LeTen | Restoran Makanan Cina Halal di Mitsui Outlet Park

Saturday, July 28, 2018

Assalamualaikum. Anda kalau ke KLIA mesti buntu nak cari tempat makan best kan? Orang selalu tanya suami Ayue dekat mana nak cari makanan best dekat area sana sebab pilihan macam terhad. OK takpa, kali ni Ayue nak share dengan anda dekat mana nak cari makanan yang super sedap bila anda ke Sepang. Suami Ayue kan kerja dekat sana, Ayue memang selalu ikut dia pergi kerja sebab nak meyinggah ke Mitsui Outlet Park. Sambil cuci-cuci mata, sambil isi perut sekali. Hehe.

Kalau sebelum ni tempat favourite Ayue kalau ke Mitsui Outlet Park adalah ParaThai, tapi sekarang Ayue ada dua tempat favourite. Parathai dan LeTen, Restoran Makanan Cina Halal. Ayue sengaja beritahu macam ni sebab Ayue tau ada yang risau nak masuk bila nampak kedai restoran cina ni kan. Lagi-lagi bila nama kedai dia bukan nama muslim, lagi lah risau nak masuk. So lepas ni tak payah was-was nak makan dekat LeTen ni ok sebab semuanya halal.


Siapa sini suka makan masakan cina? Sep sikit! Mungkin sebab nenek Ayue cina mualaf, jadi tekak Ayue ni memang suka dengan masakan cina. Tapi susahnya la hai nak dapat masakan cina halal yang betul-betul sedap dan menepati citarasa Ayue. Kebanyakan yang Ayue jumpa di Shah Alam ni semuanya rasa lebih kurang, portion yang terlalu besar dan over price. Tapi sesekali bila tekak teringin, Ayue ajak juga lah suami pergi makan. Lepas ni tak payah pening-pening dah. Bila tekak teringin nak makan masakan cina halal, confirm Ayue akan singgah LeTen.




Kebetulan masa Ayue pergi haritu adalah Grand Opening LeTen, dapat lah tengok tarian singa sekali. Qaayed first time tengok tarian singa tau. Tapi dia hentam tidur pula. Haha.



Ok, anda mesti dah tak sabar nak tahu menu-menu yang ada dekat LeTen ni sampai Ayue berkenan sangat kan. Bila pergi ke restoran baru, Ayue suka tanya dengan mereka menu apa yang paling sedap untuk Ayue cuba supaya Ayue dapat rasa masakan mereka yang paling sedap. Cover mulut siap-siap ya, jangan meleh air liur tengok menu-menu Ayue nak share ni.

Ayue suka mula menu dengan Dim Sum dulu kemudian baru appetiser. Menu pertama yang Ayue cuba adalah Xiao Long Bao. Seriouly, ini adalah Long Bao yang paling sedap pernah Ayue makan. Cukup lembut, cukup sup, rasa isi dekat dalam pula pergh, nikmat. Ayue cuba 3 jenis Long Bao iaitu Sambal Chicken, Cheese Chicken dan Black Truffle. Semua ni rasa dia lain-lain dan yang paling Ayue suka, Cheese Chicken. Anything with cheese ni memang sedap betul lah.


Sambal Chicken Xiao Long Bao (6 pcs) – RM18.90
Rupaya nak makan Xiao Ling Bao ni ada cara dia. Ayue baru tahu, Anda pun mesti tak tahu kan? Haha. Takpa, meh Ayue ajar ok. Mula-mula anda kena kepit Xiao Long Bao ni pada bunjut nya perlahan-lahan guna chopstick dan letakkan ke dalam sudu. Hati-hati tau sebab kulit dia nipis dan mudah terkoyak. Kalau dah terkoyak rugi lah sebab dalam tu ada sup yang maha sedap. Lepas letak Xiao Long Bao dalam sudu, anda kena gigit bunjut tu atau koyakkan sedikit kulitnya supaya sup di dalam tu keluar dan hirup sup tu dulu. Lepas tu baru makan Xiao Long Bao tu. Seriously sedap sangat-sangat! Ada yang suka makan dengan halia, tapi Ayue suka makan macam tu je. Anda kalau ke sini wajib cuba Xiao Long Bao ni tau. WAJIB!.

Black Truffle Chicken Xiao Long Bao (6 pcs) – RM29.90
Selain Xiao Long Bao, Ayue ada cuba juga Chinese Bun, Wanton dan Dumpling. Semua ni kan antara menu-menu orang cina yang famous. Rugi lah kalau tak cuba. Paling Ayue suka Chinese Bun tu. Rangup di luar lembut di dalam gitu. Ayue tabik betul chef yang buat Chinese Bun ni. Bukan senang tau nak dapat roti yang gebu, tapi dekat luarnya rangup. Ayue cuba buat banyak kali dah, tapi tak jadi. Haha. Penyudahnya makan dekat sini je. 3 ketul RM7.90 saja. Sedap pun sedap, Penat pun tak. Haha. Tapi kalau nak lagi sedap, cicah dengan susu manis tu. Lagi umphh.
Chinese Bun (Deep-fried) (3 pcs) – RM7.90

Deep-fried Prawn Wanton (5 pcs) – RM19.90

Pan-fried Chicken Dumpling (3 pcs) – RM10.90

Next, appetiser! Sebenarnya Ayue jarang order appetiser bila makan luar. Selalu Ayue terus ke main menu je sebab lapar. Tapi disebabkan appetiser ni lain macam sungguh tarikannya, kena order juga lah. Haha.

Lettuce Roll with Homemade Sesame Sauce – RM14.90

Lettuce Roll ni nampak macam menyihatkan sungguh kan. Benda-benda sihat ni selalunya pahit. Especially sayur raw macam ni. Tapi bila dah celup dalam sesame sauce tu, tak rasa dah pahit tu semua. Rasa sedap adalah. Refreshing habis.

Crisp-fried Fish Skin tossed in Salted Egg Yolk – RM19.90
Crisp-fried Fish Skin tossed in Salted Egg Yolk ni pula lagi satu menu yang WAJIB anda cuba bila di LeTen. Percaya lah cakap Ayue, sepinggan ni rasa tak cukup, rasa macam nak order lagi. Siap berebut dengan orang sebelah punya nak makan banyak. Krup krap krup krap I tell you. Kulit ikan tu nipis dan rangup, disalut pula dengan kuning telur asin. Aduh, lemak berkrim rasanya. Ni kalau makan sambil layan movie pun syok juga ni.

Imperial Hot & Sour Seafood Soup – RM18.90

Kalau ke restoran cina, antara menu yang Ayue suka order adalah Hor Fun sebab yang lain nya kebanyakan adalah lauk pauk. Jadi Ayue cuba juga lah Stir-Fried Hor Fun with Australian Beef di LeTen ni. Anda yang tak nak makan masakan goreng-goreng macam ni, boleh lah order nasi putih dan makan dengan lauk pauk pilihan anda. Untuk Hor Fun ni, Ayue suka gila sebab rasanya semua cukup. Paling penting daging nya tu lembut dan terasa jus daging tu bila gigit. Fuh, daebak!

Okey, Szechuan Crispy Chicken ni pun salah satu menu favourite Ayue dekat LeTen ni juga. Sebab apa? Sebab dia pedas! Pedas yang berdesing terus ke telinga tu. Lagi-lagi bila makan cili goreng dia tu. Memang kaw habis lah. Yang tak tahan pedas, Ayue nasihatkan makan ayam crispy tu je sebab ayam tu sedap gila. Rangup berempah. Pun sama juga ni. Boleh makan sambil layan movie. Tak pun buat topping atas bubur nasi panas-panas. Pergh, sedap oi!

Szechuan Crispy Chicken – RM24.90

Stir-fried Marbled Australian Beef with Scallion – RM32.90

Baked Jade Perch with Nyonya Style – RM86.90
Next menu yang Ayue rasa anda kena cuba adalah Baked Jade Perch with Nyonya Style. Sejenis ikan puyu. Nama menu ni baked, tapi Ayue rasa tekstur ikan ni macam stim sebab isi ikan tu berjus. Bukan kering. Takpa lah, janji kuahnya tu power. Ala-ala Thai sikit sebab sarat dengan rasa serai dan halia. Kalau makan ni memang kena hirup kuah tu sekali baru feel makan ikan tu datang. Cewah.

Crisp-fried Crystal Prawns with Salted Egg Yolk – RM36.90
Ayue rasa masakan cina ni memang power bab salted egg yolk lah. Apa-apa yang berkaitan dengan salted egg ni yolk ni memang power rasa dia. Serious baq hang. Menu ni pun berebut juga ni. Mana tak nya, punya lah fresh udang dekat dalam tu, lembut pula. Tapi dekat luar salut dengan salted egg yolk rangup. Kau rasa? Memang umphh lah. Ingat cukup sepinggan? Haha.

Pan-fried Pancake with Red Bean Paste – RM12.90

Chilled Aloe Vera in Osmanthus Honey Juice – RM9.90
Untuk dessert pula, Ayue sempat rasa Pan-fried Pancake with Red Bean Paste dengan Chilled Aloe Vera in Osmanthus Honey Juice. Dua menu ni adalah penutup yang terbaik. Dah macam-macam makan tadi, sudahkan dengan pemanis mulut yang ini. Lengkap rasanya. Pan-fried Pancake with Red Bean Paste ni kan famous. Mana-mana pergi pun memang kena rasa menu ni kalau ada. Last sekali, Chilled Aloe Vera in Osmanthus Honey Juice. Rasa dia fresh gila. Ok dah cukup, penuh dah perut ni. Tak boleh nak masuk apa lagi. Haha. Penangan makan dekat LeTen. Hancus diet. (Diet ke?)


Anda kalau nak cuba juga makan di LeTen ni, boleh lah pergi ke Mitsui Outlet Park tu. Dia satu company dengan ParaThai rupanya. Patutlah sedap semacam. Ayue dah siap-siap recommend dekat husband dah sebab company dia suka buat makan-makan dekat ParaThai kalau ada gathering apa-apa. Lepas ni boleh lah mereka cuba LeTen pula. 


LeTen
F-60A, Mitsui Outlet Park
KLIA Sepang
03-86602388



xoxo,


post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page