KLAF 2020 MELANCARKAN BEYOND HERITAGE CONSERVATION DENGAN KERJASAMA URBAN SKETCHERS KUALA LUMPUR DAN SKETCH NATION

19 February 2020

Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), badan profesional bagi arkitek Malaysia, telah melancarkan Festival Seni bina Kuala Lumpur (KLAF) 2020 di PAM Centre, Kuala Lumpur pada petang semalam.

Untuk meneruskan dengan keraian ini, pelancaran KLAF2020 Beyond Heritage Conservation telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong di REXKL, Jalan Sultan, Kuala Lumpur.

Liew berkata beliau gembira melihat lebih banyak aktiviti yang dijalankan di bahagian lama pusat bandar Kuala Lumpur kerana ia semakin dilupakan dengan pelbagai pusat membeli-belah baharu dan moden yang dibina di sekelilingnya menjadi tarikan terkini.

"KLAF2020 merupakan satu usaha besar oleh PAM dalam mempromosikan bangunan warisan Kuala Lumpur serta membolehkan rakyat Malaysia dan pelancong untuk belajar dan menghayati apa yang kita ada," kata Liew. "Lebih banyak aktiviti seperti ini digalakkan kerana terdapat banyak mercu tanda bersejarah di sini selain daripada bangunan besar moden, dan bangunan-bangunan lama ini kaya dengan sejarah dan harus diraikan," tambah Liew.

On the Left is Director of KLAF2020 Ar Dr Tan Loke Mun with YB Senator Liew and PAM President Ar Lillian Tay (Right) at the launch of Beyond Heritage Conservation

Presiden PAM Ar. Lillian Tay mengulangi cadangan Liew untuk menganjurkan lebih banyak program penghargaan seni bina warisan di Kuala Lumpur. "Seni bina telah kehilangan tarikannya daripada generasi muda Malaysia kerana kurang kesedaran dan pendidikan tentang subjek seni bina. PAM akan berusaha lebih gigih untuk memasukkan program penghargaan seni bina sebagai sebahagian daripada kegiatannya terutama dalam seni bina warisan, untuk menanam kebanggaan dan kesedaran dalam peranan mereka, "kata Tay.

Ceramah mengenai pemuliharaan warisan telah dijalankan oleh Dr Dalila ElKerdany, Profesor Seni Bina & Reka bentuk Bandar di Universiti Kaherah, Mesir dan juga Pemenang Emas 2019 PAM Ar. Laurence Loh Kwong Yu.

Program ini juga termasuk sesi Urban Sketching dan pertandingan untuk orang ramai yang bertujuan mewujudkan pengalaman baru untuk peserta. Dijalankan oleh KL Urban Sketchers dan KL Sketch Nation, acara itu ditaja oleh Faber-Castell Malaysia yang telah menyumbang sebanyak 100 set pen Pitt Artist serta 10 hadiah untuk 10 pelakar yang mendapat undian terbanyak. Pen Pitt Artist menggabungkan semua kelebihan dakwat artis dengan manfaat pen moden dan mudah digunakan. Dakwat pH neutral, pigmen tinggi dan kalis pudar adalah sesuai untuk lakaran, lukisan, reka bentuk fesyen dan ilustrasi pada kebanyakan kertas.

YB Senator Liew (middle) PAM President Ar Lillian Tay (left) and Director of KLAF2020 Ar Dr Tan Loke Mun (Right) with a participant of the urban sketching activity

Di samping itu, terdapat lawatan berjalan kaki ke pelbagai bangunan yang menarik seperti Chocha, Lantern Hotel, Jao Tim, Chan She Shu Yuen dan Mingle Hostel + Cafe di kawasan Petaling Street, di mana PAM mengambil masa untuk mendidik tentang sejarah dan kisah-kisah menarik zaman dahulu.

Group Photo before the flag-off of the Architecture Building Visits (Left with the Flag is YB Senator Liew Chin Tong and Utmost right is PAM President Ar Lillian Tay with Director of KLAF2020 Ar Dr Tan Loke Mun (next to her)

"Kami berhasrat menjadikan KLAF satu acara yang akan dinikmati oleh semua orang dan bukan hanya para arkitek dan pemain industri. Dengan KLAF, kami berharap lebih ramai orang, terutama orang awam, akan lebih menghargai seni bina, "kata Dr Tan Loke Mun, Pengarah KLAF2020.

Pada pelancaran kelmarin, orang ramai telah dibawa melawat ke bangunan hijau PAM Centre dan mendengar ceramah mengenai tema "Beyond Architecture: The Architecture of Celebration". Sebagai sebahagian daripada program kemapanan dan kitar semula, jualan karnival barangan yang disayangi telah diadakan di APW, Bangsar berdekatan Pusat PAM pada hujung minggu.

Mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada KLAF2020 boleh mengetahui lebih lanjut mengenai acara dan mendaftarkan penyertaan mereka melalui aplikasi KLAF yang boleh dimuat turun melalui Playstore atau App Store.



#klaf2020 #beyondcelebration #pertubuhanakitekmalaysia
Laman Web KLAF2020: https://www.klaf.my/
KLAF2020 Instagram: @klaf.2020
PAM Instagram: @pam_architecture



xoxo,


Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.