Shopping Online Baju Raya di Shopee | Murah dan Mudah

31 May 2017

Assalamualaikum. Dalam pemilihan baju, Ayue memang sangat menitik beratkan keselesaan. Paling penting sekali mestilah menutup aurat. Kadang-kadang baju yang dijual dengan harga ratusan ringgit tu, belum tentu lagi si pemakainya akan selesa. Lebih-lebih lagi yang jenis berbadan comel macam Ayue ni.

Sebab tu Ayue selalu survey online baju-baju yang menepati ciri-ciri yang Ayue sebutkan tadi. Yang murah pun kadang-kadang berkualiti tau. Lagi-lagi kalau kita pandai pilih. Masa Ayue survey di aplikasi Shopee, Ayue ada jumpa beberapa baju dan shawl yang menarik perhatian Ayue.



Shopee sistergojes

Dalam banyak-banyak online seller yang ada di Shopee, Ayue tertarik dengan Shopee sistergojes ni sebab dia ada banyak pilihan jubah dan telekung. Cantik-cantik pula tu design nya. Kebanyakkannya di antara RM40 - RM60 sahaja. Pada Ayue harganya sangat berpatutan.


Shopee : https://shopee.com.my/sistergojes
Facebook : https://www.facebook.com/sistergojesempire
Instagram : @sistergojes_empire


Jubah Black/Rose

Tak macam jubah lycra yang lain, jubah ni tak melekat pun di badan masa Ayue memakainya. Tips nak pilih material lycra ni, pilih yang bersaiz besar sedikit. Takda lah nampak bentuk tubuh tu kan. Lagi pun materialnya bukan jenis lycra yang terlalu lembut hingga terikut bentuk badan.



Type : Lycra
Size available : S M L XL 
Ukuran tinggi : Max 162cm


Jubah Chocolate/Cream

Jubah ni pun sama materialnya dengan yang di atas. Tapi Ayue lagi suka design yang ni. Hati bunga-bunga lah katakan. Banyak lagi design yang cantik-cantik ada di sistergojes ni tau ni tau. Boleh tengok sendiri nanti ya.





Telekung Moss Green

Masa pilih-pilih baju tu, ternampak pula telekung ni. Eh, berkenan pula! Percaya tak kalau Ayue kata Ayue tak pernah beli telekung sendiri? Selalunya mak yang beli kan. Sekarang ni suami pula. Tapi kali ni Ayue sendiri yang nak beli telekung ni sebab Ayue sangat suka dengan designnya simple. Warna yang Ayue pilih pun warna pastel. Kalau nak ke masjid pun takde menyerlah sangat kan. Sedap je mata memandang. Bila pakai pula, serious selesa. Tak berkedut dan sejuk je.



Sesuai untuk anda yang berbadan besar juga sebab kain nya panjang sehingga 165cm. Ada macam-macam warna yang ada tau. Murah pula tu!


Fabric Spray

Lepas tu Ayue ada nampak juga Fabric Spray yang sistergojes ni jual. Saja lah nak cuba sebab ia merupakan spray serbaguna yang mempunyai pelbagai fungsi. Mewangikan, menyegarkan dan mengharumkan semua fabric yang anda ada. Tak kira lah langsir ke, cadar ke, sofa ke, semua pun boleh. Baunya pun wangi tau. Ada 2 jenis wangian bersaiz 500ml dan 1.1liter. Sekarang ni pantang lepas masak je, mesti nak spray satu rumah bagi suami balik wangi je. Hehe.




Shopee Zavira Contemporary

Dah ada jubah, mesti lah nak cari shawl pula kan. Ayue berkenan dengan shawl dari Zavira Contemporary ni. Ada chiffon, ada satin. Tudung bawal pun ada. Harga pula boleh tahan murah. Jadi jari ni pun menggodek lah apa yang ada.


Shopee : https://shopee.com.my/zavira.contemporary
Facebook : https://www.facebook.com/zaviracontemporary
Instagram : @zavira.contemporary
Website : http://www.zavira.com.my


Instant Shawl

Satu tabiat Ayue ni, walaupun Ayue suka pakai shawl, tapi bila mood malas tu sampai, pakai juga yang instant. Tapi susah nak cari instant yang elok bila dipakai. Nak pakai pun belum tentu senang. Tapi Ayue tengok Instant Shawl ni macam senang pula. Bila dah cuba, memang senang pun! Sarung je, siap! Tak payang nak betulkan apa-apa lagi. Cuma part nak iron tu lah kena banyak bersabar bila pakai instant shawl ni. Hehe.




Bawal Juwita

Ayue jarang sebenarnya pakai bawal ni.Tapi kadang-kadang pakai juga. Sekarang Ayue tengok orang pakai bawal satin macam cun pula. Nak juga lah try kan? Rupanya bawal satin Juwita ni tak macam yang Ayue sangkakan. Ingatkan licin, susah nak bentuk. Rupanya senang gila. Pakai, lilit, siap. Lebar pun lebar, dapat tutup semua aset yang penting. Hehe. Bawal ni sebenarnya banyak style bole pakai tau selain dari style macam pergi sekolah dulu tu. Banyak dah tutorial kat Youtube tu. Search je.





Shopee Syaza Yasmin

Last sekali, tak complete lah kalau takda inner tudung betul tak? Dekat Shopee Syaza  Yasmin ni ada banyak sangat baju kurung moden, baju raya, baju kanak-kanak, dan inner tudung. Rambang mata juga dibuatnya sebab kebanyakkan design cantik-cantik. Tapi sebab Ayue cuma nak cari inner tudung, jadi Ayue fokus yang tu saja lah.


Shopee : https://shopee.com.my/syazayasmin
Facebook : https://www.facebook.com/syazayasminrtw/
Instagram : @syazayasminrtw


Ada macam-macma jenis inner tudung sebenanya, tapi Ayue pilih yang ini. Materialnya selesa, tebal dan terletak je dekat kepala. Ada macam-macam warna yang boleh dipilih tau.


Habis lah, Ayue dah terjebak dengan Shopee ni. Hehe. Senang dan mudah nak membelinya. Harga pun murah. Berbaloi-baloi nak membelinya. Anda jangan lupa install apps Shopee ok?


Cahaya Raya Bersama Shopee

Shopee sedang buat kempen Cahaya Raya Bersama Shopee, boleh beli barang dengan harga diskaun sampai 90%. Pada masa yang sama, anda juga boleh menang hadiah wang tunai dalam pertandingan yang dieorang anjurkan sepanjang bulan puasa ni. Menarikkan?


Ada macam-macam pertandingan yang akan dianjurkan dari 15 Mei sampailah 30 Jun nanti, ada 24 kempen jualan murah. Jangan lepas kan peluang tau.





xoxo,

post signature

Fiesta Raya 2017 Bintang Fashion

Assalamualaikum. Salam ramadan buat pembaca blog Ayue. Tiap tahun bulan ramadan ni lah bulan yang paling meriah sekali selain Syawal sebab bulan ni ramai yang keluar membeli belah tanpa mengira bangsa untuk rebut peluang yang ditawarkan oleh setiap peniaga. Bintang Fashion juga tidak terlepas peluang untuk menawarkan pelbagai promosi untuk anda sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma sebulan lagi.



Untuk pengetahuan anda, kedai pakaian Bintang Fashion yang mempunyai 39 cawangan di seluruh Malaysia sedang mengadakan kempen Fiesta Raya 2017 dan Hari Raya 2017 sempena perayaan Aidilfitri buat pelanggan setianya.




Ada banyak sangat pilihan yang disediakan untuk seisi keluarga. Bingtang Fashion bukan saja menyediakan rangkaian busana untuk lelaki dan perempuan dewasa, malah untuk kanak-kanak juga. Ada pelbagai corak serta warna dengan trend terkini pada harga rendah tapi berkualiti tinggi.



Tawaran ‘Lebih Belanja, Lebih Ganjaran’




Fiesta Raya 2017, Lebih Belanja, Lebih Ganjaran istimewa buat anda yang berbelanja lebih. Anda layak membawa pulang hadiah menarik jika anda berbelanja melebihi jumlah tertentu dalam 1 resit antaranya:










Set pemotong kuku, termos, pembesar suara ‘bluetooth’, set mangkuk seramik dan banyak lagi. Lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak dan lumayan hadiah yang menanti. Best gila kan? Tapi kena cepat lah sebab ganjaran ni sementara stok masih ada je.



Cabutan Bertuah Hadiah Menarik



Ya ampun, geramnya Ayue tengok hadiah cabutan bertuah yang disediakan. Memang bertuah sungguh siapa yang dapat tu. Semuanya perkakas elektrik. Kalau dapat masa raya ni kan syok? Haha.


Cabutan Bertuah Mingguan ini menanti anda dengan tawaran hadiah-hadiah menarik setiap minggu dengan hadiah yang berbeza! Wah, setiap minggu? Ada periuk nasi, perkakas dapur, mixer dan blender. Alahai, seronoknya.



Peluang Naik Jet Peribadi


Okey, Ayue saja simpan hadiah yang paling best untuk beritahu anda last sekali. Tau tak anda juga berpeluang untuk naik jet peribadi jika anda membeli belah di Bintang Fashion! Haa, ini betul-betul ya. Bukan cubaan. Kalau anda nak rebut peluang naik jet ni, anda kena lah join Peraduan Likes dan Share ni.


Peraduan ‘Likes’ dan ‘Share’ tertinggi di Facebook dan Instagram menawarkan hadiah yang lumayan untuk anda iaitu sepasang tiket jet peribadi Cessna 172 bagi menikmati pemandangan indah di sekeliling KLCC. OMG! Bestnya!!




Cara untuk join peraduan ni mudah saja, anda hanya perlu:


  1. Lawati cawangan Bintang Fashion dan ambil gambar atau ‘selfie’ kreatif anda bersama rakan dan keluarga bersama prop
  2. Kongsi gambar tersebut di Facebook dan Instagram berserta ‘hashtag’ #bfpj dan pastikan ‘profile’ anda tidak di setkan peribadi
  3. Hanya 1 pemenang dengan ‘Likes’ dan ‘Share’ tertinggi akan dipilih


Pemenang yang bertuah akan ke Lapangan Terbang Subang untuk pelepasan dan bakal menikmati pemandangan indah sekitar KLCC.

Rasanya tempat lain takda hadiah menarik macam yang di tawarkan di Bintang Fashion ni kan? Haa, apa lagi. Cepat-cepat datang ke Bintang Fashion sebelum peraduan tamat pada 21 Julai 2017.



Lokasi dan Cawangan Bintang Fashion


  • Aeon Big Shah Alam Lot G-18 & 19, Section 23 Shah Alam.
  • Lot. 10, Jalan Deviden 23/6, 40460, Shah Alam, Selangor.
  • Ampang Putra Lot. 25 & 27 GF Jln Bunga Tanjung 9C, Tmn Putra, 68000 Ampang, Selangor.
  • Ara Damansara Lot. 141 ( Ground Floor ), NZX Commercial Centre, Jalan PJU 1A/41B, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
  • Balakong Lama Lot 39G&41 G Jln PDR5 Perniagaan Desa Ria 2, 43300, Balakong, Selangor.
  • Bentong Lot. No 50 & 51, Jalan Ah Peng, 28700 Bentong Pahang.
  • Bkt Beruntung Lot. K7, Pasaraya Grand Union, 1 Jalan Kamunting 1, Seksyen B6,48300 Bukit Beruntung, Selangor.
  • Desa Pandan Lot. No. 2-G Jln 1/76C, Desa Pandan,55100, Kuala Lumpur.
  • Dengkil Lot. 29& 31, Jalan Deluxe 3, Pusat Perdagangan Deluxe 43800, Dengkil Selangor.
  • Giant Kelana Jaya Lot. G01,Giant Hypermarket no 33 Jalan SS6/12, Kelana Jaya, 47301, Kuala Lumpur.
  • Giant Puchong Kinrara Lot. F14-F16,Giant Hypermarket Bdr Kinrara, Lot 449, Jalnn BK 5A/1,47000 Puchong ,Selangor.
  • Giant Muar Lot G31&G 32,Giant Hypermarket, Lot 6530, Tanjung Agas, 84000 Muar, Johor.
  • Giant Nilai Lot G11-G13,Giant Superstore Nilai,PT 6367,Jln BBN 3/1, Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
  • HP Mall Lot. F3-F5,1F,HP Mall Harbour Point, PT 664 Jln Sg.Aur Seksyen 13,Bandar Pelabuhan, 42100, Klang, Selangor.
  • Jalan Taiping Lot. 1-G2,Jalan Taiping,41400 Klang, Selangor.
  • Meru Lot. 39,Jalan Jelutong 1/Ku8,Pekan Meru, 41050 Klang, Selangor. Metro Kajang Lot. T175,3F,
  • Plaza Metro Kajang, Jln Tun Abdul Aziz, 43000 Kajang Selangor.
  • Metro Prima Kepong Lot. Jalan Prima 5, Pusat Niaga Metro Prima, Off Jalan Kepong, 52100, Kuala Lumpur.
  • Pandan Jaya Lot. 43, Jalan Pandan 3/3, Pandan Jaya, Cheras 55100, Kuala Lumpur.
  • Puchong Prima Lot. A-01-03 & A-01-04,Blok A Jln 5/5, Puchong Prima, 47100, Puchong, Selangor.
  • Rawang Baru Lot. 107& 109, Jalan Maxwell, 48000 Rawang ,Selangor.
  • Selayang Baru 1 Lot. 36 &38 Jalan Besar, Selayang Baru,68100 Bt Caves, Selangor.
  • Semenyih 2 Lot. 11& 13 ,Tkt Bwh,Jalan Pasar Baru, 43500 Semenyih, Selangor.
  • Serdang Lot. 13-17, Pasar Grand Union,Jln Perusahaan 3, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
  • Seri Setia Lot. 615,GF Jalan SS9A/1, Seri Setia, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
  • Sri Serdang Lot. 22-1, Jalan. 18/32, Taman Sri Serdang 43300 Seri Kembangan, Selangor.
  • Shah Alam Lot. 36,36A&38,38A,Jln Pinang 18/C, Seksyen 18, 40200 Shah Alam, Selangor.
  • Sri Gombak Lot. 52B,Jalan SG 1/8,Tmn Sri Gombak,68100 Bt Caves, Selangor.
  • Sri Kota 2 Lot. 61 & 63, Jalan Mewah 25/63 Taman Sri Muda Sek.25, 40400 Shah Alam Selangor.
  • Subang 1 Lot. 20,Jalan Besar, Kg Baru Subang,Seksyen U6,40150 Shah Alam, Selangor.
  • Sungai Buloh Lot. 5&7,Jalan Liter C u19/C, Sungai Buloh, Seksyen U19,40160 Shah Alam, Selangor.
  • Sungai Buloh 2 Lot. 8 & 10, Jalan Public, Kg. Baru Sg. Buloh Shah Alam, 40160 Shah Alam, Selangor.
  • Taman Sentosa Lot. Shahbudin 29A Taman Sentosa 41200 Klang Selangor.
  • Telok Panglima Garang Lot. 116-124,TKT 1,Pasaraya Grand Union,Jln Utama 2, Teluk Panglima Garang, 42500 Klang, Selangor.
  • Tesco Alor Setar Lot. G5, Tesco ,Mergong, Lebuhraya Suktanah Bahiyah, 05350, Alor Setar, Kedah.
  • Tesco Ampang Lot. 23, Tesco Hypemarket, Jln. Pandan Prima Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur.
  • Tesco Kajang Lot. F10, 1F,Tesco Kajang, PT37820 &11196,Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor.
  • Tesco Meru Lot. 2, Jalan Setia Prima S U13/S, Bandar Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor.
  • Tesco Rawang Lot. G2-G5,Tesco Rawang, Batu 1Jln Rawang, 48000 Rawang, Selangor.
  • Wangsa Maju Lot. F1-35, AEON BIG, No 8, Jalan 8/27, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.



Untuk maklumat lanjut layari Facebook atau Instagram Bintang Fashion


Selamat membeli-belah!



xoxo,

SGshop “Jom Shopping!” Contest

29 May 2017

Assalamualaikum. Salam Ramadan. Eh, Ayue baru je selesai buat giveaway hari tu, hari ni dah nak buat contest pula? Murah hati sungguh SGshop ni. Pemenang giveaway yang Ayue buat hari tu mesti dah penuh shopping cart kan? Yela, barang dekat SGshop semuanya murah-murah sampai ada yang PM Ayue, kata tak tahu nak beli apa sebab semuanya rasa macam nak beli! Haha, memang rambang mata pun bila dah masuk website SGshop tu. Ayue sendiri pun tak pernah puas shopping dekat SGshop tau.

Hari tu hadiah giveaway RM200 untuk setiap pemenang. Cukup ke? RM200 mana cukup ye tak? Haa, kali ni pihak SGshop up lagi hadiah untuk pembaca blog kesayangan Ayue ni. Seorang akan dapat RM500!! Dan Ayue mencari 10 orang pemenang tau. Bukan je baju raya, tapi kasut raya, beg raya, tudung raya, semua boleh beli. Siap OOTD terus.

Banner contest : SGshop “Jom Shopping!” Contest

Cuma sayangnya, contest kali ni khas untuk BLOGGER saja. Yang bukan blogger kalau nak join kenalah jadi blogger dulu ya?

Okey lah, Ayue tak nak bebel panjang sebab entry ni khas untuk SGshop “Jom Shopping!” Contest saja. Jom tengok macam mana nak join contest ni ya.


SGshop “Jom Shopping!” Contest


Cara penyertaan

1) Buat satu entry bertajuk : SGshop “Jom Shopping!” Contest
2) Pastikan banner contest ada di dalam entry contest anda
3) Jawap 2 soalan berikut:

  • Q1: Apakah servis yang SGshop tawarkan?
  • Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia (Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.
4) Komen di blogpost ini link entry anda
5) Share entry anda di Facebook wall anda dengan hashtag #AyueIdrisXSGshopMalaysia


ITU SAHAJA! Mudah je kan? Bukan setakat 3 item, 10 item pun Ayue yakin anda boleh senaraikan. Hehe. Tapi tak payah lah senaraikan sampai 10 ye? Cukup 3 item je.

Lepas tu kalau rajin, boleh lah like FB Page Ayue sekali supaya anda boleh dapat sebarang update tentang contest ni atau contest akan datang melalui FB Page Ayue tu.



Submit entry
Lepas dah siap semua soalan, sila isi borang dibawah untuk tujuan pemilihan pemenang. Tak isi borang, maksudnya entry anda tak dikira ya.

Submit link entry disini : https://goo.gl/dqWRle



Senarai Hadiah

Hadiahnya? Haa, ini yang anda tunggu-tunggu sebenarnya kan.

Peserta lebih daripada 20:
5 X RM 300 SGshop shopping credit

Peserta lebih daripada 40:
10 X RM 500 SGshop shopping credit


Lagi ramai yang join, lagi tinggi nilai hadiah yang SGshop nak bagi anda. Jadi anda kena lah share dengan rakan blogger lain ya? The more the merrier :) Pemenang akan dipilih oleh pihak SGshop sendiri. Ayue takda sebarang kuasa dalam pemilihan pemenang tau. InsyaAllah, kalau dah namanya rezeki, tak kan ke mana. Yang penting usaha.


Terma & syarat contest


  1. Contest berlangsung mulai 30th May 2017 hingga 20th Jun 2017
  2. Pemenang akan diumum pada 21st June 2017 melalui email
  3. Peserta mestilah menetap di Malaysia, ahli SGshop Malaysia dan mempunyai blog yang aktif
  4. Shopping credit SGshop tidak boleh digunakan untuk apa-apa pengeluaran wang tunai
  5. Peserta hanya boleh mengemukakan karya-karya asli dan tidak melanggar hak harta intelek mana-mana pihak ketiga
  6. SGshop berhak membuat pindaan atau mengubah syarat dan terma peraduan pada bila-bila tanpa membuat kenyataan kepada mana-mana pihak untuk contest ini


Apa tunggu lagi? Jom cepat-cepat join! Kalau anda belum ada akaun di SGshop, boleh register di sini:
https://goo.gl/f3BSMF

Untuk daftar akaun, cara pembelian dan macam-macam info lagi, boleh baca entry-entry Ayue sebelum ni tentang SGshop:
1) http://www.ayueidris.com/2016/09/cara-beli-barang-borong-di-taobao.html
2) http://www.ayueidris.com/2017/05/14-fesyen-baru-raya-2017-di-taobao.html




xoxo,

post signature
© AYUE IDRIS • www.ayueidris.com