Baby Tula Carrier Free-to-Grow Review

Friday, July 27, 2018

Assalamualikum. Sejak dari mengandung lagi Ayue memang dah list semua kelengkapan baby yang wajib Ayue ada untuk kemudahan kami terutama baby gear sebab pada Ayue baby gear ni antara investment yang paling penting dah mahal. Yela, kita nak guna yang elok, boleh tahan lama. Kalau boleh nak guna sampai anak-anak lain kan. Jadi kena lah survey betul-betul supaya pilihan yang dibuat tu tepat.

Baby gear yang pertama Ayue dan suami beli sebelum Qaayed lahir adalah car seat dan stroller. Padahal dalam hati ni nak grab sekali baby carrier, tapi masa tu kewangan tak mengizikan, jadi kami hold dulu sampai lah Qaayed dah 10 bulan ni, baru terasa betapa pentingnya baby carrier sebab Qaayed dah berat! Ayah dia dah tak larat nak dukung lagi dah. Tiap kali dukung mesti sakit pinggang, sakit tulang belakang sampai kami kena berhenti berkali-kali untuk bagi ayah dia rehat. Ayue memang jarang dukung Qaayed sebab Ayue dari dulu lagi sakit kaki. Lagipun Qaayed dah dekat 10kg, memang tak larat Ayue nak dukung lagi. Sekejap-sekejap boleh lah.


Yela, kadang-kadang Qaayed bosan duduk dalam stroller, dia nak tengok pemandangan, jadi dia nak didukung. Ayah dia lah jadi mangsa. Jadi kami ambil keputusan untuk dapatkan juga baby carrier supaya kami laki bini dah tak sakit belakang, Qaayed pun selesa bila kami keluar berjalan. Baby carrier pilihan kami adalah Baby Tula Carrier!


Ayue ada banyak sangat benefit yang Ayue nak share dengan mommy yang masih tercari-cari carrier yang bagus untuk baby anda. Yang paling penting, carrier yang anda nak pilih tu wajib ergonomik tau supaya tak memudaratkan tulang baby anda. Kan baby nak duduk lama dalam carrier tu, kena lah cari yang selesa sebab kadang-kadang kita shopping sampai tak perasan berapa jam kita pusing mall. Betul tak?



Ok, sebelum Ayue cerita macam-macam lagi tentang Baby Tula Carrier ni, Ayue nak share dulu tentang brand Baby Tula ni. Baby Tula ni diasaskan oleh pasangan ibu bapa, Ula dan Mike di Poland. Ia merupakan award-winning brand yang dikenali bukan hanya dengan rekaannya yang unik, malah disebabkan oleh komitmen mereka dalam mempromosikan hubungan dan ikatan melalui pendidikan dan komuniti mengendong bayi (babywearing) di seluruh dunia.

Baby Tula Carrier ada 3 jenis pilihan yang anda boleh pilih.

  • Free-to-Grow Carrier (3-20.4 Kg)
  • Standard Carrier (6.8 - 20.4Kg)
  • Toddler Carrier (11.3-27Kg)


Ketiga-tiga carrier ni membolehkan anda mengendong baby secara front carry dan back carry. Ia mempunyai removable hood, poket di pinggang hadapan, dan kebolehan untuk menyusukan baby. Apa yang membezakan ketiga-tiga carrier ni adalah saiz baby, saiz pinggang dan infant insert.



Jadi yang mana satu yang menjadi pilihan Ayue dan suami? Mesti lah Baby Tula Free-to-Grow Carrier. Kenapa Baby Tula Free-to-Grow Carrier? Free-to-Grow ni maksudnya Ayue boleh pakai dari baby baru lahir (newborn) seberat 3.2kg sampai lah anak Ayue berumur 4-5 tahun yang berat dia 20.4kg. Tak payah infant insert pun! Best kan? Selalu carrier yang nak bawa baby dari newborn kena ada infant insert yang berlainan sebab saiz baby terlalu kecil. Tapi Baby Tula Free-to-Grow ni tak payah.  Jimat banyak dah tu sebab infant insert ni lain harganya tau dengan carrier. Kena beli berasingan.



Jom Ayue senaraikan ciri-ciri Baby Tula Free-to-Grow Carrier ni.

1) INNOVATIVE BODY PANEL
Mempunyai tiga tetapan lebar dan dua tetapan ketinggian yang boleh laras untuk membolehkan kedudukan ergonomik yang selesa dari bayi yang baru lahir, bayi dan awal kanak-kanak.

2) DUAL-ADJUSTMENT PADDED SHOULDER STRAPS
Menyediakan keselesaan leher & bahu yang optimum dan menawarkan pelarasan cepat dan mudah bagi pelbagai pemakai

3) BREATHABLE & LIGHTWEIGHT MATERIAL
Direka dan dibuat daripada 100% kain cotton lembut.

4) MULTIPLE ERGONOMIC POSITIONS
Mempunyai pilihan back carry dan front carry untuk menyediakan kedudukan semula jadi, ergonomik yang terbaik untuk jangka masa panjang, selesa membawa yang menggalakkan perkembangan hip dan tulang belakang yang sihat untuk bayi

5) WIDE PADDED WAISTBAND
Memberi keselesaan untuk membantu mengagihkan berat badan secara merata, termasuk poket depan yang besar

6) EXTRA LEG PADDING
Menjaga bayi selesa untuk membolehkan memakai lebih lama

7) EASY-TO-ADJUST DESIGN
Keupayaan untuk membuat pelbagai penyesuaian untuk mencari kesesuaian yang sempurna apabila bayi membesar. Boleh digunakan dari 3.2kg hingga 20.4kg, tanpa infant insert.

8) COORDINATING BASE & HOOD
Mempunyai hood yang boleh ditanggalkan dengan kancing untuk menyokong kepala semasa tidur, perlindungan matahari semasa keluar, dan privasi tambahan semasa menyusu


Product Measurement

  • Bergantung kepada snap setting, kelebaran seat panel boleh dilaras daripada 5" - 15".
  • Bergantung kepada pelaras ketinggian panel, ketinggian pada panel boleh dilaraskan dari ketinggian 11" - 17".
  • Hip Belt mempunyai ukuran tinggi 5" dan lebar 26". Penyambungan tambahan sehingga 30" (total pinggang sehingga 57" panjang).
  • Berat carrier : 0.77kg.


Baby Tula Carrier ni memang pujaan hati ibu-ibu yang memang dah aim nak babywearing baby dia sebab ciri-ciri yang Ayue sebutkan tadi. Ciri-ciri yang paling utama selalu mereka ambil berat adalah kedudukan ergonomik M yang betul,  keselesaan kedua ibu bapa dan anak, padding bahu yang lebar dan selesa berbanding jenama lain dan yang paling menarik adalah designnya yang unik .


Serious, dalam banyak-banyak carrier, design Tula adalah antara yang terbaik dan up-to-date. Sesuai dengan jiwa ibubapa moden yang masih nak kelihatan cantik walaupun dengan memakai carrier. Designnya pula sesuai untuk lelaki dan wanita tau. Ada corak bunga, abstrak, malah plain pun ada. Jadi kaum ayah tak perlu risau.




Design yang Ayue pilih ni pula adalah design terbaru Limited Edition with Jujube Print, Black Lightning. Sesuai untuk lelaki dan wanita. Kalau Ayue pilih corak bunga-bunga nak segan pula suami Ayue nak pakaikan sedangkan yang selalu bawa baby adalah dia. Jadi Ayue pilih design yang macam ni supaya Ayue dan suami boleh pakai. Cantik kan? Ala-ala askar gitu, tapi bentuk kilat. Selain dari Black Lightning ni, ada dua lagi design terbaru iaitu Shoreline (Limited Edition with Jujube Print) dan Love You So Much.

Cara nak pakai pun mudah saja. Ayue boleh pakaikan carrier ni seorang diri tanpa bantuan orang lain. Yang penting kena pastikan buckle dipasang elok sebelum anda masukkan baby ke dalam carrier. Bawah ni Ayue tunjukkan sekali macam mana cara nak pasang carrier (front carry) step-by-step.


Faham tak? Kalau tak faham takpa, Bila anda beli carrier ni, akan ada manual tunjuk satu-per satu cara nak pakai tula carrier untuk front carry dan back carry sekali. 

Sedikit tips dan perkara yang perlu di check bila memakai carrier mengikut tips TICKS
(T) Tight: Anak mesti erat dalam dakapan ibu/bapa/pembawa namun kedua-duanya masih dalam keadaan selesa. Jangan terlalu ketat sampai anak susah nak bernafas.
(I) In view at all times: Anak mesti sentiasa dapat dipantau. Untuk back carry, pastikan sentiasa berkomunikasi dengan anak.
(C) Close enough to kiss: Pastikan kedudukan anak pada paras yang betul. Dahi/kepala anak boleh dicium (untuk front carry).
(K) Keep chin off the chess: Pastikan dagu anak tidak terlalu bersentuhan atau tertekan ke dada anak kerana keadaan ini akan menyukarkan mereka untuk bernafas.
(S) Supported back: Bahagian belakang badan anak disokong dan berada di dalam keadaan semulajadi. Penting bagi bayi 4 bulan ke bawah untuk berada di dalam bentuk C (seperti dalam kandungan) kerana tulang belakang mereka masih belum kuat.

Kenapa tips ni penting untuk anda tahu? Supaya anda dapat elakkan daripada perkara yang memudaratkan anda dan bayi. Contohnya Hip Dysplasia. Sebab tu penting untuk pastikan lutut baby dalam kedudukan lagi tinggi dari punggungnya, dan membentuk kedudukan "M". Ingat tau.


Sejujurnya, lepas sebulan Ayue pakai baby tula carrier ni, Ayue sangat puas hati dan selesa walaupun Ayue pakai merata bawa Qaayed. Berjalan dalam mall lah, riadah petang lah, beli barang dapur dekat pasaraya pun ada, dan semuanya selesa. Tak dinafikan cuaca dengan Malaysia ni panas. Bila Ayue berjalan di tempat yang tiada air-cond Qaayed akan berpeluh, tapi tidak sehingga menyebabkan dia tidak selesa sebab Qaayed elok je tidur lena dalam carrier tu. Suami pun selesa dan dah tak sakit pinggang lagi bila kendong Qaayed lama-lama. Rasa berbaloi sangat-sangat.



Untuk anda yang berkena nak dapatkan Baby Tula Carrier Free-to-Grow ni, boleh pergi ke Mothercare terdekat anda atau boleh layari https://babytula.sg untuk maklumat lanjut.




xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page