Medifeet | Kasut Untuk Kesihatan

16 August 2015

Assalamualaikum. Selain baju, kasut merupakan barang yang paling susah untuk kita cari. Yela, macam baju, mesti nak cari yang sesuai, yang padan dengan badan dan yang paling penting, selesa. Sama lah macam kasut. Kasut merupakan barang yang paling penting kalau kita nak keluar rumah. Jauh mana kita boleh jalan kalau kasut tidak selesa? Jika anda tercari-cari kasut yang sangat selesa dengan pelbagai design menarik, anda boleh cuba Medifeet. 



Kesihatan kaki dan kasut sangat berkait rapat, matlamat Medifeet adalah untuk memberi anda kasut yang selesa, tahan lama dan menyediakan sokongan yang terbaik untuk kaki anda. Kaki merupakan antara anggota terpenting yang perlu diberi perhatian kerana kaki mempunyai peranan besar melancarkan pergerakan badan dan menampung berat tubuh. 
Satu cara menjaga kesihatan kaki adalah melalui pemilihan saiz kasut yang betul, bahan yang digunakan serta tahap keselesaan. Jika harga kasut mahal sekalipun tetapi tidak selesa, tiada gunanya.

Medifeet pakar dalam kesihatan dan kesejahteraan kasut yang memerlukan penjagaan khas, termasuk kencing manis, artritis dan lain-lain jenis masalah kesihatan. Medifeet merupakan satu-satunya jenama kasut yang mengeluarkan kasut khusus untuk penghidap diabetes. Menariknya, kasut Medifeet ini juga sesuai untuk wanita hamil yang memerlukan kasut yang lembut untuk menampung berat badan yang makin meningkat serta kaki yang makin membengkak.

Kasut Medifeet adalah sangat selesa dan tahan lama. Ia menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi. Bahan-bahan yang telah digunakan khusus untuk setiap keadaan kaki tertentu dan disesuaikan untuk menahan panas di kawasan iklim panas. Konsep yang diterapkan oleh Medifeet adalah kasut yang selesa dan sihat, tetapi masih mampu bergaya dengan cantik.

Kekuatan kasut kesihatan Medifeet terletak pada alas di bahagian dalam setiap ka­sutnya. Ia dilapik menggunakan komposit khas dikenali ‘poron’ yang bebas sepenuh­nya daripada getah dan PVC serta menepati ciri persekitaran hijau yang berfungsi untuk menyerap tekanan atau beban, sekali gus memudahkan pergerakan kaki pengguna.

Kelebihan kasut dari Medifeet adalah:
  • Menyerap kelembapan
  • Kusyen pelapik kasut yang  melantun
  • Menyerap tekanan / beban
  • Rekaan tanpa kelim
  • Teknologi Pengawal Luka
  • Aegis Mikrobe Shield



Jadi, ia sangat sesuai untuk anda melakukan aktiviti seharian, bukan saja membabitkan kegiatan sukan tetapi rekaannya juga sesuai digunakan ke pejabat. Medifeet sesuai untuk semua golongan sama ada lelaki dan wanita.

Baru-baru ini Ayue sempat ke cawangan Medifeet yang terletak di Shah Alam untuk melihat sendiri kehebatan kasut Medifeet ni. Terpegun juga Ayue apabila menyarungkan kasut yang ada disana kerana sangat selesa dan lembut. 


Hampir kesemua kasut yang ada di sana Ayue cuba pakai untuk rasakan perbezaannya. Perbezaan keselesaan kasut terletak pada tapaknya. Tapak berwarna hitam lembut sedikit, dan yang paling lembut adalah tapak berwarna kelabu. 





Pelbagai rekaan yang ada di cawangan Shah Alam ni sampai rambang mata dibuatnya. Antara yang menarik perhatian Ayue adalah walkabout shoes ni.



Bukan ini saja, tapi ada macam-macam lagi rekaan yang akan buat anda sangat tertarik dengan kasut di Medifeet ni.


Kasut Medifeet untuk Wanita













Cantik kan? Untuk lelaki pun ada. Yela, sakit ni tanpa mengira jantina atau umur. Lelaki pun akan rasa sakit kaki. Kadang-kadang lelaki ni lagi cerewet dalam memilih kasut.


Kasut Medifeet untuk Lelaki






 Mesti anda tertanya-tanya yang mana satu menjadi pilihan Ayue kan? Ayue memilih kasut walkabout ni sebab rekaannya yang seakan-akan boot. Sangat lebut dan selesa. Sesuai untuk dipakai semasa travel ke negara panas atau pun sejuk kerana ia boleh mengembang tanpa menyakitkan kaki anda. Ayue dah cuba pakai dengan jeans dan jubah. Kedua-duanya nampak sungguh stylo. Suka!





Ayue mempunyai sakit kaki yang agak serius. Dengan berat badan yang makin meningkat ni, lagi lah tak larat jalan dengan kasut yang kurang sesuai. Sekarang ni bila dah dapat kasut yang sangat selesa dari Medifeet, jalan jauh pun tak terasa sakit lagi dah. Kaki Ayue ni jenis berpeluh kuat, bila pakai kasut yang bertutup, kemungkinan untuk kasut berbau sangat tinggi, tapi dengan kasut Medifeet, ia menyerap kelembapan membuatkan kasut Ayue tidak berbau.

Kalau anda ingin tahu lebih lanjut tentang kasut dari Medifeet dan cawangannya, boleh layari :


atau anda boleh terus pergi ke cawangan Medifeet di Shah Alam


MediFeet HQ
2-3, Block 1, Ground Floor, 
Worldwide Business Park, 
Jalan Tinju 13/50, Section 13, 40675 Shah Alam.

No telefon : 03-5513 3708 




xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Bagus ni... ena nak pergi beli kasut kat sinilah, sebab nak praktikal kena berdiri je, kaki sakit.. kasut biasa tapak keras.. should try this brand

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena beli ina! Kasut ni memang sesuai untuk nurse n doctor. Siap ade design untuk nurse lagi tau. Serious selesa sgt pakai. :)

      Delete
  2. Ehhh Nani baru tahu ada kasut kesihatan ni. Teringin pulak nak beli :)

    ReplyDelete
  3. nampak up to date jugak design dia...nnt boleh cuba risik kot kalau boleh belikan utk ibu...biar rajin sikit dia berjalan....selalu alasan dia malas sbb kaki sakit

    ReplyDelete
  4. aritu dah tengok diorang bukak booth dekat kpj.. mmg selesa kasut ni.. harga pon selesa gak.. hehehe

    ReplyDelete
  5. hehe nice shoes, check out which I chosen :D http://namesherry.com/2015/08/medifeet-medical-health-shoe.html

    ReplyDelete
  6. berkenan dgn kasut yg ada manik2 tu :)

    ReplyDelete
  7. Practical shoe for those yang kerjanya banyak berjalan. Rasa macam nak dapatkan 1

    ReplyDelete
  8. Cantik2 jugak dan up to date design nya .. ade senarai harga x?

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.