Bantal Leyna Empuk Ala Bantal Hotel

17 October 2018

Assalamualaikum. Lepas je jadi ibu ni, terus terang Ayue cakap yang tidur malam Ayue tak pernahnya lena. Ada ke ibu yang ada anak kecil tidur lena malam-malam? Haha. Mesti tak juga kan. Baru nak lena, anak dah menangis nak susu. Memang tak sempat nak lena langsung. Ayue pula jenis yang susah nak tidur. Kena mengelamun dulu, scroll phone atas bawah atas bawah, baru boleh lena. Tapi lepas Ayue beli bantal hotel Leyna ni, tak dan nak scroll dah, tau-tau dah nyenyak dibuai mimpi. Lama lah sikit dapat tidur berbanding dulu.


Saja lah Ayue nak share dengan ibu-ibu kat luar sana yang ada masalah sama macam Ayue ni sebab Ayue faham sangat macam mana penat dan stress nya bila kita tak dapat tidur yang berkualiti. Qaayed pula dah makin besar, waktu tidur dia tak macam dulu dah. Makin kurang tidur dan banyak main. Jadi bila Qaayed tidur tu, Ayue pun kena tidur sama supaya Ayue tak terlalu penat nak jaga dia. Bila kita terlalu penat, emosi kita tak stabil. Asyik nak marah anak je. Nanti anak pun tak seronok nak main dengan kita. Betul tak?



Dah lama sebenarnya Ayue tak beli bantal baru ni. Sejak dari zaman bujang lagi. Qaayed pun dah nak dekat setahun. Bayangkan lah berapa lama tak ganti bantal? Haha. Bantal sekarang pula jenis kekabu. Mana boleh basuh, just boleh jemur je bawah matahari. Pakai lama-lama tak best dah sebab dah tak rasa fresh and ada bau sikit.

Suami Ayue pula resdung yang tahap kritikal tu. Pantang ada habuk sikit mesti bersin macam nak tercabut hidung. Bergegar rumah. Jadi memang tahap wajib beli dah bantal tidur baru ni. Alang-alang nak beli, suami kata beli lah bantal tidur terbaik punya terus. Bantal yang ala-ala hotel tu. Baru syok nak tidur. Ayue pun survey lah apa lagi. Last-last jumpa dengan Bantal Leyna by FleNaz ni. Seriously cantik sangat kan design bantal ala hotel ni? Eksklusif habis. Tak payah pakai sarung bantal luar pun dah nampak cantik dah.



Sarung bantal Leyna ni pun guna fabrik cotton yang lembut. Nak baring pun rasa selesa je. Tengok lah siap ada piping lagi tepi bantal ni. Sebab tu Ayue kata tak payah pakai sarung bantal lain dah. Sarung bantal ala hotel Leyna ni sendiri dah cukup. Sesuai dengan tema bilik Ayue.

Tepi sarung ni pula ada zip dimana Ayue boleh laraskan kegebuan bantal. Macam Ayue, Ayue jenis yang suka bantal tinggi. Jadi bantal ala hotel Leyna ni dah ok sangat dah dengan citarasa Ayue. Itu yang cepat je lena bila tidur dengan bantal ni. Suami Ayue pula suka bantal rendah. Jadi nak adjust ketinggian bantal tu, Ayue keluarkan sikit polyester dalam tu supaya suami Ayue dapat tidur nyenyak. Selesa dan tak panas.




Ayue ingat nak sambar lagi seketul untuk Qaayed sebab dia suka betul bergomol dengan bantal ala hotel ni. Asyik berebut dengan ibu ayah je.





Ayue tertarik dengan bantal Leyna ni sebab dia lembut gebu gebas macam bantal ala hotel tu haa. Yang penting dia tak guna kekabu! Kalau kekabu, awal-awal suami dah reject dah sebab bantal kekabu ni banyak habuk, banyak ulat yang boleh membiak dalam bantal tu tanpa kita sedar. Dah lah tak boleh basuh, macam mana nak mati kuman kan. Macam bantal Leyna ni, dia guna isian polyester yang berkualiti tinggi. Jadi bila kita baring tu, rasa bahu dengan kepala tu terletak je. Itu yang cepat je lena tu. Lagipun polyester tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang menyebabkan bantal tu menjadi lembab, busuk, gatal dan tekstur dalaman menjadi lembik.

Kalau dulu, kejap-kejap Ayue kena jemur dan tepuk-tepuk bantal sebab nak bagi hilang bau lembab dan debu. Tapi lepas ada bantal Leyna ni, Ayue masuk je terus dalam mesin basuh bila nak bersihkan. Lepas cuci, bantal jadi bersih dan cepat je kering. Macam bantal baru! Macam ni baru lah hygiene kan. Takda lah risau nak bagi Qaayed baring dekat bantal ni. Suami Ayue pun takda lagi dah bersin-bersin bila nak tidur sebab takda debu dekat bantal. Anda yang ada masalah resdung atau asma tu wajib tukar ke bantal Leyna ni tau.


Tergoda tak nak beli? Haha. Bantal gebu ala hotel macam ni mesti anda ingat mahal kan? Sebenarnya harga bantal hotel Leyna ni murah je. RM39 sebiji. Mana nak dapat bantal hotel murah macam ni kan? Dah lah bantal ni nampak eksklusif, kualiti terbaik, ringan senang nak bawa ke mana-mana, selesa pula tu. And bantal ala hotel Leyna ni diperbuat terus dari kilang tau, bukan bantal second hand. Haa, murah ke tak?



Kalau anda nak beli, make sure anda beli direct dari agen FLENAZ yang berdaftar sahaja tau. Tidak dijual dimana-mana hypermarket atau kedai. Masa nak beli tu tengok ada label/tag FleNaz, baru beli sebab yang tu original. Kalau nak beli dengan Ayue pun boleh. Haha. Nanti dah dapat bantal jangan terkejut tau sebab bantal Leyna ni dalam plastik dia kempis je kena compress. Tapi bila dah buka, nanti dia jadi gebu gebas. Boleh tengok video dekat bawah ni macam mana nak bagi bantal Leyna ni gebu ok.




xoxo,

Join the conversation!

  1. Aduh comelnya dia, mestilah dengan Bantal Leyna Pasti Leyna. Thanks for the nice review ❤️❤️❤️

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.