Unboxing Cute Baking Theme from Althea

01 November 2016

Assalamualaikum. Dalam banyak-banyak box yang Ayue pernah unboxing, box yang ini adalah yang paling excited sekali Ayue nak buka. Tau sebab apa? Sebab box ni bertemakan cute BAKING skincare! Semua kawan-kawan Ayue tahu yang Ayue memang suka baking. But baking + beauty? Whoaaa. Come to mama baby! Haha.


Sebenarnya box ni dihantar kepada Ayue oleh Althea, website favorite Ayue kalau nak beli produk dari Korea. Semua item yang dijual di Althea tu macam hot-hot item di Korea yang dijual dengan harga yang murah. Mana tak nya, diskaun memanjang. Syok ok nak shopping.


Jom tengok apa yang ada dalam cute baking box Ayue ni ok. Jangan nangis tau sebab seriously sangat comel!

Waa, buka-buka je Ayue dah bau wangi semerbak. Ni yang tak sabar nak explore satu per satu ni.




Holika Holika | Smooth Egg Skin Soap (Special Set) | RM52.00

Dalam banyak-banyak, ini yang menarik perhatian Ayue. Sebabnya rupa dia sebiji macam telur betul!. Tengok lah packaging dia pun. Comelnya. Dalam dia ada 4 jenis sabun iaitu Red Clay, Charcoal, Green Tea dan Egg White. Ayue paling suka bau sabun Egg White. 


Setiap jenis sabun ni ada fungsi-fungsi dia yang tersendiri:

Red Clay - Membantu mengecilkan pori dan membersih liang pori tersumbat dengan mengeluarkan kekotoran dari kulit.
Charcoal - Membantu menyerap sebum dan mencegah masalah kulit
Green Tea - Kaya dengan vitamin yang melembap dan melembutkan tekstur kulit
Egg White - Melembutkan kulit dan mengecilkan liang pori





the SAEM | Chocopie Hand Cream Marshmallow | RM39.00

Masa mula-mula Ayue tengok ni, Ayue teringat masa zaman kecil, selalu beli chocopie macam ni dekat babu. Favorite kot sampai ke besar ni. Hehe. Bekas dia alahai comel betul. Bila Ayue try pula krim ni, OMG! Tak tahu nak cakap macam mana sebab bau dia sebiji macam marshmallow! Macam vanila pun ya juga. Kalau tak fikirkan benda ni krim tangan, lama dah Ayue telan. Haha. 


Sapu sikit je dah boleh cover keseluruhan tangan. Masalahnya bila dah sapu, asyik nak hidu tangan je. Macam mana ni? Dalam krim ni macadamia seed oil, shea butter, marshmallow extract dan cocoa seed butter yang membantu melembap dan melembutkan kulit tangan tanpa rasa melekit. 





Trendy Items | [Clean Up] Bubble Sugar Scrub (120g) | RM33.00

Okey, yang ni pun lagi satu. Cute je scrub ni dia buat bentuk cube macam ni. Kebetulan Ayue memang suka scrub guna gula. Macam tau-tau je Althea ni tau. Bubble Sugar ni takda bau pun. Cuma Ayue suka dengan bahan-bahan yang digunakan. Hanya minyak sayur natural iaitu Apricot seed oil, sunflower oil, rice bran oil, dan lemon essential oil.


Bubble Sugar ni berfungsi untuk membuang blackhead, sebum dan kotoran. Ayue dah cuba guna, memang best sangat, tekan sampai hancur cube tu, gosok sampai keluar banyak buih dan scrub ke muka perlahan-lahan. Jangan tonyok kuat pula. Hehe. Lepas cuci muka, rasa fresh gila.





ONSAEMEEIN | Yogurt Peeling (100ml) | RM26.00

Dan akhir sekali OnSaeMeeIn yogurt peeling ni. Selain dari scrub, kita boleh juga guna yogurt peeling macam ni untuk buang sel kulit mati. Perasan tak kadang-kadang kulit macam kusam, pakai mekap pun macam taknak lekat. Sebab banyak sel kulit dah mati la tu. Kita kena buang sel kulit mati ni supaya kulit kita dapat serap air dan nutrien tanpa halangan.


Ayue suka yogurt peeling ni sebab dia buang kulit mati secara lembut. Tak macam sesetengah peeling krim tu, Sakit kulit dibuatnya. Cara nak guna pun mudah je. Hanya apply yogurt peeling pada muka, urut perlahan-lahan selama seminit dan cuci muka. Senangkan? Masa urut tu pun anda dah boleh nampak kulit-kulit mati yang keluar. 



Macam mana? Suka tak tengok produk dari Korea yang super comel ni? Baking theme pula lagi. Adoi. Mesti siapa yang kaki baking tu geram je tengok kan? Hehe. Total item ni semua RM150 je. Kalau anda beli semua ni dah dapat Free shipping tau.

Thank you so much Althea for this cute box! Kalau dah habis nanti pun, Ayue nak simpan bekas-bekas ni buat hiasan. Haha.


For more products, visit : 
Website : http://my.althea.kr/


xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. alamak kliru sudah! nak makan ke nak cuci ni. cute sangat!!!

    ReplyDelete
  2. Kak ayue shoo cute! Pika paling teruja time dpt marshmallow tu.. Seriously ingat betul2.. Almost nak makan! Cerita betul, tak tipu.. Adik pika gelak dekat pika.. Hahhahahaa.. Then I realize everything is a product... Enjoy using them for now.. nanti terjah versi pika punya pulak taw..


    Muahahhahaha *kena paksa :P

    ReplyDelete
  3. Ada certain produk like mask from onsaeemin yg nama dia letak word "pig". It this brand halal? Saya risau sbb kilang mesti sama kan. Help me out pls

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.