Seronok belajar dengan AR Colouring Book Set Aliff & Amani

22 May 2019

Assalamualaikum. Meskipun Ayue ni seorang ibu yang tak menyokong penggunaan screen kepada kanak-kanak, tapi Ayue tak dapat menidakkan bahawa screen time adalah zaman kanak-kanak sekarang. Jadi, walau tak banyak, sedikit Ayue kena expose juga Qaayed pada screen gadjet atau TV supaya dia tidak ketinggalan dan mendapat manfaat yang sebetulnya.

Zaman kini pula kanak-kanak semuanya belajar menggunakan gadjet dan teknologi, malah buku teks juga telah dimuatnaik menjadi eteksbook. Jadi Ayue kena ajar Qaayed sedikit demi sedikit supaya dia rasa seronok belajar dan lebih fokus. Penggunaan screen pada kanak-kanak dibawah umur 2 tahun adalah tak digalakkan sama sekali ya. Jadi Ayue cadang nak perkenalkan Qaayed dengan pembelajaran di screen bila dia dah 2 tahun nanti. Itu pun dikawal.


Sekarang Ayue dah mula survey dah apa yang sesuai untuk Qaayed. Kebetulan hari tu Ayue ada ke pelancaran Aliff & Amani iaitu AR Colouring Book Set Aliff & Amani di Space U8 Shah Alam bersempena dengan Pesta Kanak-Kanak Islam. Pucuk dicita, ulam mendatang bak kata orang. Memang sesuai sangat lah dengan apa yang Ayue cari. Set buku ini mempunyai 3 pilihan iaitu ABC, 123 dan Alif Ba Ta yang sangat sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun hingga 6 tahun. Untuk Qaayed pula, Ayue tak lah fokus pada untuk di hafal ABC ke apa, cukup sekadar pengenalan.


Set ini didatangkan dengan 3 buah buku, pensil warna, keychain dan button badge dengan harga RM199. Tapi untuk waktu terhad, anda boleh dapatkan nya dengan harga RM129 saja. Jadi apa yang menarik dengan AR Colouring Book Set Aliff & Amani ni?


AR Colouring Book Set Aliff & Amani ni merupakan buku aktiviti mewarna dan kartun yang diwarnakan itu boleh dijelmakan menjadi 3D dengan menggunakan aplikasi di smartphone. Menarik kan? Sebab tu Ayue nak kenalkan pada Qaayed juga sebab selain dia dapat mewarna, dia juga dapat melihat hasil yang diwarnakan itu keluar menjadi objek 3D. Kanak-kanak pasti teruja melihat magic macam ni. Malah 3D itu dapat bergerak dan bercakap sekali.



Watak Aliff & Amani ni pula makin terkenal dengan perkongsian info pembelajaran dan juga doa-doa harian yang disiarkan di saluran Youtube Aliff & Amani. Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai set buku ini boleh dapatkan sekarang AR Colouring Book Set Aliff & Amanimemang berbaloi untuk kanak-kanak belajar mengenal ABC, 123 & Alif Ba Ta dan belajar mewarna serta dapat bermain 3D di smartphone.


Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Website : www.rgbastudio.com
Facebook : www.facebook.com/aliffandamani
Instagram : www.instagram.com/aliffdanamani
Youtube : www.youtube.com/aliff&amani



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.