Cantik dan Sihat dengan GGM dan Jus D'ria

14 March 2017

Assalamualaikum. Sekarang ni Ayue tengok makin lama makin banyak supplement yang tumbuh macam cendawan. Ada macam-macam kebaikan yang dijanjikan, tapi selamat ke untuk dimakan? Ayue risau juga kalau-kalau ada diantara pembaca blog Ayue yang makan supplement tanpa mendapat pengesahan yang sewajarnya. Yela, nak cantik, nak sihat, orang sanggup buat macam-macam kan?

Untuk anda yang nak sihat dan cantik sekali gus, Ayue ada jumpa satu produk makanan tambahan yang tidak menggunakan bahan kolagen atau gula yang memudaratkan terutama untuk anda yang pernah atau sedang mempunyai cyst. Ayue sendiri pernah mempunyai cyst di ovari, tapi alhamdulillah sekarang dah hilang. Jadi Ayue memang sangat berhati-hati untuk mengambil sebarang supplement yang mempunyai kolagen kerana kolagen boleh meransgsang pertumbuhan cyst.


Produk yang Ayue nak perkenalkan pada anda adalah Gula Gula Magic (GGM) dan Jus D'ria dari Mediherba Solutions. Untuk pengetahuan anda, Kedua-dua produk makanan tambahan yang berasaskan sunnah ini telah oleh Mediherba Solutions sejak 9 bulan yang lepas dan telah mula berada di pasaran dan boleh dibeli secara online mahupun di kedai-kedai jamu yang berdaftar.

Menurut Pengarah Urusan Mediherba Solutions, Puan Rohasniza Rosli, kedua-dua produk ini merupakan produk pertama di Asia Tenggara yang menggunakan bahan-bahan seperti buah-buahan. tumbuh-tumbuhan bunga dan pokok yang digabungkan bersama dengan pati herba dan mempunyai lebih dari 2000 testimoni dari pengguna. Hebat bukan? Malah pihak Mediherba Solutions, telah meluaskan pasarannya ke Media TV dan Radio bermula dari March 2017.


Gula Gula Magic (GGM)

GGM adalah makanan tambahan yang berasaskan coklat, epal dan susu kambing (premium), Habatusauda sebagai bahan utama bersama campuran makanan sunah seperti Kurma, Appricot, bluberri, green tea, Madu, buah delima sebagai perisa tambahan bagi memberi khasiat yang lebih berkesan pada pengguna. GGM juga merupakan satu-satunya produk kecantikan dan kesihatan dalam wanita (TANPA KOLAGEN), mengurangkan risiko masalah kesihatan di samping itu mampu membantu kulit lebih cerah, anjal dan bermaya sepanjang masa.


Mempunyai konsep seperti gula-gula. Jadi anda yang takut untuk mengambil pil, elok sangat lah untuk amalkan GGM ni. Yang paling penting, GGM ni tiada kolagen. Wanita yang mempunyai cyst atau pernah mempunyai cyst sangat tidak digalakkan untuk mengambil supplement yang mengandungi kolagen didalamnya sebab kolagen ni macam yang Ayue katakan tadi, mempunyai kesan sampingan dan memudaratkan bagi mereka kerana boleh menyebabkan cyst kembali aktif.



Antara kebaikan GGM ni adalah:
  • Mencerahkan, melicinkan dan menganjalkan kulit
  • Merawat kulit kusam dan bintik-bintik hitam
  • Melawaskan pencernaan dan detox
  • Mengempiskan perut dan membuang lemak degil
  • Menghilangkan jerawat dengan cepat
  • Memudarkan parut-parut luka
  • Anti-oxida
  • Anti-cancer dan menghalang pertumbuhan tumor
  • Anti-stress
  • Anti-penuaan
  • Menyuburkan dalaman wanita dan lelaki
  • Menyuburkan rahim
  • Merawat dalaman badan seperti jantung dan hati
  • Melancarkan kitaran haid
  • Meningkatkan metabolisme badan
  • Menyuburkan pertumbuhan rambut
  • Menjaga kesihatan mata
  • Mengurangkan tekanan darah
  • Menguatkan daya ingatan
  • Merawat penyakit asma dan diabetes
  • Menguatkan tulang
  • Merawat penyakit resdung
  • Menghilangkan sengugut ketika haid
Fuh, banyak betul kebaikan dia ni. Dalam setiap botol mempunyai 30 biji dan mempunyai 2 jenis perisa iaitu epal dan coklat. Jadi anda boleh lah bergilir-gilir makan yang mana anda suka. Lelaki dan perempuan dari peringkat awal remaja, dewasa hingga yang telah berusia sesuai untuk amalkan GGM ni ok. 



Cara pengambilan :
Kunyah 1 biji pagi sebelum sarapan dan 1 biji sebelum tidur

Harga :
RM69.00 (Semenanjung Malaysia)
RM79.00 (Sabah Sarawak)

Untuk maklumat lanjut tentang GGM, boleh layari :
Instagram : @gulagulamagic dan @mediherbahq
Facebook : GGM MARVELLES
Talian MEDIHERBAHQ : +60186610104



Jus D'ria | 300ml

Jus D'ria adalah makanan tambahan yang berasaskan Aloe vera, delima, halia, madu, echinachea, oregano, bawang putih, dong quai (herba cina), akar manis, acai beri, camu-camu, vitamin C, Epal stemsel, Argan stemsel dan stevia. Kandungan bahan-bahan ini dapat membantu melegakan ruang penafasan (lelah/asma), membantu mengurangkan lendir-lendir yang berlebihan di bahagian kerongkong, membantu mengurangkan masalah gatal-gatal di bahagian hidung, telinga dan mata (Resdung), dan juga mengurangkan masalah gatal-gatal dan merah-merah di bahagian kulit di kenali sebagai ekzema. Mungkin sebab inilah ia digelar "Ibu Segala Khasiat".


Ramai juga diantara rakan Ayue yang mempunyai masalah ekzema ni. Kesian juga bila tengok kulit mereka merah-merah kegatalan. Terutama kanak-kanak kecil yang tidak tahu apa-apa. Alahai kesian betul bila tengok kulit mereka jadi macam tu. Untuk mengetahuan anda, Jus D'ria ni boleh diambil oleh bayi seawal usia 6 bulan dan sesuai untuk diambil oleh lelaki dan perempuan, kanak-kanak, remaja, dewasa. 


Qisti mempunyai masalah redung yang agak teruk. Tak boleh salah makan sikit, mesti dia bersin tak ingat dunia. Terutama kalau dia makan udang dan belacan. Fuh, boleh bergegar rumah dibuatnya. Ayue tahu dia pun tak selesa bila ada masalah rendung ni. Jadi Ayue nak bagi dia cuba Jus D'ria ni. Manalah tahu berkesan. Lagi pun bau Jus D'ria ni sedap tau.

Antara kebaikan dan khasiat Jus D'ria adalah :
  • Merawat masalah lelah / asma
  • Merawat masalah resdung
  • Merawat masalah penyakit ekzema
  • Merawat masalah selsema dan batuk
  • Menghilangkan kahak
  • Merawat masalah gatal-gatal kulit / alergi
  • Merendahkan paras kolestrol
  • Menguatkan ketahanan badan
  • Merawat masalah migraine dan sakit kepala
  • Membaiki system pencernaan menjadi lebih baik dan lancar
  • Membaik pulih luka dengan cepat
  • Menjadikan kulit lebih cantik dan sihat
  • Menghilangkan parut luka lama seperti kesan jerawat dan luka-luka kecil
  • Mengurangkan tekanan darah
  • Melindungi jantung
  • Menguatkan daya ingatan
  • Membantu menurunkan paras gula dalam darah


Cara pengambilan :
2 kali sehari sahaja
10ml di waktu pagi dan 10ml di waktu malam.
Bagi kanak-kanak memadai dengan hanya 3ml ke 5ml sahaja 2 kali sehari sahaja.


Harga :
RM88.00 (Semenanjung Malaysia)
RM98.00 (Sabah dan Sarawak)

Untuk maklumat lanjut tentang Jus D'ria, boleh layari :
Instagram : @jusderiahq dan @mediherbahq
Facebook : JUS DERIA
Talian MEDIHERBAHQ : +60186610104




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.