Kurma Hidayah Plus Bekal Tenaga Sepanjang Ramadan

20 April 2020

Assalamualaikum. Dalam pada Ayue sibuk dengan rutin harian, pejam celik pejam celik, tinggal beberapa hari je lagi kita nak sambut bulan ramadan yang dinantikan oleh seluruh umat islam di dunia. Tapi, berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni, hati ni risau dengan situasi yang melanda dunia ketika ini dengan kehadiran COVID-19. Yela, semua pun tahu jika kita masih lagi tak dapat putuskan rantaian Covid-19 ni sebelum ramadan menjelma, alamatnya tiada lah solat terawih di masjid, amalan-amalan ketika bulan ramadan juga terhad. Allah, risau betul dibuatnya.

Sebagai suri rumah sepenuh masa, Ayue kena kuat untuk keluarga kecil Ayue ni. Nama saja Perintah Kawalan Berkurung(PKP), tapi Ayue tetap dengan rutin harian Ayue yang padat. Celik saja mata, terus uruskan rumah tangga. Qaayed pula kecil lagi, takkan Ayue nak biarkan dia tengok TV 24jam kan. Sebelum PKP, boleh juga bawa Qaayed keluar buat aktiviti outdoor, ke kedai beli barang, sekarang ni kena duduk rumah 24jam. Budak kecil pun tahu bosan. Nak tak nak Ayue kena buat juga aktiviti untuk isi masa dia di rumah. Ayue lah chef, Ayue lah cikgu, serba serbi kena tahu bila dah jadi ibu ni. Badan letih jangan cakap lah, kadang-kadang tu letak kepala sekejap saja pun dah boleh hanyut dibuai mimpi. Masa untuk diri sendiri tu terhad. Masa Qaayed tidur saja lah baru Ayue dapat selesaikan kerja-kerja blogging dan prepare aktiviti Qaayed untuk keesokan harinya. Penat bunyinya kan?

Duduk mengadap komputer sampai lewat malam, selesai kerja sebelum tidur pula baru ada masa nak scroll social media untuk tahu perkembangan dunia dan kawan-kawan. Itu yang susah nak tidur tu. Pencahayaan dari skrin telefon bimbit juga dapat mengganggu hormon tidur melatonin dan membuatkan anda keletihan keesokan harinya tau.



Sebab tu sebelum tibanya ramadan tahun ni, Ayue dah ready siap-siap dah Kurma Hidayah Plus ni supaya Ayue kekal bertenaga sepanjang hari kerana Kurma Hidayah Plus mengandungi:

  • Kurma - Mengandungi kandungan nutrien yang tinggi. Antaranya gula semula jadi (fruktosa, glukosa, sukrosa) yang tinggi dalamnya, serat, kalsium, zat besi, serta vitamin.
  • Madu - Satu sudu besar madu mengandungi 64% kalori dan bebas dengan kolestrol, lemak dan sodium. Madu membantu dalam pengedaran darah dengan lebih baik dan bertindak sebagai penambah sel darah merah dan kadar oksigen di dalam badan seseorang. Dan sudah tentu, oksigen yang tinggi bermakna tenaga yang tinggi.
  • Goji - Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Goji berry mampu meningkatkan tenaga dan menjadi ramuan alternatif bagi mengembalikan tenaga dan mengurangkan keletihan.


Selalunya masa bulan ramadan ni lah kita banyak makan buah kurma untuk beri kita tenaga ketika berpuasa kan? Selain dari makan buah kurma, anda boleh juga makan Kurma Hidayah Plus ni sebab ia bukan saja ada buah kurma, malah ia menggabungkan 6 Formulasi lengkap dengan nutrisi dari bahan semulajadi termasuklah madu, kurma, buah tin, kismis, goji dan juga delima yang membantu membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan oleh badan.




Yang menariknya, SeraiMas Kurma Hidayah ni bebas daripada gula sintetik, malah tekstur dan rasa nya adalah daripada manisan bahan semulajadi, maka ia sesuai diamalkan oleh semua peringkat usia. Qaayed pun dah boleh minum tau. Beli satu botol, satu keluarga boleh minum. Tak payah cari vitamin atau supplement lain dah. Bukan tu je, wanita mengandung juga boleh amalkan pengambilan Kurma Hidayah Plus ni sebab ia boleh meningkat tenaga. Maklum lah, wanita mengandungkan mudah rasa penat. Lagi-lagi ketika bulan ramadan, lagi lah tak larat betul tak.


Antara kelebihan lain yang ada pada Kurma Hidayah Plus ni adalah:
  • Ia diperbuat daripada bahan semulajadi
  • Bebas gula (Pemanis semulajadi)
  • Melindungi bakteria baik
  • Penghadaman dan penyerapan nutrisi yang cekap
  • Pengguna selamat menggunakannya tanpa sebarang keraguan dan terhindar dari bahan-bahan yang terlarang
  • Mempunyai sistem keselamatan verifikasi ketulenan product yang mesra pengguna



Mesti anda tertanya-tanya sama ada Kurma Hidayah Plus ni halal dan mendapat kelulusan KKM ke tak? Yela, benda kita nak consume, mestilah kena tahu semua benda ni dulu kan. Untuk pengetahuan anda, Kurma Hidayah Plus ni telah pun diiktiraf mencapai standard kebersihan, kualiti, keberkesanan & keselamatan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) & Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Malah bukan saja KKM dan JAKIM, ia juga turut diiktiraf selamat oleh Amalan Perkilangan Baik dan juga Asia Pacific Super Health Brand 2018-2020.


Maka sebab itulah Kurma Hidayah Plus ni boleh diamalkan oleh:
  • Ibu Mengandung
  • Kanak-kanak seawal usia 2 tahun
  • Lelaki dan Wanita




Cara pengambilan Kurma Hidayah Plus ni mudah saja:
  • Diambil 1jam sebelum makan atau ketika perut kosong
  • Dewasa: 2 kali sehari iaitu 2 sudu besar (30ml)
    • Sebelum makan pagi atau sebelum makan tengahari
    • Sebelum makan malam
  • Kanak-kanak: 2 kali sehari iaitu 1 sudu teh (5ml)
    • Sebelum makan pagi atau sebelum makan tengahari
    • Sebelum makan malam
  • Goncang dahulu sebelum minum
  • Simpan ditempat yang kering dibawah 30 celcius
  • Jika ada mengambil sebarang ubat atau makanan tambahan lain, jarakkan pengambilan selama satu jam

Untuk mendapatkan keberkesanan yang efektif, amalkan 8 gelas air putih sehari 



Untuk anda yang ingin kekal bertenaga juga, boleh dapatkan produk Kurma Hidayah Plus di Caring dan took-toko jamu berdekatan anda. Sebarang pertanyaan sila hubungi

Whatsapp: +60 13 782 5282 ( Seraimas)
Website: https://kurmahidayahplus.seraimas.my


#kurmahidayahPLUS
#kebaikankurmautkseisikeluarga
#rajasegalaherba


xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.