Jangan guna public highchair kanak-kanak | Benbat Yummigo2 Booster Review

Tuesday, January 22, 2019

Assalamualaikum. Tajuk entry bunyinya macam tegas, tapi memang tegas pun. Bukan apa, jangan sesekali guna public highchair kanak-kanak yang terdapat di restoran atau gerai kalau anda tak ambil langkah-langkah keselamatan dulu. Pastikan anda dah lap bersih dengan Anti-Bacterial Wet Wipes dan kalau ada spray anti-bacterial/anti-virus/anti-HMFD pun spray sekali, baru letak anak anda dalam highchair tu. Nampak macam parents yang paranoid kan? Tapi pada Ayue, lebih baik mencegah daripada merawat. Takpa lah bersusah-susah dulu daripada menangis kemudian tengok anak menangis menahan sakit sebab parents yang leka.

Haa, panjang betul mukadimah ni. Ayue kalau bab-bab keselamatan anak ni memang terus terang Ayue cakap, Ayue memang ibu yang particular. Setiap kali nak keluar rumah Ayue akan spray Qaayed siap-siap sebab tahu nanti dekat luar macam-macam orang yang dia jumpa. Tak tahu siapa yang bawa virus, betul tak. Lagi-lagi dekat highchair tu. Macam-macam kanak-kanak yang dah duduk sebelum anak kita. Kalau Ayue terlupa bawa segala perkakas Ayue tu, Ayue sanggup pegang Qaayed sambil makan daripada letak Qaayed dalam highchair tanpa sanitize dulu.


Tapi tu dulu lah. Sekarang ni Ayue dah tak risau lagi sebab ke mana-mana memang Ayue bawa Benbat Yummigo2 Booster ni sebagai diapers bag Qaayed. Apa yang Ayue suka tentang Benbat Yummigo2 Booster ni adalah dia 2-in-1. Diapers bag boleh, booster seat pun boleh. Haa, jom Ayue terang kan satu per satu supaya anda pun terjebak sama macam Ayue nak guna Yummigo2 Booster ni. Hehe.





Ok, bentuk Yummigo2 Booster ni petak empat segi. Macam luggage bag tapi versi kecil lah. Dalam tu boleh letak segala barang anak yang anda nak letak. Macam Ayue, Ayue letak baju spare Qaayed, diapers, wet wipes dan susu. Itu saja yang Ayue bawa sekarang tiap kali keluar. Memang muat masuk semua dalam Yummigo2 Booster ni.




Yang bestnya, selain daripada jadi diapers bag, ia boleh juga jadi booster seat di mana anda dah tak perlu lagi guna highchair bila makan di restoran. Yaaaaa, tak perlu lagi nak guna highchair yang banyak virus tu. Tak perlu lagi nak bersihkan, nak sanitize bagai sebab anda hanya perlu guna booster seat yang anda bawa ke hulu hilir tu je. Anda cuma perlu setup Yummigo2 Booster ni di kerusi yang ada di restoran tu dan anak anda dah boleh duduk makan dengan selesanya. Jadi tak perlu lagi anda nak risau tentang kebersihan public highchair tu. Guna saja booster seat sendiri.




Beza Yummigo2 Booster ni dengan keluaran sebelumnya adalah ia ada protective side bars! Takdalah anda risau anak anda terjatuh ke apa. Boleh jadi tempat letak tangan anak pun ya juga. Hehe.



Ayue ni jenis yang suka makan dekat kedai makan ataupun gerai-gerai biasa. Bila dalam mall tu dah tentu lah ada highchair mereka kan. Tapi kadang-kadang di gerai biasa tepi jalan takda sediakan kerusi baby. Jadi bila ada Yummigo2 Booster ni, Ayue tak risau lagi dah nak letak Qaayed dekat mana. Qaayed pun boleh makan dengan selesa bila dia duduk sama level dengan kami.


Ni masa Ayue dengan Qaayed dating berdua makan nasi ayam dekat dengan rumah. Hehe. Biasalah, Ayah kerja, ibu dengan Qaayed dating lah. Jadi bila keluar berdua dengan Qaayed ni, selalunya Ayue pegang saja Qaayed sambil makan sebab takda masa nak bersihkan highchair tu. Tapi bila ada Yummigo2 Booster ni, Ayue setup terus dekat kerusi dan buckel (3-point harness system with 1 click quick release) saja Qaayed kat situ. Haa, dah boleh order makan dengan tenang. Nak setup pun mudah je tau. Pasang saja tali keselamatan di bahagian bawah dan penyadar di kerusi kedai, dah siap. Semudah ABC. Tapi make sure anda pasang dengan kemas dan kukuh ok?


Nak suap Qaayed pun senang sebab Ayue tak risau dia jatuh ke apa. Kalau anda setup booster ni dengan betul, memang ia jadi stabil takda goyang-goyang. Yummigo2 Booster ni dah siap ada buckle untuk keselamatan anak anda juga. Semuanya buckle saja lah. Jimat masa. Kalau anak anda meronta nak keluar pun tak boleh sebab dah kena buckle. Hehe. Dekat behagian bawahnya pula ada Anti-slip stopper supaya booster ni dapat grip pada permukaan kerusi.


Menarik kan. Rasa macam nak beli tak? Haha. Yummigo2 Booster ni boleh dipakai dari umur anak anda 6 bulan hingga 36 bulan. Berbaloi beli sebab boleh pakai lama. Lagi pun design dia sangat comel dan trendy. Lightweight pula tu. (Unless anda dah letak macam-macam barang lah dalam tu kan).


Untuk anda yang berminat nak beli, anda boleh dapatkan di kedai barangan bayi seperti Happi Kiddo, Bebehaus Malaysia, Sharing Babyland, The Babyloft, Baby Tree House dan macam-macam lagi.



xoxo,

post signature

You Might Also Like

2 comments

  1. wah berbaloi beli ni sebab boleh pakai lama

    betul jugak, kerusi baby ni selalu kotor. kekadang previous customer tumpahkan apa apa, orang kedai tak lap pun. kita pulak yang lap sendiri . lol

    ReplyDelete
  2. Menarik.. nampak mudah nak diuruskan.. ;)

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page