Rawatan Facial SilkPeel Dermalinfusion di Revival Medical Clinic

22 December 2016

 Assalamualaikum. Seminggu sebelum kenduri kahwin Ayue, Ayue sempat ke Revival Clinic untuk buat rawatan muka SilkPeel Dermalinfusion. Maklumlah, orang nak kahwin, mestilah nak semuanya cantik kan. Tapi Ayue tak pasti jenis rawatan apa yang sesuai untuk kulit Ayue ni. Jadi Ayue dapatkan khidmat nasihat dari doctor di Revival Clinic dulu sebelum rawatan supaya kulit Ayue nampak berseri di hari persandingan nanti.


Bukan apa, ada sesetengah rawatan yang akan menyebabkan kulit mengelupas atau berbintik semasa proses rawatan. Ayue tak nak lah rawatan yang ada kesan macam tu dalam masa terdekat ni sebab nak kahwin lagi seminggu. Kalau dah lepas kahwin takpa. Hehe. Ayue awal-awal lagi dah highlight dengan doctor tentang hal ni supaya dia boleh tentukan rawatan mana yang sesuai.




Kulit Ayue ni jenis kering diluar, tapi berminyak didalam. Jadi Ayue tak boleh nak terlalu fokus pada melembapkan kulit sampai guna produk yang tinggi kandungan melembab kerana nanti boleh menyebabkan kulit Ayue naik jerawat. Kalau ikutkan kulit Ayue ni takda masalah sangat, cuma mungkin stress fikir hal hal kahwin, banyak pula jerawat yang muncul. Itu belum campur dengan white head, black head bagai tu.


Lepas melihat dan menilai kulit Ayue, doktor pakar dematologi di Revival Clinic ni sarankan supaya Ayue buat rawatan Facial SilkPeel Dermalinfusion.


SilkPeel Dermalinfusion
SilkPeel Dermalinfusion berkesan merawat kulit berjerawat, kusam dan rosak, serta memperbaiki bintik penuaan, tompok matahari dan kulit yang menebal akibat penuaan. Rawatan SilkPeel Dermalinfusion ni juga menawarkan kesan serta-merta. Ia telah diuji secari klinikal dan terbukti boleh mengembalikan keserian kulit. Jadi jenis rawatan ni memang sangat sesuai untuk bakal pengantin di luar sana.





5 Sebab Mengapa Anda Perlu Gunakan SilkPeel Dermalinfusion 
  • Teknologi SilkPeel™ yang direka khas berfungsi untuk menyalurkan vitamin, antioksidan dan bahan-bahan terapeutik yang lain ke dalam kulit anda dengan sangat berkesan.
  • Ia berkesan dalam mencerahkan, menyerikan, dan menghidratkan kulit anda.
  • Ia mengoptimumkan manfaat pengelupasan kulit dan kesan serum dalam keadaan yang amat selesa dan tidak menyakitkan.
  • Rawatan adalah selamat dan tidak menyakitkan jika dibandingkan dengan kebanyakan rawatan pengelupasan yang lain. Selain dari itu, keputusan dapat dilihat dengan serta-merta dan juga dari masa ke masa.
  • Penambahbaikan saluran limfa pada muka.
Untuk maklumat lanjut tentang SilkPeel Dermalinfusion, boleh layari : Silkpeel Dermalinfusion


Dah alang-alang Ayue berjumpa dengan doktor pakar dematologi, doktor yang pakar tentang kulit kita, jadi Ayue tanyalah sekali tentang cara penjagaan kulit untuk orang yang mempunyai jenis kulit macam Ayue.


Untuk anda yang berkulit kering diluar tetapi cenderung untuk berminyak kemudiannya. Doktor sarankan kita guna produk yang berasaskan air. Water-based!

  • Cuci muka tak perlu lama. Cukup sekadar hilang kotoran. 2 kali sehari menggunakan pencuci yang tidak banyak buih.
  • Toner, moisturiser, sunblock, cari yang water-based. Ini penting sebab jenis yang lain seperti krim akan buat kulit kita lebih berminyak dan mendorong untuk jerawat naik!


Ayue pula memang menggunakan Aloe Vera gel sebagai night mask. Aloe vera sangat baik tau untuk kulit kita. Orang yang berkulit kering ni, mekap susah nak lekat. Bila mekap akan nampak tak sekata. Sebab tu pentingnya kulit kita lembap supaya bila mekap tu nampak cantik je. Smooth je. Kalau tak mekap pun takpa bila kulit dan cantik lembap! Rawatan SilkPeel Dermalinfusion ni pula boleh menghidratkan kulit, lagi lah Ayue suka.

Sepanjang proses rawatan, memang Ayue rasa selesa sangat dengan layanan yang diberikan oleh staff di klinik ni. Disebabkan Ayue nak kahwin, doktor sarankan Ayue hanya buat rawatan SilkPeel untuk menghidratkan kulit supaya nampak berseri masa majlis nanti. Paling penting rawatan ni tiada kesan mengelupasan. Itu yang Ayue berani buat tu. Hehe.

Sesi rawatan tu ambil masa 1jam 15minit saja. Alat yang digunakan pun langsung tidak memberikan kesan sakit. Rasa sejuk je. Ayue hampir terlelap juga lah sebab dah syok orang belek muka kan.


Sehari lepas rawatan tu, Ayue dapat rasa kulit Ayue makin glowing! Tambah dengan seri pengantin, alahai, rasa cantik sangat pula. Haha. Segala whitehead, blackhead Ayue pun dah hilang. Kesan dia sampai lah Ayue kahwin tau. Alhamdulillah masa mak andam mekapkan pun senang je sebab kulit dah hidrat, lembut, lembap. Mekap senang lekat.


Anda kalau nak cuba juga boleh pergi ke Revival Medical Clinic ni okey?

Revival Medical Clinic
Address : 33G, Jalan Anggerik Vanilla BF31/BF, 
Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, 
Selangor, Malaysia.

Contact No : +016-2115237

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
www.facebook.com/revival.medical.clinic


xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Oh Lol! Nasihat Dr. sama utk pika jugak but extra sikit sebab pika punya kulit congested. SOBSSS.. Selamat Pengantin Baru Kak Ayue!

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.