Lazada 5th Anniversary Birthday Sales

24 March 2017

Assalamualaikum. Sedar tak sedar, dah 5 tahun rupanya Lazada beroperasi. Ayue rasa macam dah lama sangat Ayue tahu tentang kewujudan Lazada ni. Tapi rupanya baru 5 tahun? Nampak tak betapa berjayanya mereka ketengahkan online store mereka di mata pembeli tegar macam Ayue?


Bila sebut tentang birthday, mesti lah ada hadiah kan. Tapi bezanya birthday Lazada ni, mereka pula yang beri hadiah pada pelanggan kesayangan mereka. Macam mana nak dapatkan hadiah dari Lazada ni? Jangan risau, semua orang akan dapat hadiah dengan membeli belah di Lazada. Hadiah yang Ayue maksudkan tu adalah LAZADA BIRTHDAY SALE!




Ayue tahu, tiap kali Lazada buat sale, mesti ramai orang meroyan kan. Haha. Bukan meroyan apa, geram tengok harga barang yang kaw-kaw punya sale. Murah berganda! Lagi pula kali ni birthday Lazada, mesti lah lagi sale lagi special.

Jadi mark calander anda siap-siap, tanggal 22 March - 24 March 2017, Lazada akan buat Birthday Sale yang menawarkan sehingga 90% diskaun harga dari pelbagai kategori produk seperti perkakasan rumah, mainan, gajet, pakaian, makanan, perhiasan dan macam-macam lagi lah. Ada ke barang yang takda dekat Lazada tu? Lazada tu ibarat poket Doraemon sebenarnya pada Ayue. Carilah apa saja, mesti ada.

Eh, bukan sale saja tau yang Lazada buat sempena birthday nya yang ke 5 ni. Para pelanggan juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah dengan menyertai pertandingan yang diadakan di Facebook dan Instagram. Meriah sungguh lah. Boleh menang iphone7 dan trip 4D3N ke Bali tau! Rugi betul siapa yang tak join tu. Rezeki masing-masing, siapa nak tahu kan? Mana lah tahu Ayue menang trip ke Bali, dapat juga lah honeymoon. Eh?





Takkan nak bagi Ayue menang seorang kot? Jom lah join sekali. Hehe. Install app Lazada siap-siap tau. Senang sikit nak grab sale yang anda berkenan. Untuk Lazada, Happy 5th Birthday!!


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Website : www.lazada.com.my/birthday-sale!
Facebook: fb.com/LazadaMalaysia
Twitter: www.twitter.com/LazadaMY
Instagram: www.instagram.com/Lazada_MY



xoxo,
post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.