Mega Wedding Malaysia | Pakej Kahwin Eksklusif hanya RM6,000

23 October 2016

Assalamualaikum. Semalam Ayue dijemput hadir ke Mega Wedding Malaysia di Marina Putrajaya. Ini pertama kali Ayue tengok sendiri berkahwin secara beramai-ramai tau. Selalunya Ayue tengok di TV atau baca surat khabar je. Bila dah tengok sendiri depan mata, seronok jugak! Bukan apa, bila kahwin beramai-ramai ni, meriah dia lain macam. 


Seramai 13 pasangan pengantin yang menyertai Program Mega Wedding Malaysia ni pada bulan ni. Mereka diijbalkabulkan oleh 4 orang jurunikah yang diketuai oleh Imam Besar Masjid Putra, Datuk Abdul Manaf Mat, Ismail Zakaria, Hafizan Ibrahim dan Mohd Amirul Adam Ahmad di Masjid Putra, Putrajaya.

Apa yang paling menarik perhatian Ayue, program ni menyediakan cruise untuk pengantin berarak masuk ke Marina Putrajaya. Style gila kot! Bayangkan orang ramai semua tertunggu-tunggu pasangan pengantin untuk turun dari cruise. Semua mata tertumpu pada mereka. Kalau Ayue mahu gugur jantung dah ni. Nervouse tak ingat. Hehe.



Ayue difahamkan yang kesemua pengantin hanya perlu membayar sebanyak RM6,000 setiap pasangan untuk menyertai program ni yang merangkumi pakej perkahwinan eksklusif termasuk akad nikah, pelayaran menaiki Cruise Tasik dan persandingan di tepi tasik. Seriously? RM6,000 je?! Harga majlis perkahwinan sekarang boleh capai sehingga sepuluh kali ganda kot. Memang jimat sangat!





Sesuai dengan motif program ni diadakan dimana tujuannya adalah untuk membantu pasangan pengantin meringankan beban belanja perkahwinan mereka, dan menikmati majlis perkahwinan yang mewah dan meriah. 


Memang betul, meriah sangat. Ayue yang datang ni pun terasa teruja nak tengok pengantin turun dari cruise tau. Makanan yang disedia sangat sedap sampai kami yang datang ni bertambah masing-masing. 



Bukan tu je, siap ada instant photobooth, coffee corner dan candy buffet lagi. Mana tak meriahnya? 




Tahniah untuk semua pengantin baru. Ayue kagum sangat dengan program anjuran Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd dan Mahligai Catering Sdn Bhd serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Putrajaya dengan kerjasama Masjid Putra ni. Satu inisiatif yang sangat bagus untuk bantu bakal pengantin meringankan beban mereka. Maklum lah, nak kahwin sekarang ni banyak betul duit nak pakai! Ayue sendiri nak kahwin hujung tahun ni terasa dengan aliran duit yang keluar macam air tu.

Untuk bakal pengantin diluar sana yang ingin berjimat dan memudahkan perjalanan perkahwinan, boleh lah sertai program Mega Wedding Malaysia 2.0 pada 25 Mac 2017 nanti. 


Pasangan pengantin mendapat pakej seperti dibawah dengan bayaran RM6,000.00
  1. 200 pax jemputan untuk setiap pasangan 
  2. Menu Briyani istimewa 
  3. Live show daripada band terpilih 
  4. Deejay Jemputan dan PA System 
  5. “Door Gift” untuk setiap tetamu 
  6. Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara 
  7. Liputan khas daripada media 
  8. Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa 
  9. Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan 
  10. Pelamin Ekskulif istimewa 
  11. Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya 
  12. Percuma Kad Kahwin untuk setiap jemputan para pasangan 
  13. Kek Kahwin untuk semua pasangan 
  14. Penginapan satu malam di Pullman Putrajaya untuk semua pasangan baru 

Senarai Penaja
  1. Wedding.com.my (Offical portal Mega Wedding Malaysia) 
  2. KL Wedding Ministry (Tatarias Pelamin Mega) 
  3. Sweet pictures (Official Photo & video) 
  4. Kadlawo.com (kad kahwin) 
  5. Scarfbucks 
  6. Yann Rifft Team (Makeup) 
  7. My Photobooth 
  8. Coffee Corner Faizal Azzuuri 
  9. Hunny Creations Event 
  10. Eddie Photo Video 
  11. KayGifts 
  12. iBawal 
  13. Pullman Hotel & Resorts Putrajaya 
  14. Marina Putrajaya 
  15. Cruise Tasik Putrajaya 


Untuk maklumat lanjut atau terus booking, boleh layari :
Website : http://www.megawedding.my/

Facebook : https://www.facebook.com/megaweddingmalaysia/




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.