KKBOX | PERCUMA 90 HARI MUZIK TANPA HAD

16 November 2015

Assalamualaikum. Ayue perasan, orang sekarang ni suka dengar muzik tak kira waktu. Ada yang dengar waktu memandu ke pejabat tiap-tiap pagi, waktu bersesak menaiki pengangkutan awam, sambil memasak, dalam waktu rehat dan juga dalam pelbagai acara.

Kebiasaannya muzik yang dimainkan bersesuaian mengikut emosi dan acara waktu itu. Contohnya waktu Ayue ke event seperti roadshow, lagu rancak dan catchy dimainkan. Manakala jika Ayue ke event berbentuk ilmiah, muzik yang lebih santai dimainkan.

Samalah juga dengan lagu yang kita akan mainkan mengikut emosi. Selalunya kita cenderung untuk memainkan lagu yang mendayu dan membawa maksud yang mendalam jika kita dalam keadaan sedih. Kalau kita sedang happy, macam karaoke dibuatnya. Betul tak?

Ni Ayue ada satu aplikasi yang sesuai untuk orang yang gemar mendengar muzik macam Ayue. Lagi-lagi yang suka menyanyi sambil tengok lirik, aplikasi ini sangat sesuai untuk anda. Aplikasi yang Ayue maksudkan adalah KKBOX.



KKBOX ni  merupakan peneraju platform muzik digital di Asia yang terdapat di Taiwan, Jepun, Hong Kong, Singapura, Malaysia dan Thailand. Di Malaysia, KKBOX telah pun beroperasi selama 2 tahun dan mempunyai pustaka muzik Pop-Asia paling komprehensif dengan lebih 10 juta pengguna di seluruh Asia.


Tahun ini, KKBOX telah memperluaskan koleksi pustaka muzik mereka kepada 20 juta lagu yang boleh dimainkan melalui beberapa peranti oleh pengguna. Secara keseluruhan, muzik di KKBOX telah mencecah 8 juta kali dimainkan pada tahun 2014.

'Personalisation' juga boleh didapati untuk pengguna melalui keluaran aplikasi terbaru KKBOX bermula 10 jun ini. Ciri ini membantu pengguna untuk memuat turun Tema dari 'Theme Store' menerusi Tetapan untuk menjadikan pengalaman KKBOX menjadi lebih peribadi.


Antara tema yang boleh digunakan adalah UK Fever, Doodle, Coffe Time dan banyak lagi. Tambahan terbaru untuk platform Malaysia/Singapura adalah tema Raya yang terdapat di Theme Store untuk memeriahkan lagi Raya anda. Lebih banyak lagi tema akan ditambah dari masa ke semasa.

KKBOX turut menampilkan ribuan senarai main yang dikategorikan menerusi Melayu, Antarabangsa, Mandarin, Kantonis, KPOP & JPOP untuk didengari pengguna. Pengguna juga boleh mendengarkan artis kegemaran mereka atau kongsi senarai main dengan pengguna lain menerusi media sosial.





Ada 5 cara untuk nikmati muzik di KKBOX
  1. Muzik Tanpa Had - Dengarkan lebih 20 juta lagu dengan hanya satu klik.
  2. Muzik Dimana Sahaja - Akses koleksi muzik melalui peranti anda dimana sahaja.
  3. Dengar Bersama Artis - Kenali selebriti pujaan anda dengan lebih dekat.
  4. Kongsi Muzik - Kongsi lagu bersama rakan melalui Facebook dan Twitter.
  5. Karaoke Secara Spontan - Nyanyi dengan bantuan lirik bergerak.


Paling Ayue suka adalah aplikasi ini mempunyai kebolehan untuk memaparkan lirik untuk setiap lagu yang dimainkan. Karaoke secara spontan gitu. Best kan? Ayue suka gila kot lirik-lirik ni semua sebab Ayue memang suka nyanyi tengok lirik. Haha.


Sekarang ni, KKBOX ada YEAR END SALE! Anda boleh dapatkan 90 hari muzik tanpa had secara PERCUMA tau!


Anda hanya perlu daftar KKBOX melalui akaun Facebook atau Emel anda di link bawah ni. 


Itu saja. Lepas tu boleh la nikmati muzik tanpa had kat mana-mana saja anda berada. Wahhh. Bestnya. Jangan lepaskan peluang okey? 


Untuk maklumat lanjut tentang KKBOX, anda boleh layari :

KKBOX website: www.kkbox.com
KKBOX Youtube channel: https://www.youtube.com/user/KKBOXMY




xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. mcm Fida...masa drive kete..wajib bukak lagu..then jadi penyanyinya...sebab kalau tak nyanyi sekali..mesti nak stress..yerlah mengadap jem kan...pastu dekat opis pu mesti bukak lagu...so bagi fida muzik ni buatkan Fida focus pada kerja...

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.