VISTA Eye Specialist | Pengalaman dan Rawatan Mata Kering

04 December 2018

Assalamualaikum. Artikel kali ni Ayue nak share pengalaman Ayue ke eye specialist  di Puchong dan mendapakan rawatan di sana. Bulan lepas tiba-tiba Ayue rasa sesuatu yang kurang menyenangkan di mata Ayue ni. Mata Ayue terasa sedikit kering dan kesat bila berkelip. Mulanya Ayue abaikan saja, dalam hati Ayue kata mungkin sebab mata Ayue terlalu penat buat kerja mengadap computer terlalu lama. Jadi Ayue berehat sebentar untuk hilangkan rasa kering dan kembali membuat kerja bila mata terasa seperti biasa.

Tapi rasa kering tu kembali esoknya dan berlarutan selama beberapa hari. Walaupun mata Ayue terasa kering dan kesat sesekali saja dalam sehari dan telah pun hilang sekarang ni, tapi Ayue tetap risau sebab yela, mata kan? Tak boleh ambil remeh. Jadi Ayue buat keputusan untuk pergi check up mata di VISTA Eye Specialist, Puchong sebelum mata Ayue ni jadi makin teruk.




VISTA Eye Specialist merupakan antara pusat pakar mata terkemuka di Malaysia yang menyediakan pelbagai jenis rawatan termasuk Lens Exchange, Cataract, Dry Eyes, LASIK, Implantable Contact Lens (ICL) di 8 cawangannya di seluruh Malaysia.

Cawangan VISTA Eye Specialist:
  • Petaling Jaya, the Curve (HQ)
  • Kepong, Metro Prima
  • Bangsar South, Wisma Life Care
  • Puchong, PFCC 5
  • Klang, Bandar Botanic
  • Johor Bahru, Mount Austin
  • Air Itam, All Seasons Place
  • Bukit Mertajam, Bukit Kecil Indah

Pengalaman membuat pemeriksaan mata di VISTA Eye Specialist
Pusat rawatan yang Ayue pergi adalah di Puchong. Lokasinya terletak betul-betul di tepi jalan utama. Jadi memang dari jauh dah nampak dah. Sampai saja disana, Ayue beritahu masalah Dry Eyes yang Ayue hadapi dan staff mereka yang sangat ramah terus guide Ayue untuk membuat pendaftaran sebelum pemeriksaan mata dibuat. Kemudian Ayue buat eye-screening dulu di Optometry Area dan Refraction Room untuk tahu condition mata Ayue sebelum berjumpa dengan Pakar Mata.


Mesin yang digunakan dekat Optometry Area tu macam yang kita selalu jumpa dekat pasaraya tu je. Cuma yang dekat Refaction Room ni advance sikit sebab selalunya nak check mata, kita kena baca huruf-huruf tu guna Visual Acuity je kan.. Ala, kertas yang ada huruf besar kecik tu. Tapi dekat VISTA Eye Specialist, mereka menggunakan mesin seperti gambar di bawah untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.




Alhamdulillah, result eye screening Ayue tiada masalah. Ayue nampak semua yang  ditunjukkan kepada Ayue. Bak kata staff VISTA Eye Specialist ni, "perfect vision!". Tapi tiada masalah rabun, tak bermakna mata Ayue ni sihat tau. Sebab tu perlunya Ayue berjumpanya dengan Pakar Mata di sini.

Selain dari 2 kawasan yang Ayue sebutkan tadi, di VISTA Eye Specialist juga ada Consultation Room dan Patient Airlock. Di Consultation room, anda akan berbincang dengan Consultant tentang jenis rawatan yang anda perlukan, atau hendak memahami dengan mendalam lagi keadaan mata sendiri. Dan terdapat juga dewan bedah untuk buat minor surgery seperti cataract surgery. Ayue ada buat video sepanjang Ayue buat pemeriksaan mata di VISTA Eye Specialist ni, boleh tengok video dia bawah ya.



Sebab terjadinya Dry Eyes
Lepas semua eye screening, baru lah Ayue dapat berjumpa dengan Pakar Mata, Dr. Paul Lim. Dia lah yang check tahap mana masalah Dry Eyes Ayue ni. Alhamdulillah, masalah Dry Eyes Ayue mild saja. Tidak sampai tahap yang memerlukan rawatan sebab masih boleh dicegah. Ayue pun tanya lah semua persoalan yang berkaitan Dry Eyes ni sebab selama ni Ayue ingatkan Dry Eyes hanya kena pada orang tua. Rupanya tak. Ada pelbagai sebab terjadinya Dry Eyes ni, antaranya:

  • Kerap memakai contact lens terlalu lama
  • Kurang menjaga kebersihan mata untuk wanita yang kerap memakai mekap
  • Mata terlalu terdedah kepada aircond secara direct (seperti ketika memandu)
  • Screentime terlalu lama (Melihat komputer/gadjet)
  • Kurang kelip mata
  • Kurang menjaga kebersihan mata
  • Kelembapan udara sekeliling


Dalam banyak-banyak penyebab diatas, yang paling kerap Ayue lakukan adalah mengadap komputer dan gadjet terlalu lama. Kadang-kadang sepanjang malam untuk siapkan kerja blogging ni sebab siang hari Ayue banyak habiskan masa dengan Qaayed. Tak sangka sampai macam ni sekali akibatnya. Tapi syukur Ayue cepat bertindak berjumpa dengan Pakar Mata untuk ketahui symptoms dan macam mana cara untuk ubatinya.

Dry Eyes ni bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh ya sebab Dry Eyes ni boleh mengaburkan penglihatan, mata berasa tidak selesa dan juga menyebabkan kerosakan yang besar hingga boleh merosakkan kornea. Okey, macam mana nak tahu anda ada symptoms Dry Eyes ke tak? Meh Ayue senaraikan.


Symptoms Dry Eyes

  • Mata berair
  • Gatal mata
  • Mata terasa kesat dan berpasir
  • Mata terasa panas membakar
  • Penglihatan mula berkurangan dan kabur
  • Mata kemerahan



Cara untuk menghalang Dry Eyes dari berlaku
Jangan risau, kalau anda baru saja ada symptoms yang Ayue senaraikan tadi, mata anda masih boleh diselamatkan. Untuk anda yang ada mild Dry Eyes macam Ayue, Dr. Paul Lim cadangkan untuk Ayue:

  1. Lebihkan kebersihan (hygiene) mata, maksudnya kalau pakai mekap tu kena bersihkan betul-betul. 
  2. Ayue memang tak pakai contact lens, jadi Ayue tak perlu risau bab yang ini. Tapi untuk anda yang pakai contact lens, make sure anda jangan pakai lebih daripada tempoh yang dibenarkan (8jam) dan jangan biarkan sampai mata kering. Kerap titiskan artificial tear tu ok. 
  3. Dan last sekali Ayue kena kurangkan screentime Ayue. Kurangkan masa mengadap komputer dan gadjet. Tapi, andaikan Ayue perlukan juga untuk membuat kerja, pastikan selepas 20 minit mata memandang screen, rehat sebentar selama 20saat dengan memandang tempat lain yang lebih jauh (20feet) untuk rehatkan mata anda. Ingat tau, 20 minit, 20saat.



Treatment untuk Dry Eyes
Antara treatment yang boleh anda lakukan untuk kurangkan rasa sakit apabila mata kering adalah:

  1. Berjumpa dengan pakar untuk ketahui Dry Eyes anda berada ditahap mana untuk dapatkan consultation berkaitan rawatan dan ubatan. Macam Ayue, Dr. Paul berikan Ayue artificial tears saja untuk kurangkan rasa kesat bila berlaku. Tiada rawatan susulan diperlukan. 
  2. Bersihkan dengan membuat warm compression (tuam) pada kelopak mata dengan menggunakan tuala suam untuk membuka lubang kelenjar meibomian (meibomian gland) pada pinggir kelopak mata supaya dapat meningkatkan air mata berminyak (oily tears) yang melindungi mata.
  3. Menggunakan lidcare wipes untuk membersih kelopak mata  dengan membuang kotoran dan solekan  mata yang boleh menyebabkan kerengsaan mata.
  4. Membersihkan mata menggunakan BlephEx. BlephEx  adalah alat perubatan yang digunakan untuk mengubati blepharitis dan penyakit mata kering. Ia digunakan untuk mengeluarkan skala dan debris yang boleh menyebabkan penyakit kelopak mata yang kronik dan ketidakselesaan. Lebih banyak air mata anda sendiri akan dihasilkan selepas pembersihan.



Ada beberapa lagi rawatan untuk penyakit mata kering ni yang anda boleh lakukan, tapi Ayue rasa lebih baik anda berjumpa dengan pakar terus untuk  dapatkan nasihat dari mereka. Apa yang Ayue share ni cuma dari pengalaman Ayue membuat pemeriksaan di VISTA Eye Specialist saja. Dr. Paul Lim yang terangkan kepada Ayue supaya Ayue lebih faham tentan penyakit mata kering ni dan lebih berhati-hati lepas ni untuk elakkan dari menjadi lebih teruk. Ayue sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan. Apa saja soalan yang Ayue tanya pada Dr. Paul dapat dijawap dengan baik dan sehingga Ayue faham. Staffnya juga sangat friendly, dan berpengetahuan, Ayue yang pertama kali membuat pemeriksaan pun tak terasa kekok dan memdapat sedikit input tentang Dry Eyes daripada mereka.


Anda yang ada symptom Dry Eyes yang Ayue senaraikan tadi, atau ada penyakit mata yang lain, cepat-cepat berjumpa dengan pakar mata ok. Jangan sampai dah teruk sampai mata rosak baru nak jumpa sebab mata kita ni ada dua biji saja, susah untuk dicari ganti. Mencegah lebih baik dari merawat kan? Jadi jangan ragu-ragu untuk dapatkan nasihat pakar ok?





xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.