Cegah masalah jantung dengan JOYMIX Beetroot Juice Concentrated Powder

30 December 2018

Assalamualaikum. Lagi beberapa hari dah nak masuk tahun baru, apa azam tahun baru anda kali ni? Untuk Ayue, Ayue berazam untuk amalkan pemakanan sihat untuk seisi keluarga. Yela, Ayue chef dalam rumah ni, kalau bukan Ayue yang mulakan pemakanan sihat, siapa lagi kan. Langkah pertama yang Ayue nak amalkan adalah dengan menyediakan Beet Root Juice daripada JOYMIX. Kenapa Beet Root?


Beet Root ni adalah sejenis ubi yang mempunyai banyak sangat khasiat yang mungkin ramai tidak tahu. Ia berwarna merah-ungu gelap. Mempunyai rasa yang manis semulajadi dan kandungan galian yang terdapat dalam beet merah dapat dijadikan penawar kesihatan. Antara khasiat Beet Root yang terkenal adalah ia mampu membantu menurunkan tekanan darah, menambahkan tenaga dan melancarkan pengaliran darah.


Sebenarnya baru-baru ni suami Ayue ada buat check up di klinik dan doctor suspect ada masalah di bahagian jantung. Suami Ayue kena buat rawatan susulan di hospital. Benda ni sangat merisaukan Ayue sebab tu Ayue kena berusaha untuk mengelakkan sebarang kemungkinan. Dari apa yang Ayue baca, Beet Root ni sangat baik untuk mereka yang mempunyai masalah jantung, hati, dan juga dapat mengelak strok. Jadi sebab inilah Ayue nak amalkan Beet Root untuk suami Ayue.


Walaupun Beet Root ni agak mudah untuk didapati di kawasan perumahan Ayue, pergi saja ke pasar pagi pasti ada yang menjualnya, tapi penyedian Beet Root ni tersangatlah leceh. Kulitnya keras dan masa untuk menyediakannya agak lama. Sama ada bakar, rebus, kukus, semuanya mengambil masa yang lama. Paling Ayue tidak tahan adalah masa untuk membersihkan segala peralatan selepas memasak Beet Root ni. Ya ampun, warna merah-ungu nya sangat pekat ok. Jadi Ayue ambil insiatif lain iaitu amalkan Juice Beet Root daripada JOYMIX pula.



Segala khasiat Beet Root yang Ayue inginkan ada didalam JOYMIX Beetroot Juice Concentrated Powder ni. Tak perlu lagi dah Ayue nak kupas kulit Beet Root dan berhempas pulas menyediakannya. Sekarang Ayue hanya perlu campurkan saja serbuk Beet Root ni ke dalam air suam dan minum begitu saja. Tiada bau pelik dan kurang menyenangkan. Kanak-kanak pun pasti suka minum.


Apa yang menarik perhatian Ayue adalah, disebabkan teksturnya yang halus, mudah larut dan tidak berketul ni, JOYMIX Beetroot Juice Concentrated Powder boleh digunakan untuk membuat smooties, kek dan pastri juga!. Menarikkan? Boleh lah Ayue buat kek ala-ala red velvet tu untuk suami.


Bukan itu saja, antara sebab utama Ayue memilih JOYMIX Beetroot Juice Concentrated Powder adalah kerana ia mempunyai:

8X lebih BETAINE
Beet Root Concentrated Juice Powder JoyMix mengandungi lapan kali lebih banyak betaine berbanding natural beetroot juice. Betaine ini penting bagi menggalakkan kesihatan kardiovaskular dengan mengurangkan tahap homocysteine dalam badan. Ia juga meningkatkan fungsi hati dan membantu dalam penghadaman. Serbuknya yang pekat membuatkan ia dibungkus lebih banyak nutrien berbanding jus biasa.


5X lebih NITRATE
Ia juga mengandungi lima kali lebih banyak nitrat daripada Beet Root yang segar. Nitrat merupakan satu sebatian yang mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan. Badan menukarkan nitrat kepada nitrik yang seterusnya digunakan untuk menghasilkan nitrik oksida supaya menghasilkan antioksidan kuat yang bertindak balas dengan radikal bebas dalam badan dan meminimumkan kerosakan daripada mereka kepada sel-sel dan tisu-tisu.

1 Kalori Setiap Hidangan
JOYMIX Beet Root Concentrated Juice Powder adalah minuman kesihatan yang mengandungi hanya 18 kalori setiap 100g. Saiz hidangan yang disyorkan daripada 6 hingga 10g bermakna setiap pengambilan hanya mempunyai kira-kira satu kalori. Ianya merupakan pilihan terbaik bagi orang-orang yang kehilangan lemak diet dan mereka yang mahu memantau pengambilan kalori mereka.



Selain tu, Beet Root juga mempunyai fadeah-faedah lain seperti:

Ideal Untuk Keto dan Diet Vegetarian
Sesuai bagi korang yang mengikuti keto atau diet vegetarian akan mendapati mudah untuk memasukkan JOYMIX Beet Root Concentrated Juice Powder  kepada diet kerana mempunyai kalori yang rendah.

Meningkatkan Prestasi Sukan
Beetroots mempunyai betaine yang meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan aliran darah. Ia meningkatkan kadar di mana oksigen mencapai sel dan meningkatkan prestasi atlet dan olah raga.

Menajamkan minda
Disyorkan kepada pelajar dengan mengamalkan Beetroot powder ini kerana kandungan nutrien yang tinggi dari Beet Root dan kesannya terhadap aliran darah meningkatkan fungsi kognitif otak sehingga memberi manfaat kepada pelajar dan remaja.

Sesuai bagi Dewasa dan warga emas
Pelbagai kajian telah menemui Beet Root bagi mengelakkan dan menghentikan kemunculan demensia pada orang dewasa yang lebih tua. Juice Beet Root yang secara berkala boleh membantu mengekalkan demensia.

Mengawal Tekanan Darah
Betaine dalam beetroot dapat menurunkan tekanan darah dengan menurunkan tahap homocysteine ​​dalam tubuh. JOYMIX Beet Root Concentrated Juice Powder  mengandungi jumlah betaine yang tinggi yang mampu mengurangkan kemungkinan tekanan darah tinggi dan serangan jantung.

Kaya dengan Folates
JOYMIX Beet Root Concentrated Juice Powder kaya dengan folat yang diperlukan untuk pengeluaran dan perbezaan sel serta penyelenggaraan struktur DNA. Kandungan folat yang tinggi menjadikannya pilihan terbaik untuk bayi, remaja, dan wanita hamil.

Boleh Mencegah Kanser
Betaine antioksidan yang terdapat dalam jumlah yang banyak di dalam serbuk beetroot merah Joymix telah dijumpai untuk melindungi tubuh terhadap pelbagai jenis kanser. Ia melindungi struktur DNA dalam sel terhadap kerosakan, yang merupakan penyebab utama kanser.

Meningkatkan Kesihatan Penghadaman
Beetroot meningkatkan kesihatan pencernaan dengan merangsang penghasilan enzim dan HCL dalam perut. Ia juga membantu dalam penyerapan vitamin, mineral, dan protein tertentu.
Cemerlang untuk Pengurusan Berat Badan
Serbuk beetroot merah Joymix sangat baik untuk individu yang berfokus pada pengurusan berat badan kerana ia mengandungi kalori rendah semasa menjadi padat nutrisi.


Terlalu banyak khasiat dan faedahnya untuk Ayue senarikan. Semua khasiatnya memang Ayue dan suami perlukan untuk mejalani kehidupan yang lebih sihat lepas ni. Moga segala usaha kami dipermudahkan. Aminn. 

Ni Ayue lampirkan sekali fakta nutrsi untuk rujukan anda.



Cara pengambilan
Ambil satu sudu teh dan bancuh di dalam air suam 120ml. Kacau rata dan minum.



Untuk pembaca blog Ayue yang nak beli JOYMIX Beetroot Juice Concentrated Powder ni, anda boleh beli teru di website Joymix, hargnya adalh RM110 untuk 250g + 50g (free). Masuk kod diskaun istimewa Ayue iaitu [ BEETROOTJOY ] untuk menikmati diskaun sebnayak 20%!! Jangan lupa login dulu untuk gunakan kod diskaun tu ya. Promosi ni hanya valid sehingga 31 Januari 2019 saja.

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh layari:

Website : https://www.joypremix.com
Facebook : https://www.facebook.com/joypremix
Instagram : https://www.instagram.com/joymix9/


 
xoxo,

post signature

Beware of these hidden costs when you upgrade your flat

29 December 2018


Upgrading your current HDB flat to a bigger HDB, such as HDB Tampines is a huge decision that a family makes. As the family expands, naturally you will need a bigger home to cater to everyone’s needs. Most people without a big budget will normally sell their 3 or 4 bedroom HDB flat in order to buy a 5 bedrooms resale HDB. However, upgrading your flat is not as affordable as what people think. There are many hidden costs that most people neglect when it comes to upgrading their flats. This article will guide you through the hidden costs when you upgrade your flat.

A homeowner of a 4 bedrooms HDB flat in Tampines found out that a resale price of a 4 bedrooms flat in Tampines is $428,000 as of 2016. The new 5 bedrooms BTO flats in Tampines would cost approximately $398,000 to $501,000, with an average price of $450,000, as of August 2016. The homeowner will then naturally think that he will be paying for ex additional $22,000 if he were to upgrade his flat. However, his calculation is not entirely correct, as there are other hidden costs that are needed to be taken into account, such as:


1. Resale Levy Payable
The next important rule that most first time homebuyers missed out: the resale levy payable. A BTO flat is also considered as a subsidised flat. Therefore, if you were to sell your current HDB flat to purchase another new HDB flat, you will then have to pay a resale levy. The resale levy is depending on the size of the HDB flat. The table below will give you an idea how much your resale levy is if you were to sell your current HDB flat.

Size of HDB flat
Resale Levy
2 rooms
15,000
3 rooms
30,000
4 rooms
$40,000
5 rooms
$45,000
Executive
$50,000

Therefore, do your planning ahead. Many young couples did not realise there is a resale levy payable when they first purchase their HDB flat, thinking that they could always upgrade their house when needed. 5 years later when they have children at home and are planning to upgrade to a bigger HDB flat, only then they find out that they are required to pay a resale levy if they were to buy a new HDB flat. Hence, do your planning ahead if you want to avoid paying for a resale levy.

Costs: $40,000


2. Agent Cost
In order to sell your flat, most people would choose to engage with a real estate agent. Normally, a real estate agent will charge a 2% commission for selling the HDB flat. However, the commission fee is negotiable between the real estate agent and you.

Let us say if you manage to sell off your 4 bedrooms flat for $428,000, a 2% commission fee will be approximately $8,500.

Cost: 8,500


3. Renovation Cost

Renovation fees can be expensive and this is one of the costs that most people underestimate and overlook. Home renovation might cost more than what you expect, even if it is only a basic simple renovation. You are actually selling off a fully furnished flat for a new HDB flat that requires renovation. There are lots of renovation items that will cost you a lot after you itemize them, such as the lighting fixtures, curtains, air conditioners units, bathroom accessories, electrical works, window grills, cement screeding, painting, haulage fee and more miscellaneous fee that will add up to a huge amount after you are done with the renovation. That being said, if you plan to renovate your new HDB flat, be prepared to have at least $30,000, even if you were to keep renovation at its simplest and using your existing furniture from the old house.

Cost: $30,000


4. Stamp Duty

You are required to pay for stamp duty if you buy a new HDB flat. Stamp duty is calculated based on the selling price of the HDB flat:

First $180,000: 1%
Next $180,000: 2%
Remaining amount: 3%

For example, you will need to pay $8,100 as stamp duty fee for a HDB flat that is priced at $450,000.

Costs: $8,100


Before you make a decision of upgrading your flat, do calculate the hidden cost before you upgrade your flat. Based on the hidden costs stated above, it would cost the homebuyer approximately $108,600 to upgrade to a larger HDB flat. Therefore, do think thoroughly before deciding to upgrade your flat. You definitely do not want to end up being in a huge debt.

In conclusion, owning a property is still considered a great financial decision, especially to young working adults in Singapore. However, do bear in mind that owning a house is actually more expensive than what most people expect.





xoxo,

post signature

H-focus bantu tingkatkan daya fokus minda & mata kanak-kanak

26 December 2018

Assalamualaikum. Ayue percaya, semua ibu bapa di luar sana yang inginkan anak mereka berjaya termasuk lah Ayue. Qaayed zuriat pertama Ayue dengan suami, jadi kalau boleh kami nak kan yang terbaik untuk dia. Tapi Ayue tahu yang setiap kanak-kanak ni unik dan berbeza. Masing-masing mempunyai potensi tersendiri. Ibubapa lah yang perlu mainkan peranan untuk bantu anak mereka dalam menonjolkan kelebihan yang ada dalam diri anak masing-masing kan? Salah satu caranya adalah dengan memberikan vitamin dan supplement.


Supplement yang menarik perhatian Ayue adalah H-focus chewable tablet keluaran Sejagat Global. Tablet supplement ni lain daripada yang lain kerana H-focus mengandungi 13 Khasiat yang berasaskan makanan sunnah untuk minda dan dihasilkan dalam bentuk tablet untuk memudahkan pengambilan kanak-kanak. Selain daripada minda, H-focus juga bagus untuk mata anak anda tau.



Formulasi H-Focus

1. Colostrum (Kolostrum)
Menguatkan & melindungi sistem pertahanan tubuh badan, Melawan jangkitan virus dan toksin yang berlebihan dalam tubuh badan, Membantu mencerdaskan minda dan mudah menghafal.

2. Pistachio (Badam Hijau)
Kaya dengan potassium yang membantu meningkatkan tahap kecerdasan minda & Mengandungi anti oksida yang melindungi tubuh dari radikal bebas.

3. Calcium (Kalsium)
Memberikan tulang yang lebih kuat dan fleksibel. Membantu badan dalam pengambilan zat besi.

4. Cereals (Bijirin)
Bijirin membantu membekalkan zat besi untuk pembinaan dan perkembangan otak yang lebih sihat.

5. Algae DHA (DHA Alga)
Meningkatkan daya fokus, membantu perkembangan minda yang sihat, membantu menajamkan penglihatan dan meningkatkan sistem imun badan

6. Centella asiatica –(Daun pegaga)
Pegaga mempunyai zat makanan yang berhasiat seperti zat besi, vitamain A dan C serta serat yang dapat membantu membangkitkan selera makan dan meredakan masalah penghadaman.

7. Honey (Madu)
Madu berfungsi menggantikan sel-sel otak yang rosak dengan sel baru yang sihat

8. Dates (Kurma)
Sangat berkhasiat untuk membantu tumbesaran kanak-kanak, membantu membentuk minda yang lebih sihat dan membantu mencergaskan minda dan tubuh badan

9. Raisin (Kismis)
andungan gula ringkas dalam kismis membantu meningkatkan pemikiran otak, Sumber tenaga yang diperlukan dengan segera & Membantu memperbaiki daya penglihatan yang sihat.

10. Pomegranate (buah delima)
Mengandungi Pottasium yang sangat tinggi, Fosfor, Kalsium, Zat Besi, Sodium, Vitamin A, B1, B2, B3 dan C Membantu Sistem Penghadaman. Ini boleh membantu anda mengawal dan mengurangkan penyakit asma, sakit tekat, dan batuk..

11. Vitamin C (vitamin C)
Vitamin C adalah vitamin yang diperlurkan oleh badan untuk pembentukan tulang serta menguatkan sistem imunisasi badan. Selain itu, Vitamin C dapat pulihkan demam, memberikan tenaga, memulihkan luka dan mencegah kanser.

12. Lycopene (tomato)
Tomato mengandungi nutrient yang diperlukan seperti vitamin (A, B3, B6, C, dan K), Potasium, dan Serat. Tomato juga dapat membantu untuk memudahkan penghadaman, masalah sukar tidur

13. Blackcurrant – (anggur)
Kajian menunjukkan bahawa anggur mengandungi vitamin C yang tinggi, vitamin (A, B1, B2), antioksida, dan nilai kalori yang rendah. Ia juga dapat membantu melegakan sistem saraf, meringankan demam, migrain dan athma.


Setiap bahan-bahan yang digunakan mempuyai kelebihannya yang tersendiri. Ayue suka bila ia dapat meningkatkan daya fokus, membantu perkembangan minda yang sihat, dan membantu menajamkan penglihatan kanak-kanak sebab kanak-kanak sekarang ni mudah terjebak dengan gadget, jadi dengan adanya H-focus ni, dapatkan mereka tumpu kepada pelajaran masing-masing. Bonus point, H-focus ni berperisa coklat tau, tiada masalah kalau nak anak anda amalkan sebab memang sedap rasanya. Ayue sendiri pun suka.



Untuk pengetahuan anda, Sejagat Global ni merupakan syarikat 100% Bumiputera Islam dengan kilang berstatus GMP dan Halal. No Pendaftaran KKM MAL 17097001TC. Anda jangan risau ok.

Macam Ayue, Qaayed baru setahun, Ayue cuma harapkan Qaayed dapat menjadi kanak-kanak yang sihat, cerdas, petah bercakap dan bijak. Tapi untuk ibubapa yang mempunyai anak yang bermasalah seperti dia bawah, anda boleh lah cuba H-focus ni.

Kanak-kanak yang perlu amalkan H-focus:
  • Malas mengulangkaji pelajaran?
  • Tidak berminat untuk belajar?
  • Tidak fokus ketika belajar?
  • Malas ke sekolah?
  • Degil dan mudah melawan cakap ibu bapa?
  • Susah bangun pagi ?
  • Sukar tidur malam?
  • Sukar utk menghafal?
  • Mudah lupa?
  • Tidak fokus dlm kelas?
  • Anak yang degil?
  • Tidak bertenaga dan tidak bermaya?
  • Perkembangan minda anak agak lambat?

H-Focus dapat membantu anak-anak untuk:
  • Menjadi rajin untuk belajar
  • Suka dengan buku
  • Mudah menghafal
  • Minat dan cekap membuat matematik
  • Meningkatkan daya fokus belajar terutama di sekolah
  • Mudah mendengar kata
  • Petah bercakap
  • Mudah bangun pagi
  • Mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan
  • Mudah solat tanpa di suruh
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Menjadi lebih berdikari
  • Meningkatkan selera makan anak(bagi yang kurang selera makan sahaja)

Kebaikan H-Focus untuk MATA
  • Mampu mengurangkan rabun jauh, rabun dekat, rabun silau, rabun malam.
  • Mampu mengatasi masalah selaput mata, mata letih, mata berair, gatal mata.
  • Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
  • Mencantik dan melembabkan mata yang lesu.
  • Hilangkan masalah mata kering.
  • Mengurangkan masalah mata merah.
  • Sesuai untuk masalah mata berair.

H-focus mempunyai 100 Tablet di dalam 1 botol di mana ianya tahan sehingga 60 hari dengan pengambilan 1 tablet pada waktu pagi dan 1 tablet pada waktu malam. Ia boleh diambil oleh kanak-kanak seawal 1 Tahun sehingga dewasa, namun cara pengambilannya berbeza-beza.



Cara pengambilan H-focus:

Bayi berusia 1 tahun 
  • Memadai 0.5 atau 1 biji 1x sehari sahaja
  • Hanya diberi pada bayi yang sudah pandai mengunyah atau boleh juga di hancurkan dan campur di dalam susu atau air suam
  • Bacakan doa dan selawat ketika memberikan bayi atau anak anda tablet ini

2-4 tahun
  • 2 minggu pertama berikan 1 biji pagi dan 1 biji malam
  • Selepas 2 minggu berikutnya hanya 1x sahaja pagi.
  • Pengambilan sebaiknya adalah selepas makan.
  • Bacakan doa dan selawat ketika memberikan bayi atau anak anda tablet ini

5-11 tahun
  • 2 minggu pertama, 2 biji pagi dan 2 biji malam
  • Selepas 2 minggu berikutnya hanya 2sahaja
  • Pengambilan sebaiknya selepas makan
  • Bacakan doa dan selawat ketika memberikan bayi atau anak anda tablet ini

12 tahun ( UPSR )
  • 2 minggu pertama berikkan 2 biji pagi dan 2 biji malam
  • Selepas 2 minggu berikutnya hanya 2 sahaja
  • Pengambilan sebaiknya selepas makan.
  • **Boleh ambil sebelum atau selepas breakfast. Sebaiknya selepas breakfast.
  • Bacakan doa dan selawat ketika memberikan bayi atau anak anda tablet ini.

13-17 tahun ( PT3 & SPM )
  • 2 biji pagi dan 2 biji malam, pergi sekolah ambil 3 biji.
  • Pengambilan sebaiknya selepas sarapan
  • Bacakan doa dan selawat ketika memberikan bayi atau anak anda tablet ini


Pantang Larang H-focus:
  • Dilarang menyimpan tablet H-focus di dalam peti sejuk.
  • Elakkan terdedah dengan cahaya matahari dan haba yang keterlaluan. Simpan dalam suhu bilik.
  • Elakkan makan bersama dengan kafien seperti nescafe. Campur dengan susu, boleh.
  • Elakkan mengambil minuman bergas.



Cara pembelian:
WALK IN di HQ Sejagat Global Sdn Bhd
No 8 Jalan PPSL 2, Pt 1834, 
Pusat Perniagaan Sungai Lias 
45300 Sungai Besar, Selangor

[ ATAU ]

Untuk pembelian atas talian/online boleh klik link dibawah, Anda boleh beli direct di Website Utama Sejagat Global, https://sejagatglobal.com.my/

Untuk maklumat lanjut tentang H-focus, boleh layari :
Website : hfocusgeniusno1.com | hfocussejagat.com
Facebook : H-Focus-Candy Genius | H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda
Contact No : 01135027570 | 011-1892 7834



xoxo,

post signature

Yeo's Yeogurt Strawberry Popsicle Recipe

22 December 2018

Assalamualaikum. Walaupun sekaarang ni musim hujan, tapi kadang-kadang tu terasa juga panasnya. Ayue pula rumah dekat dengan pantai, memang terasa bahangnya bila tengahari tu. Suami Ayue pula jenis yang suka beli stok aiskrim sebab dia suka makan aiskrim lepas dinner. Hehe. Tapi kebetulan hari tu aiskrim dah habis, Ayue terus terfikir idea untuk buat aiskrim sendiri daripada minum Yeo's Yeogurt.


Minuman Yeo's Yougurt ni memang sentiasa ada dekat rumah Ayue. Dia ada macam-macam perisa, tapi favourite Ayue perisa Original. Dari dulu lagi Ayue memang suka minum Yeo's Yougurt ni masa awal pagi sebab ia dapat membantu sistem penghadaman Ayue. Yeo’s Yeogurt ni dirumus khas untuk semua peringkat masyarakat yang semakin menitikberatkan gaya hidup yang sihat. Ia diperkayakan dengan susu dan asid laktik di mana ia baik untuk sistem penghadaman badan kita. Jadi anda yang ada masalah sistem penghadaman tu, cuba lah minum minuman Yeo's Yeogurt ni. InsyaAllah senang je proses membuang tu nanti. Ayue hari-hari membuang tanpa sebarang masalah tau. Haha.


Ayue suka letak minuman Yeo's Yeogurt ni dalam peti ais dan minum masa dia sejuk. Tapi sebenarnya Yeo’s Yeogurt ni tidak perlu disejukkan pun sebab ia kekal segar walaupun berada di suhu bilik. Senang kan. Kalau dekat office tu boleh letak je dalam laci, agak-agak haus boleh minum terus. Tak payah nak letak dalam peti ais dah.


Ok, jom Ayue share resepi Yeo's Yeogurt Strawberry Popsicle ni. Resepi yang sangat-sangat mudah, sihat berkhasiat dan sedap! Bezanya resepi Ayue ni dengan resepi strawberry popsicle yang lain adalah strawberry Ayue ni Ayue bakar. Yes! Bakar supaya dia jadi lagi sedap bercaramel gitu.


Bahan-bahan
Untuk 6 Popsicles
  • 2 kotak Yeo's Yeogurt perisa Original
  • 5 biji strawberry
  • 3 sudu madu*
  • Secubit garam pink*
  • Sedikit esen vanila*


Note : Bahan yang bertanda * tu kalau tak nak letak pun takpa, strawberry saja pun dah sedap. Tapi sebab strawberry yang Ayue beli ni masam sangat, susah nak dapat strawberry yang betul-betul manis kan? Jadi Ayue add-on bahan-bahan ni bagi lagi sedap. Jadi popsicles anda nanti akan ada 3 rasa, masam, manis, masin. Fuh, hebat baq hang.


Cara-cara masak

  1. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Basuh strawberry, buang tangkai dan belah dua.
  3. Letak dalam loyang yang berlapik dengan baking sheet.
  4. Bakar strawberry selama 20 minit. Starberry akan jadi lembut, berkaramel dan wangi.
  5. Keluarkan dari oven, biarkan sejuk selama 10 minit dan loyang.
  6. Masukkan strawberry ke dalam food processor/blender. Kisar sedikit, jangan sampai hancur supaya anda masih dapat gigit ketulan strawberry masa makan nanti.
  7. Masukkan madu, garam, esen vanila dan kacau sebati.
  8. Letakkan sedikit strawberry puree ke dalam bekas popsicles. Berselang seli dengan minuman Yeo's Yeogurt hingga penuh.
  9. Masukkan ke dalam peti ais. Biarkan seljuk selama 30 minit.
  10. Keluarkan dan cucuk batang popsicles. Kemudian masukkan semula ke dalam peti ais dan biarkan beku selama 4jam.











Seriously, strawberry yang dibakar dan strawberry yang dimasak di dalam kuali sampai jadi puree ni lain rasanya. Strawberry yang dibakar membuatkannya berkaramel, menguatkan lagi rasa dan bau strawberry. Masa bakar tu nanti anda akan bau strawberry semerbak. Wangi je. Resepi ni pun tak guna gula. Ayue gantikan dengan madu. Anda boleh tambah atau kurangkan madu ikut citarasa anda.


Pergh! Sumpah sedap. Ngam sangat rasa minuman Yeo's Yeogurt original ni dengan puree strawberry Ayue ni. Masa first bite tu dapat rasa biji-biji strawberry, campur pula dengan rasa segar Yeo's Yeogurt, sedap berganda. Fuh, confirm lepas ni Ayue nak buat lagi. Mungkin lepas ni boleh variety lah lagi buah dan perisa minuman Yeo's Yeogurt ni. Buat mangga pula ke?


Untuk yang kali ni Ayue cuma tambah bluberry dalam 2 lagi bekas extra popsicles ni. Kebetulan ada blueberry lebih, jadi Ayue masukkan saja dalam dalam bekas popsicles tu tadi. Kalau nak lagi sedap anda boleh bakar juga blueberry ni bagi keluar jus-jus nya tu. Lepas tu selang selikan dengan puree strawberry tadi. Yummy!

Bawah ni Ayue sertakan sekali video step-by-step cara buat Yeo's Yeogurt Strawberry Popsicle ni okey.



Selamat mencuba!


Untuk maklumat lanjut tentang Yeo's, boleh layari:
Website : http://www.yeos.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/YeosMalaysia
Instagram : http://instagram.com/yeosmalaysia




xoxo,

post signature

Pengalaman dan tips ke Big Bad Wolf 2018

11 December 2018

Assalamualaikum. Sebelum ni Ayue tak pernah jejak kaki pun Big Bad Wolf Sale ni. Tapi sempena Big Bad Wold 2018, Ayue kena pergi juga sebab nak cari buku Qaayed. Dia suka membaca sejak dari kecil lagi. Pantang nampak buku mesti dia nak Ayue baca kan. Jadi, sebab nak galakkan lagi Qaayed supaya minat membaca, Ayue nak tambah lagi koleksi buku-buku yang ada.


Ayue tahu buku-buku di Big Bad Wolf (BBW) ni memang murah gila. Sebab tu Ayue teringin juga nak pergi tahun ni. Kebetulan Ayue dijemput hadir ke majlis pelancaran BBW, Ayue pun apa lagi, gunakan lah peluang yang ada untuk beli buku Qaayed sebelum BBW ni dibuka pada orang awam.

Baca : PELANCARAN SAMBUTAN KE-10 JUALAN BUKU THE BIG BAD WOLF BOOK SALE 2018


Semasa pelancaran, Ayue dan rakan media yang lain diberi peluang untuk bermain game Trolley Dash dimana kami diberi troli untuk mencari buku pilihan kami yang bernilai RM300 dalam masa 15 minit. Fuh, berpeluh-peluh juga lah Ayue dan Mira berlari ke sana sini mencari buku anak masing-masing. Alhamdulillah syukur, dalam 30 rakan media yang join, Ayue antara 5 orang yang berjaya menang kesemua buku bernilai RM300 tu. More books for Qaayed!



Tapi pencarian buku bukan setakat tu saja. Ayue masih ada wishlist yang perlu dicari dalam BBW ni. Ayue cari buku board book, picture book yang sesuai dengan umur Qaayed. Dalam masa 2jam, Ayue dapat grab macam-macam buku yang best-best. Semuanya murah dan memang takkan dapat ditempat lain. Board book biasa dekat kedai buku mahal kan? Tapi di BBW, board book serendah RM5! Fuh, menipis juga lah iman sepanjang dalam BBW ni. Mana tidaknya, macam-macam pilihan buku yang ada. Ayue pula memang fokus nak cari buku Qaayed je, tak pandang buku-buku lain, lagi lah rambang mata.


Sepanjang Ayue dalam BBW tu, ada few point yang Ayue nak highlight kan supaya dapat jadi panduan anda yang nak pergi ke BBW 2018 ni nanti. Big Bad Wolf 2018 kali ni dibuat di MIECC, Seri Kembangan dari 7 sehingga 17 Disember 2018. Jadi sepanjang hari akan jammed dan sesak di sana. Ni antara tips yang Ayue dapat simpulkan untuk rujukan anda.

  • Pergi naik grab supaya tidak perlu mencari parking
  • Pergi waktu bukan peak hour
  • Kalau nak naik kereta, parking di Valet parking lebih mudah. Weekday RM5, Weekend RM10 per entry.
  • Tiada sistem kotak, anda boleh bawa luggage/troli masing-masing ke dalam hall BBW
  • Ruang jalan diantara rak buku besar, tapi hanya muat untuk troli/luggage. Kalau anda nak bawa stroller, Ayue tak galakkan. better pakai carrier.
  • Make sure anda pakai kasut yang paling selesa yang anda ada sebab anda akan berjalan berjam-jam
  • Dalam hall ada Cafe, tapi Ayue sarankan anda makan siap-siap sebab tujuan utama adalah untuk mencari buku, tapi kalau anda duduk berjam-jam dan lapar, anda boleh berehat dan makan sebentar di cafe yang disediakan.
  • Bawa air mineral 
  • Sediakan list/target buku/author/publisher yang anda cari supaya pencarian menjadi lebih mudah
  • Cashier ada banyak, queue untuk pembayaran lebih cepat
Ok, so far ini je yang Ayue ingat. Nanti kalau ada lagi Ayue update ya. 



Koleksi buku baru Qaayed hasil menang Trolley Dash dengan yang Ayue beli sendiri. I'm a happy mom!

Selamat mencari buku~



xoxo,


post signature
© AYUE IDRIS • www.ayueidris.com