MISMIS | Ubat gigi halal tanpa flourida

Sunday, December 15, 2019

Assalamualaikum. Penjagaan oral adalah sesuatu perkara yang tidak boleh diambil ringan sama sekali kerana ia merupakan penanda aras keyakinan seseorang apabila berhadapan dengan orang ramai. Ada anda nampak seseorang yang mempunyai masalah gigi rosak tersenyum lebar sampai ke telinga? Selalunya mereka akan senyum tutup mulut untuk cover gigi yang bermasalah tu. Kanak-kanak pun dah pandai malu bila gigi mereka rongak, inikan pula orang dewasa kan?

Menjaga kesihatan gigi dan mulut sangat penting untuk memastikan masalah mulut berbau, gusi berdarah dan gigi rosak dapat dielakkan. Tak payah tunjuk contoh jauh-jauh, suami Ayue sendiri mempunyai masalah gigi merekah dibahagian depan. Jadi bila kami ambil gambar sekeluarga, susah betul nak tengok dia senyum ikhlas. Muka senyum terpaksa adalah. Jauh beza betul dengan Ayue dan anak kami, Qaayed. Bila bergambar je mesti tersengih sampai nampak gigi atas dan bawah. Haha.


Ayue memang agak prihatin tentang penjagaan oral sebab pada Ayue, kalau Ayue sendiri rasa kurang selesa bila berhadapan dengan seseorang yang tidak penting kan kebersihan mulut, mempunyai nafas berbau sampai Ayue kena hold nafas bila nak berkomunikasi, apa pula agaknya perasaan orang yang terpaksa berhadapan dengan Ayue kalau Ayue juga mempunyai masalah yang sama? Kesian lah masing-masing macam ni. Huhu

Haa, sebab tu lah pentingnya penjagaan oral ni. Bukan saja gigi tau, tapi keseluruhan mulut. Ni Ayue nak share dengan anda satu jenama ubat gigi yang pada Ayue sangat best dan dijamin halal. Ubat gigi jenama MISMIS (singkatan daripada slogannya, iaitu Make It Smile).


Produk mereka yang sudah lama di kenali di pasaran adalah ubat gigi MISMIS (Extra Cool Mint) yang memberi tujuh kali perlindungan dan melawan bakteria yang boleh menyebabkan karies dan jangkitan pada gigi. lanya juga formulasikan tanpa bahan paraben, bahan kimia dan pewarna sintetik. Ia juga diperbuat daripada bahan pembuatan makanan 'food grade' dan selamat jika termakan semasa memberus gigi terutamanya untuk kanak-kanak.


Manakala produk terbaharu jenama Mismis pula adalah Ubat Gigi Premium Pudina Koko. Ubat gigi ini tidak mengandungi Paraben, SLS dan flourida malah ia menggunakan bahan aktif polifenol-tannin yang terbukti berkesan untuk membunuh bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptococcus Mutan dan S.Sanguis. Untuk pengetahuan anda, dua bakteria utama ni lah sebenarnya penyebab nafas anda berbau dan penyebaran karies gigi.



Dengan kerjasama penyelidikan dari Syarikat NFA Techonology Sdn Bhd dan Lembaga Koko Malaysia, penambahan bahan iaitu lemak koko (cocoa butter) yang diperkaya oleh Vitamin E, dapat membantu meningkatkan aktiviti agen antibakteria daripada masalah kaviti mulut. Hebat juga khasiat koko ni untuk penjagaan oral ya. Ia merupakan alternatif bagi pengguna yang mencari ubat gigi yang berasaskan bahan semulajadi.

Selain daripada ubat gigi, MISMIS juga telah mengeluarkan pelbagai jenis berus gigi dengan berus yang lembut dan separa lembut. Ia didatangkan dengan warna warna menarik seperti hijau, merah jambu, ungu dan biru mengikut warna kegemaran anda. Berus gigi ini diperbuat daripada nilon yang  berkualiti tinggi dan tidak pernah diuji pada haiwan. Ia selamat untuk anda dan keluarga dan kini anda boleh memberus gigi tanya ragu. Berus gigi MISMIS yang lembut dapat memberi tiga kali perlindungan dan melindungi gusi anda daripada kecederaan, memberikan keselesaan serta menghilangkan bakteria dan plak.


Berus gigi yang bagus adalah berus gigi yang jenis soft tau supaya bila anda berus gigi, gusi anda tidak cenderung untuk luka dan lapisan gigi yang paling luar tidak mudah terhakis. Tapi ada juga yang suka pakai berus gigi yang hard kan? Kononnya berus gigi soft rasa tidak puas dan tidak bersih. Sebenarnya, berus gigi yang soft tu, kalau digunakan dengan cara yang betul, insyaAllah gigi anda akan bersih. Berus gigi kuat-kuat tak semestinya bersih tau.

Akhir sekali, produk MISMIS yang paling menarik perhatian Ayue adalah produk terbaru mereka iaitu ubat gigi MISMIS just for kids. Ia mempunyai 2 perisa iaitu, Chocolata dan Bubble Gummy. Ia amat sesuai kepada keluarga yang inginkan produk yang bebas dari flourida dan selamat jika tertelan. Buih ubat giginya juga menggunakan dari sumber kelapa. 



Ini sangat penting ya. Kanak-kanak yang baru mula belajar memberus gigi dan belum pandai berkumur dan meludah, memang akan telan ubat gigi mereka. Tambahan pula jika ubat gigi mereka rasa seperti makanan kegemaran mereka. Kalau boleh satu tiub ubat gigi tu mereka nak telan. Sebab tu pentingnya ibubapa menyediakan ubat gigi yang bebas dari flourida supaya bila mereka tertelan, ia tidak memudaratkan.

Semasa MISMIS Day 2019 bersama Dr. Siti di Klinik Pergigian Nurul Akmar, Wangsa Maju hari tu, ada beberapa persoalan yang sering bermain di fikiran Ayue ni terjawap. Terutama untuk ibubapa yang musykil tentang penjagaan gigi anak mereka, ni Ayue nak share beberapa tips yang Dr. Siti kongsikan.

Bila nak start gosok gigi anak? 
Seawal gigi pertama mereka tumbuh.

Nak pakai ubat gigi tak? 
Yes! Gigi first Qaayed tumbuh masa dia 5 bulan. Ayue hanya gosok guna kain saja. Sekarang dah tahu dah yang baby pun boleh guna ubat gigi. Pastikan ubat gigi tu selamat untuk mereka tau. Yang tiada flourida.

Sampai bila nak guna ubat gigi takda flourida ni untuk kanak-kanak? 
Sampai mereka sudah pandai berkumur dan meludah semsaa memberus gigi. 

Flourida penting untuk menjaga gigi daripada rosak. Fluorida ialah mineral semula jadi yang boleh menguatkan lapisan luar gigi dan membantu mencegah kerosakan gigi. Takpa ke kanak-kanak tidak menggunakan flourida dalam masa yang panjang selepas gigi mereka mula tumbuh? 
Sebab tu pentingnya untuk bawa anak anda buat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Doktor akan sapu flouride di gigi mereka jika memerlukan.




Juga terdapat pek kembara 2 dalam 1 yang memudahkan pengguna membawa produk MISMIS semas mengembara dan Mismis ubat kumur Minty Leaf (mouthwash) yang akan dipasarkan tidak lama lagi.


Ubat gigi dan berus gigi MISMIS berharga antara RM3.90 sehingga RM15.00 dan boleh didapati dari pasaraya seperti Tesco, Sabasun, Halalmart, farmasi dan kedai runcit diseluruh negara. Mismis boleh juga didapati di online Watson, Airasia (Rokki.com),Shopee, Lazada dan di semua online e-commerce. 



Sedikit info tentang NFA Technologies Sdn Bhd

NFA Technologies Sdn Bhd ditubuhkan sejak 2014 sebagai syarikat untuk menyelidik, mengeluar dan memasarkan ubat gigi berasaskan polifenol koko yang pertama seumpanya bersama bahan semulajadi dari cengkih dan minyak zaitun. lanya mensasarkan pasaran komersial untuk dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan ubat gigi Halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga, untuk semua peringkat umur dari kanak kanak sehingga dewasa. Telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia untuk penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan bagi menggunakan polifenol koko sebagai bahan mentah utama yang berkualiti tinggi dalam pembuatan ubat gigi natural jenama MISMIS.

Syarikat NFA Techonology Sdn Bhd adalah salah satu syarikat yang dibimbing dibawah program symbiosis kelolaan Malaysian Technology Development Corporation - (MTDC). Program Symbiosis adalah program dimana MTDC akan memilih lepasan siswazah dan usahawan sedia ada untuk menjadi 'technopreneur' dengan mengkomersialkan produk berteknologi yang dihasilkan dari Research Institute (IR)/Universiti dengan latihan dan bimbingan yang berterusan dari MTDC.

Untuk mengukuhkan lagi kedudukan jenama MISMIS dipasaran, syarikat mensasarkan lebih banyak lagi pasaraya-pasaraya besar ,farmasi dan pengedar runcit di seluruh negara menyokong dan memberi peluang kepada jenama MISMIS untuk dipasarkan di premis mereka. MISMIS telah berjaya menembusi pasaran Maghribi dan dimasa akan datang bercita-cita untuk meluaskan pasaran di Negara Timur Tengah dan Jepun. Usaha promosi dan kesedaran tentang penggunaan bahan semulajadi seperti polifenol koko telah giat dijalankan oleh syarikat bagi meluaskan lagi pasaran jenama MISMIS.

Jenama MISMIS telah dikilangkan oleh kumpulan syarikat disahkan memiliki sijil Halal dan Good manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Prociuk Berstandard). Matlamat syarikat adalah untuk menjadi syarikat yang bersaing maju dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi dan standing dengan produk antarabangsa selain menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Website : https://www.mismis.com.my/




xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 Comments