Assalamualaikum. Tahun 2016 dah nak melabuhkan tirai, jadi dah tiba masa untuk Ayue update Tema dan Trend warna 2017/2018 untuk rujukan kita bersama sepanjang tahun 2017 nanti terutama untuk bakal pengantin. Maklum lah, nak cari tema warna pengantin tahun 2017 lah, tema dan trend baju sedondon raya lah. Jadi Ayue update siap-siap. Haa, senang. Kalau tahun lepas gabungan dua warna rose dan serenity, tahun ni color of the year untuk tahun 2017 adalah Greenery.


Cantik kan? Macam ala-ala rumput lumut gitu. Apa lagi? Tema garden wedding lah tahun 2017 nanti! Ayue pula baru je lepas selesai kenduri kahwin, tema wedding Ayue gold dan pink. Kalau lambat lagi, boleh juga pertimbangkan warna Greenery ni. Alahai.

Okey, macam tahun-tahun sebelum ni, Ayue memang suka update color of the year untuk rujukan B2B (Bride to be) di luar sana. Yela, senang nak cari tema warna untuk perkahwinan anda kan. Paling penting untuk rujukan Ayue juga supaya senang nak refer masa cari tema warna untuk raya nanti. Raya tahun ni kan dah berdua, kena lah sedondon! Cewah~



Pakar dari Pantone telah memilih Greenery sebagai tema warna 2017. Pada Ayue warna ni agak unik berbanding tema warna 2016 yang pastel. Warna ni agak garang, ala-ala rumput lumut gitu. Tapi kalau kena cara dan gayanya, pasti cantik. Kalau anda nak gayakan warna Greenery ni untuk majlis perkahwinan anda, Ayue sangat cadangkan anda buat tema garden wedding. Gabungan warna putih dan sedikit citrus. Ya Allah, cantiknya. 

Tapi kalau tak buat kat garden pun takpa! Dalam dewan atau dekat rumah pun boleh, kita penuhkan saja dengan daun-daun warna hijau. Sweet sangat okey. Cuba tengok contoh wedding yang menggunakan warna greenery ni.


Tema warna perkahwinan 2017





Cantik sunguh la. Tapi untuk anda yang kurang gemar warna fresh macam ni. Takpa, jangan risau, anda boleh pilih Top 10 warna untuk tahun 2017 yang lain okey. Ni Ayue ada senaraikan semua warna sekali dengan contoh wedding lagi. Haa, suka tak?


Tema dan Trend Warna 2017/2018



Tak suka wedding satu warna je? Takpa, Pantone siap senaraikan lagi color apa yang sesuai dengan Top 10 color 2017 ni.



1) Niagara (PANTONE 17-4123 )




2) Primrose Yellow (PANTONE 13-0755)



3) Lapis Blue (PANTONE 19-4045)



4) Flame (PANTONE 17-1462)



5) Island Paradise (PANTONE 14-4620A)



6) Pale Dogwood (PANTONE 13-1404)



7) Greenery (PANTONE 15-0343)



8) Pink Yarrow (PANTONE 17-2034)



9) Kale (PANTONE 18-0107)



10) Hazelnut (PANTONE 14-1315)


Haa, rambang mata tak? Mata satu yang berkenan dihati? Kalau Ayue, dalam banyak-banyak warna ni, Ayue paling suka Niagara dengan Pale Dogwood. Mungkin ni lah warna tema hari raya 2017 Ayue nanti. Hehe. Anda pula suka yang mana?

Have fun choosing your best color ladies~ 

Info and picture credit to Pantone


xoxo,

post signature