Carrie Bac Buster | Produk Antibakteria pertama buat kanak-kanak Malaysia

27 June 2015

Assalamualaikum. Ayue sejak dari dulu lagi memang suka sangat bau Carrie ni. Baik sabun atau bedak, kalau kanak-kanak yang pakai mesti rasa nak gomol habis-habisan. Kita semua tahu yang kanak-kanak kecil sering terdedah dengan pelbagai bakteria. Badan mereka belum cukup kuat untuk menghalang bakteria-bekteria jahat tu untuk terus menyerang mereka. Bukan kata budak kecil je, kita yang dah besar panjang ni pun kadang-kadang tak terlawan. Betul tak?


Tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak akan terjejas jika mereka sakit. Dengan cara mengajar mereka tentang pentingnya kebersihan ialah cara yang paling baik untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan penyakit. Amalan membersihkan diri, kerap membasuh tangan sangat penting buat kanak-kanak. Mereka yang sudah bersekolah tu terdedah dengan pelbagai bakteria jahat yang membolehkan mereka mendapat penyakit seperti demam, selsema, gastroenteritis, dan juga radang kulit dan mata. Bahaya!


Jadi, Carrie telah mengeluarkan satu solusi untuk mengatasi masalah bakteria terhadap kanak-kanak. Baru-baru ni Ayue ke majlis pelancaran CARRIE BAC BUSTER, sabun mandi dan sabun pencuci tangan antibakteria yang pertama untuk kanak-kanak di Malaysia.


Produk Carrie Bac Buster menghapuskan 99.9% bakteria berbahaya. Bebas alkohol, bebas buih dan bebas paraben, Carrie Bac Buster secara klinikal terbukti selamat dan lembut pada kulit kanak-kanak. Ia juga mengandungi pelembap berasaskan tumbuhan yang membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit di samping memastikan kanak-kanak sentiasa dilindungi dari bakteria yang berbahaya.

Produk penjagaan peribadi, Carrie Bac Buster dirumus khas untuk kanka-kanak berusia 7 tahun ke atas kerana mereka selalunya akan cepat-cepat mandi untuk mengejarkan aktiviti lain. Dengan adanya Carrie Bac Buster, mereka bukan saja akan bersih, malah terlindung dari bakteria jahat. Ayue dah bagi adik bongsu Ayue cuba. Sukanya dia bila dapat sabun yang sangat wangi tu. Makin lama pula mandinya.


Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak ni memang kuat berimaginasi. Mereka membayangkan bakteria ini sebagai "makluk jahat" dan dengan menggunakan Carrie Bac Buster membuatkan mereka berasa seperti Captain Bac Buster yang bertingak melawan makluk jahat itu. Biasalah, Ayue masa kecil pun selalu berangan jadi tuan puteri kan. Inikan pula kanak-kanak lain. Imaginasi memang tinggi.


Rangkaian Carrie Bac Buster Antibakteria sabun badan dan pencuci tangan mempunyai bau buah iaitu Blasting Blueberry dan Smashing Strawberry.


Harga :


CARRIE BAC BUSTER Antibacterial Super Bodywash
RM4.45 WM / RM4.65 EM for 90gm
RM10.20 WM / RM10.70 EM for the 280gm 
RM22.55 WM / RM23.70 EM for the 700gm



CARRIE BAC BUSTER Antibacterial Super Handwash
RM8.15 WM / RM8.55 EM for a 250gm


Bolel didapati di pasar raya besar, pasar raya, rantai farmasi terkemuka dan kedai runcit lain yang berdekatan dengan anda.

Jom dapatkan Carrie Bac Buster untuk melindungi anak anda dari bakteria jahat!



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.