Thomas & Friends™ TrackMaster™ Boat & Sea Set Review

26 June 2019

Assalamualaikum. Bila ada anak lelaki ni, toys pilihan mereka selalunya transportation tak pun animals. Macam Qaayed, dia suka Thomas & Friends™. Bila nampak train je mesti dia buat bunyi "choo chooo". Hehe. Bila anak dah minat, ibu pun melayan je lah.


Untuk anda yang tak tahu lagi, baru-baru ni Thomas & Friends™ ada buat pameran yang menakjubkan seluas 50 meter persegi ini dibina sempena pelancaran koleksi terbaru Thomas & Friends™ TrackMaster™ yang telah diadakan pada 25 Mei hingga 10 Jun 2019 yang lalu bertempat di Ground Floor Centre Court, Old Wing 1 Utama. Thomas & Friends™ antara watak animasi yang menjadi pujaan kanak-kanak seluruh dunia dan kali ini telah mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records dengan Diorama Terbesar Thomas & Friends™.


Team Thomas & Friends™ berjaya membina diorama terbesar menggunakan set-set Thomas & Friends™ TrackMaster™ hingga berjaya diabadikan dalam Malaysia Book of Records. Dengan kejayaan ini dapatlah membantu merangsang imaginasi kanak-kanak dalam dunia yang lebih besar di sekeliling mereka melalui permainan keretapi yang hebat dan mengagumkan. Dengan harapan kesemua jurutera cilik di seluruh negara akan mempelajari kepentingan ikatan persahabatan dan kerja berkumpulan bersama Thomas melalui pengembaraan zaman kanak-kanak yang mengujakan.


Baru-baru ini Thomas meraikan ulang tahun ke-74 sejak mula menghiburkan kanak-kanak sedunia dari Pulau Sodor. Bersama Thomas & Friends™ TrackMaster™, pasukan baharu keretapi wap (Thomas, Percy, James, Gordon, Nia, Rebecca dan Emily) akan meneruskan momentum Thomas’ Global Adventures dengan memastikan keterangkuman dan komunikasi lebih meluas kepada audien di seluruh dunia.



Bila Qaayed dapat je Thomas & Friends™ TrackMaster™ Boat & Sea Set ni, bukan main excited lagi dia. Cepat-cepat minta ibu pasangkan. Ibu pun excited juga sampai salah pasang. Haha. Bila tengok balik manual dia baru train dapat jalan smooth je.




Qaayed ni even dia belum lagi setahun, tapi dia pandai dah main mainan macam ni. Tengok lah jari cenonet tu. Bukan main lagi pegang handle on/off tu. Dia seronok bila dia sendiri dapat kawal pergerakan train tu. Siap count one two three lagi. Haha. Comel betul lah. Cuma bab pasang memasang ni confirm lah ibu yang kena buatkan. Nanti dia dah besar sikit pandai lah dia pasang sendiri.

Bestnya tentang koleksi terbaru kali ini didatangi dengan Thomas (motorized) di dalam motorboat. Jadi Thomas akan melalui kawasan trek landasan dan kemudian akan masuk ke kawasan air. Menariknya ia boleh main both direction tau.



Thomas & Friends™ TrackMaster™ bertujuan menggalakkan kreativiti dan merangsang peminat-peminat untuk mencipta dunia Thomas mereka sendiri dengan enjin baharu, trek baharu dan inovasi pelan baharu sebagai tambahan kepada set sedia ada sepanjang tahun.

Bawah ni Ayue selitkan sekali video main Thomas & Friends™ TrackMaster™ Boat & Sea set ni.


Bagi peminat-peminat di Malaysia yang ingin mendapatkan set-set Thomas & Friends™ TrackMaster™ ini boleh ke kedai-kedai permainan utama atau membeli dalam online. Boleh juga layari laman Facebook Thomas & Friends™ untuk mempelajari lebih banyak tentang Thomas di www.facebook.com/sea.thomasandfriends



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.