cm
Komen Ayue : Bulu bersifat elastik dan anjal. Boleh membentuk bibir anda dengan lebih kemas menggunakan pelbagai pewarna bibir.



Secara keseluruhannya, Ayue sangat suka dengan Cerro Qreen Makeup Brush Set ni sebab kualitinya yang sangat bagus dan lembut sama dengan kualiti brush set yang mahal harganya. Sesuai untuk di bawa kemana-mana. Anda yang masih lagi newbie dalam makeup macam Ayue sangat sesuai untuk ada brush ini untuk permulaan. Mana nak dapat 10 pieces brush set dengan harga yang sangat murah kan? Dekat Natta Cosme saja ada. Eh, dari tadi Ayue cakap murah, tapi berapa harga dia kan. Hehe. Ni details dia.


Details : 

Cerro Qreen Makeup Brush Set - Azalia Pink
Price : RM75.90 (RM60.72 di Natta Cosme)
Colour available : Pink, Green, Black, Red




My look using Cerro Qreen Makeup Brush Set.


Oh ye, Ayue ada berita baik. Sempena hari Ibu tak lama lagi, Natta Cosme akan memberi diskaun RM6 untuk pembelian melebihi RM100. Valid sehingga 15 May 2015.  Cepat-cepat shopping barang untuk Hari Ibu!! hehe.





xoxo,


post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.