Resepi Biskut Chocolate Chips Macam Famous Amos | Senang Gila

Wednesday, May 22, 2019

Assalamualaikum. Sebenarnya resepi ni dari tahun lepas lagi Ayue nak tulis sebab Ayue belajar buat biskut chocolate chips ala famous amos dengan mertua Ayue dari tahun lepas. Tapi tak sempat nak menaip sampai lah ke ramadan tahun ni baru ada masa. Haha, over tak? Sebenar lupa, bila adik Ayue whatsapp kata nak resepi, baru Ayue teringat yang Ayue belum tulis lagi resepi ni dekat dalam blog. Tahun lepas Ayue ada bawa balik kampung Ayue bagi diaorang rasa sedap ke tak resepi biskut chocolate chips famous amos ni. Memang sedap gila lah. Sekejapan je dah licin. Tahun ni kena buat lebih sikit sebab masing-masing dah tunggu nak makan raya ni.


Resepi biskut raya chocolate chips ala famous amos ni sebenarnya mertua Ayue follow resepi dekat belakang chocolate hersheys tu je. Hahaha. Tapi dia olah sikit ikut rasa tekak dia sebab resepi asal manis gila tahap potong kaki. Makan dua tiga ketul kena cari air suam nak sulam tekak ni sebab manis sangat. So bila dah olah-olah, jadi lah resepi mertua Ayue. Ayue pun apa lagi, wajib lah ambil ilmu resepi kuih raya ni sebab confirm tiap-tiap tahun Ayue kena buat nanti kan. Lagipun resepi ni nanti boleh turun kan ke anak-anak Ayue pulak. Tu yang nak tulis resepi ni dalam blog ni. Senang sikit Ayue nak refer sebab siap ada gambar. Kalau buku resepi mak-mak dulu diorang suka tulis dalam buku nota je kan? Sampai lunyai lah buku tu.

Ini bukan untuk berniaga ya. Ini untuk makan sekeluarga. Nampak tak betapa tinggi permintaan biskut ni masa raya? Haha

Ayue pernah share resepi biskut coklat juga sebelum ni. Biskut chocolate chips almond. Tapi resepi ni rasa biskut dia macam lebih coklat, kurang manis dan ada almond. Yang suka rasa macam dark coklat tu boleh lah cuba resepi lagi satu ni. Resepi yang Ayue nak share kali ni pula rasa coklat lemak berkrim gitu. Takda almond. Tapi kalau nak almond pun boleh juga. Takda masalah. Budak-budak memang suka resepi yang ini dari resepi yang satu lagi tu. Nak buat dua-dua jenis biskut pun boleh. Lagi meriah balang raya kat rumah nanti. Hehe.

Baca : RESEPI CHOCOLATE CHIPS ALMOND COOKIES

Ok dah, panjang dah introduction ni. Jom tengok macam mana nak buat biskut chocolate chips famous amos ni.


Bahan-bahan:

  • Butter - 1 cup
  • Gula halus - 3/4 cup (Boleh kurangkan kalau nak kurang manis)
  • Gula light brown (Perang) - 3/4 cup (Boleh kurangkan kalau nak kurang manis)
  • Esen Vanila - 1 tbsp
  • Telur - 2 biji
  • Tepung All purpose (Superfine) - 2 1/4 cup
  • Baking soda - 1 tbsp
  • Garam - 1 tbsp
  • Coklat Hershey's (Semi-Sweet) - 2 cup
  • Almond - 1 cup (optional, taknak letak pun takpa. Sedap juga)

Cara masak:

  1. Panaskan oven 180c.
  2. Pukul gula perang dan gula halus dengan butter sehingga creamy.
  3. Masukkan telur, pukul sehingga sebati. Tak perlu sampai kembang.
  4. Masukkan esen vanila dan pukul sedikit lagi.
  5. Ayak tepung, baking soda, dan garam.
  6. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Gaul perlahan-lahan menggunakan spatula.
  7. Masukkan chocolate chips dan almond (jika ada).
  8. Rehatkan doh selama 2 jam dalam peti ais supaya biskut jadi rangup dan sedap.
  9. Sukat sesudu kecik, letakkan ke dalam loyang. Jarakkan supaya ada ruang biskut nak meleper dan mengembang.
  10. Bakar selama 15 minit. (Bergantung pada oven masing-masing ya.)
  11. Tunggu sehingga biskut betul-betul sejuk sebelum masukkan ke dalam bekas.
*Satu adunan boleh dapat 70-80 ketul biskut.

Masukkan telur, pukul sehingga sebati. Tak perlu sampai kembang.

Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Gaul perlahan-lahan menggunakan spatula.

Masukkan chocolate chips 

Sukat sesudu kecik, letakkan ke dalam loyang.

Bakar selama 20 minit.


Tunggu sehingga biskut betul-betul sejuk sebelum masukkan ke dalam bekas.

Siap!. Mudah je kan. Cara buat basic saja, tapi rasa dia, ya ampun. Boleh addicted tau. Ayue nasihatkan jangan bakar masa siang bulan puasa ni. Takut tergugat pula iman bila bau biskut ni masa masak tu. Memang wangi sangat macam bau famous amos tu. Jauh lagi dah bau kalau dalam mall tu kan? Haa, sebiji lah ni. Nak buat, buat malam-malam okey?


Oh ya, kalau boleh guna lah chocolate chips Hershey's tau sebab chips dia bila dah masak jadi cookies tu, bila makan cair dalam mulut gitu. Tak keras macam chocolate chips biasa. Tu yang membuatkan cookies ni jadi lagi sedap tau. Tak percaya, cuba lah. And jangan lupa guna yang semi sweet, boleh letak banyak sikit chips nya. Kalau guna yang biasa, manis sangat pula nanti. Kena letak sikit je chips. Tak umphh lah macam tu kan. Haha. Kalau dah buat Biskut Chocolate Chips Macam Famous Amos ni, jangan lupa tag Ayue kat Facebook or Instagram eh? Moga bermanfaat.

Happy Baking!


xoxo,

post signature

You Might Also Like

2 comments

  1. Tq sharing..Pakai butter brand apa?dan satu lagi unsalted butter atau salted butter?

    ReplyDelete