Serlahkan Keyakinan di CLEAR’s Party in Black

14 August 2015

Assalamualaikum. CLEAR's Party in Black memang havoc! Aura-aura positif dan keyakinan diri dari tetamu yang hadir memenuhi ruang legar SOJU Sunway. Masing-masing mengenakan pakaian serba hitam, cantik dan mempersona untuk meraikan keyakinan diri mereka yang kini makin kukuh. Mana tidaknya, mereka kini mampu mengangkat tinggi kepala mereka dan tiada lagi kepingan kelemumur di atas baju mereka. Parti itu merupakan kemuncak kepada CLEAR's Bare It All dan kempen Ikrar Keyakinan, dimana pengguna dicabar untuk mengambil cabaran sifar kelemumur sebagai permulaan untuk memulihkan keyakinan mereka.


Shaheizy Sam dan Juliana Evans merupakan 'Agen Keyakinan'. Mereka juga turut serta bersama-sama dengan 100 lagi pengikrar dari seribu penyertaan untuk meraikan keyakinan mereka dengan rakan dan pasangan masing-masing selepas menyahut cabaran sifar kelemumur melalui penggunaan harian syampu CLEAR anti-kelemumur. Kempen 2 bulan ini juga bertujuan untuk mengembalikan keyakinan pengguna, menggalakkan mereka untuk mempamerkan siapa diri mereka yang sebenar tanpa perlu bersembunyi kerana kelemumur.



Kemudian, Shaheizy Sam dan Juliana Evans telah menyenarai pendek kan 8 pengikrar untuk dipertontonkan di CLEAR's Party in Black ini, dimana mereka diberi makeover, peluang untuk jalan di runway dan berkongsi cerita keyakinan diri mereka.

Parti diteruskan dengan memaparkan siri video "Pelangi Cinta" yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam dan Juliana Evans dengan tujuan untuk menyampaikan mesej keyakinan diri melalui video tersebut.

Video ini berkisar tentang Shaheizy Sam dan Juliana Evans yang datng dari dua dunia yang berbeza. Juliana tinggal di dalam dunia yang penuh glitz dan glamor dimana status sosial adalah penting. Manakala Shaheizy pula tinggal di dalam luar yang serba simple dan tidak peduli apa yang orang lain fikir tentangnya. Dapatkah mereka mencari diri sebenar mereka melalui satu sama lain? Saksikan kisah cinta sejati mereka secara online pada 21 Ogos 2015. Tayangan perdana ini akan disiarkan menerusi akaun Youtube CLEAR Malaysia : http://www.youtube.com/CLEARMalaysia


Selain dari tayangan video Pelangi Cinta, kami juga dihiburkan dengan persembahan dari Legend Hip Hop iaitu Joe Flizzow. Lagu 'Baek', 'Apa Khabar', dan 'Havoc' benar-benar memeriahkan suasana parti pada malam itu. Kami juga dapat melihat persembahan choreography LED dan lampu laser yang menakjubkan dari Katoon Network dan Team E.L Malaysia. 


Formula baru di dalam CLEAR Women iaitu  Nutrium 10, membantu memulihkan pertahanan kulit kepala pengguna dan menyerlahkan keberkesanan 'kalis-kelemumur'. Ia juga secara klinikal membantu mengembalikan lipid, komponen penting struktur sel membrane. Bio Nutrium 10 di dalam CLEAR Men pula bukan sekadar menghentikan kelemumur, tapi ia juga mampu meningkatkan pengeluaran protein untuk sel-sel kulit yang lebih kukuh, dan membantu mengoptimumkan keupayaan kulit kepala untuk melindungi dirinya.


Rangkaian baru CLEAR ini boleh didapati di kesemua farmasi, hypermarket dan kedai runcit seluruh negara.



Untuk maklumat lanjut tentang CLEAR, boleh layari :




xoxo

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.