SLIDER

Beli buku online di BIG BAD WOLF BOOK SALE Mulai NOVEMBER

29 October 2020

Jualan Buku Terbesar di Dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf, kembali dan akan melancarkan platform e-dagang baharunya (e-commerce) buat kali pertama untuk para pembaca di Malaysia dari 4 hingga 11 November 2020. Jualan Buku selama 8 hari ini bakal menggembirakan para peminat dan pencinta buku dengan menawarkan lebih daripada 20 juta buku dan 40,000 judul buku. 


Selain daripada itu, para pembeli di Malaysia juga akan dapat menikmati buku-buku berkualiti yang baharu dan mendapatkan penjimatan sehingga 90% daripada harga runcit yang disyorkan. Para pembaca dari semua peringkat umur boleh meneliti pilihan luas dari pesta Jualan Buku maya pada tahun ini di mana mereka boleh mendapatkan pelbagai judul seperti novel, fiksyen sains, cinta, sastera, novel grafik, buku perniagaan, bimbingan diri, buku seni bina, buku masakan yang terlaris, dan banyak lagi; kesemuanya boleh didapati dalam satu laman web. 


Terkenal dengan koleksi buku kanak-kanak yang luas; ibu bapa boleh memilih buku cerita, buku aktiviti, buku kertas tebal, buku mewarna, buku bergambar dan buku interaktif untuk memenuhi masa lapang anak-anak di rumah.


“Keselamatan pembeli dan kakitangan kami adalah keutamaan. Oleh itu, apabila pandemik melanda pada awal tahun ini, kami tidak mahu mengekang misi kami untuk membina generasi pembaca buku yang baharu dan menyebarkan kegembiraan melalui membaca. Pasukan kami berdedikasi untuk memastikan para peminat buku di Malaysia masih boleh mendapatkan buku-buku yang menarik di Jualan Buku akhir tahun kegemaran mereka,” kata Jacqueline Ng, Pengasas Bersama, Big Bad Wolf Books. “Melalui platform e-dagang baharu kami, semua pembaca di Malaysia boleh membeli buku di Jualan Buku Big Bad Wolf pada tahun ini dengan selamat, di mana jua mereka berada,” tambah beliau.

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikenakan ke atas Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Sabah, dan di negeri-negeri lain yang terlibat, Jualan Buku Big Bad Wolf berharap agar dapat memberikan para pembaca akses berterusan kepada pengetahuan melalui koleksi buku-bukunya, justeru menggalakkan kenikmatan membaca dari keselesaan rumah masing-masing. Platform e-dagang baharu ini membolehkan para pengguna melayari katalog yang mengandungi 40,000 judul buku dengan mudah.


Pelbagai promosi mengikut kategori akan menanti para pembaca, contohnya Horrible Books, White Star Classic Fairy Tales, Magical Books Deal dan book of the Sale, the Christmas 8 in 1 Game Book. Pengguna juga boleh menikmati penghantaraan percuma di Semenanjung Malaysia untuk pesanan melebihi RM180, serta tawaran diskaun RM5 dengan pembelian minimum sebanyak RM80 atau diskaun 10% daripada jumlah bil dengan pembelian minimum sebanyak RM300, tertakluk kepada terma dan syarat. Para pembaca di Sabah dan Sarawak juga akan menikmati diskaun 30% dari kos penghantaran tanpa perbelanjaan minimum. 





Diasaskan di Petaling Jaya pada 2009, Big Bad Wolf Book Sale kini diadakan di 34 buah bandar di 12 negara termasuk Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Filipina, Kemboja, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu, Pakistan, Myanmar, Taiwan, dan yang paling terkini, di Singapura.

Maklumat terkini mengenai Big Bad Wolf Online Book Sale di Malaysia yang amat dinanti-nantikan ini akan diumumkan tidak lama lagi di laman web dan di media sosial mereka. Ikuti Big Bad Wolf Books di Facebook atau Instagram agar tidak ketinggalan.




xoxo,







9 TEMPAT BUAT AKTIVITI PELANCONGAN BEST DI NEGERI SELANGOR

28 October 2020


Keunikan sektor pelancongan eko telah menarik minat pelancong dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam aktiviti luar dan alam semula jadi di Negeri Selangor. Dengan pelbagai aktiviti pelancongan eko yang menarik dan cukup mengujakan di Negeri ini, apa kata anda luangkan masa senggang anda dengan menikmati dan menjalani aktiviti luar di cadangan lokasi seperti berikut: 


1) FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM), KEPONG

Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600 hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang. Salah satu tarikan terbaharu di sini ialah ‘Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM adalah seperti berjoging di Rover Track, berjalan kaki di kanopi, berkelah dan berkhemah bersama keluarga, hiking, berbasikal malah berpeluang mempelajari tentang keunikan alam semula jadi. 






Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM5 dan tambahan RM5 akan dikenakan jika pengunjung membawa kamera untuk mengambil gambar. Satu fakta menarik - FRIM, Kepong ini pada mulanya merupakan tempat perlombongan, kemudian menjadi kawasan kebun sayur dan kini ianya merupakan sebuah kawasan hutan dengan suasana yang nyaman dan tenang yang boleh dilawati pengunjung.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi: FRIM (03-62797000 atau 03-62797575).



2) TAMAN EKO RIMBA KANCHING

Taman Eko Rimba Kanching merupakan tempat aktiviti pelancongan eko yang wajib dilawati di Negeri Selagor. Tempat ini mempunyai suasana air terjun yang cantik untuk bergambar dengan laluan pendakian yang mencabar. Ini kerana Sungai Kanching mempunyai 7 lapisan air terjun setinggi 208-meter yang mana semakin tinggi dakian, semakin sukar perjalanan untuk mendaki. Bukan itu sahaja, pengunjung juga dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan menikmati suasana alam semula jadi sambil berkelah. Bayaran masuk adalah RM1 (dengan MyCard) pada hari biasa, RM2 (dengan MyCard) pada hari minggu dan RM5 jika tanpa MyCard.

Untuk maklumat lanjut, layari www.selangor.travel atau hubungi 03-55132000.





3) SKYTREX SUNGAI CHONGKAK, HULU LANGAT

Dikenali dengan “Malaysia First Flying Fox Park”, tempat ini mempunyai elemen flying fox yang lebih panjang berbanding cawangan lain di Langkawi dan Melaka. Di samping itu, Skytrex Sungai Chongkak juga dikelilingi dengan kehijauan hutan serta aliran sungai di bawah laluan rintangan. Terdapat 3 pakej yang disediakan untuk pengunjung di mana setiap pakej mempunyai 25 halangan berbeza dan mengambil masa sejam untuk dilengkapkan. Bayaran masuk ke Skytrex Sungai Chongkak adalah dalam lingkungan RM50 hingga RM130 mengikut pakej yang dipilih. Untuk maklumat lanjut, layari www.skytrex-adventure.org atau hubungi +6013 276 9841.





4) BUKIT BROGA, HULU LANGAT

Bukit Broga merupakan tempat yang paling sesuai untuk mendaki bagi semua golongan umur kerana perjalanan dakian yang kurang mencabar dan mudah. Bukit yang hanya berketinggian 400-meter dari paras laut ini mengambil masa sejam untuk sampai ke puncak. Apa yang menarik, di puncak bukit ini dipenuhi dengan kehijauan lalang. Dengan gabungan rumput lalang dan pemandangan yang cantik, bergambar di puncak Bukit Broga amat sesuai untuk dijadikan kenangan. Selain itu, terdapat juga gerai yang menjual air kelapa di puncak bukit untuk pendaki menikmati pemandangan sambal melepaskan dahaga. Bayaran serendah RM1 dikenakan untuk mendaki bukit ini. Satu fakta menarik, pendakian Bukit Broga sebanyak 10 kali adalah bersamaan dengan pendakian ke Gunung Kinabalu.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mpkj.gov.my atau hubungi 03-87377899 / 03-87371789.





5) WHITE WATER RAFTING, HULU SELANGOR 

Terletak di Kuala Kubu Bharu, aktiviti white water rafting ini amat menyeronokkan bagi yang ingin mencuba aktiviti air lasak di sungai sepanjang 8km. Bukan itu sahaja, terdapat juga banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan di Sungai Selangor. Aktiviti berakit ini sangat sesuai dilakukan secara berseorangan, serta bersama pasangan, keluarga dan kumpulan dari semua peringkat umur dari 8 hingga 88 tahun, menjadikan aktiviti ini ideal di Malaysia. Kadar bayaran dianggarkan dari RM199 hingga RM800 dengan penyertaan minimum seramai 2 orang.
Untuk maklumat lanjut, layari www.malaysia-whitewater-rafting.com atau hubungi +6012- 4653307.




6) WATER TUBING, HULU SELANGOR

Water Tubing adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di pekan Kuala Kubu Bharu selain white water rafting. Aktiviti tubing ini menyeronokkan lebih-lebih lagi dilakukan bersama rakan-rakan kerana ia tidak memerlukan dayung, dan hanya perlu mengikuti arus sungai. Sekiranya arus kuat, maka kelajuan tiub akan bertambah laju. Jika sebaliknya, peserta perlu menolak air sungai dengan menggunakan tangan untuk bergerak ke hadapan dengan lebih laju. Anggaran harga untuk melakukan aktiviti tubing adalah RM30.

Untuk maklumat lanjut, sila e-mel ke rentasadventures@gmail.com atau hubungi 011-11414674.





7) TAMAN ALAM KUALA SELANGOR

Taman Alam Kuala Selangor merupakan sebuah taman semula jadi yang dikelilingi dengan hutan paya bakau yang menarik. Ia juga mempunyai laluan hampir 4-kilometer untuk pengunjung selusuri dan menikmati persekitaran alam. Bagi penggemar burung, anda boleh ke menara tinjau yang disediakan untuk melihat dan mengambil gambar lebih kurang 150 jenis spesis burung dari serata dunia termasuk burung migrasi dari negara Siberia dan Rusia. Pengunjung juga boleh bergambar di kawasan paya bakau kerana susunan pokok-pokok yang cantik di sana. Selain itu, bayaran sebanyak RM4 akan dikenakan untuk orang dewasa dan RM1 untuk pengunjung di bawah 16 tahun.

Untuk maklumat lanjut, layari www.kuala-selangor.com atau hubungi 03-32892294.





8) 4X4 ADVENTURE TERATAK RIVERVIEW, HULU SELANGOR

Apa kata anda meredahi hutan dengan menaiki kenderaan jenis 4x4 yang menyeronokkan dan mencabar daripada lawatan biasa di bandar. Kenderaan jenis 4x4 yang disediakan akan menjelajah melalui jalan hutan yang kehijauan terus ke kawasan kampung-kampung tradisional, ladang buah-buahan, seberang sungai, kawasan paya dan batu-bata serta air terjun. Selain itu, pengunjung boleh berkelah dan berenang di sungai sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Lingkungan harga untuk merasai pengalaman pengembaraan dengan kenderaan jenis 4x4 ini adalah mengikut kepada permintaan dan itinerari yang diinginkan oleh pengunjung dengan mininum 6 orang peserta.

Untuk maklumat lanjut, layari www.teratakriverview.blogspot.com atau hungi +6012-5653397. 




9) PARAGLIDING (BUKIT JUGRA, KUALA LANGAT & BUKIT BATU PAHAT, HULU SELANGOR)

Anda boleh terokai bandar Jugra dan Batu Pahat dan menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dari puncak bukit dengan melakukan aktiviti paragliding yang disediakan di Bukit Jugra, Kuala Langat dan juga Bukit Batu Pahat, Hulu Selangor. Dengan ketinggian 400 kaki dari paras laut, dua tempat popular ini wajib dikunjungi bagi sesiapa yang gemarkan aktiviti mencabar dan ingin mencuba pengalaman terbang di udara. Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti paragliding ini adalah pada bulan Mac hingga September dan bayaran dikenakan untuk melakukan aktiviti ini dianggarkan berjumlah RM320 seorang.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mdkl.gov.my atau hubungi 03-31803694 / www.mdhs.gov.com atau hubungi 03-60641235.




Negeri Selangor mempunyai banyak tempat pelancongan eko yang menarik bagi penggemar aktiviti sukan lasak dan alam semula jadi. Cadangan yang diberikan adalah untuk menggalakkan pengunjung merasai pengalaman dan mengumpul memori di tempat-tempat pelancongan eko yang telah dinyatakan. Selain itu, pihak Tourism Selangor menyarankan agar semua pihak sentiasa berjaga-jaga dan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan supaya jangkitan Covid-19 dapat dihindari.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.



xoxo,






PHI PHI ISLAND VILLAGE BEACH RESORT UNVEILS EXCLUSIVE EXPAT DISCOUNT PACKAGE

The special offer is part of the Tourism Authority of Thailand’s campaign push to encourage domestic travel, as international arrivals remain limited

Phi Phi Island Village Beach Resort overlooking the azure Andaman Sea

Koh Phi Phi, Thailand: The award-winning Phi Phi Island Village Beach Resort has teamed up with the Tourism Authority of Thailand (TAT) to offer expatriates exclusive discounts at one of the Koh Phi Phi’s best-loved beachfront resorts.


Off the back of the highly successful 'Amazing Thailand, the Healthy Journey' campaign, which provides Thai citizens with nationwide discounts on accommodation, flights and tourist attractions, the TAT is now encouraging the country’s sizeable expatriate population to explore Thailand’s incredible destinations and resorts with a series of promotions as part of the recently launched 'Expat Travel Bonus, the Healthy Journey’ campaign.


Phi Phi Leh is easily accessible from Phi Phi Island Village Beach Resort by boat

With Thailand's still largely off-limits to many of the world's travellers, the country's residents currently have an unprecedented opportunity to experience Koh Phi Phi without the crowds at a cut-price rate.

“Although Koh Phi Phi is traditionally not as crowded as global travel hotspots like Phuket and Samui, this is still a once-in-a-lifetime opportunity to experience and explore the island with fewer visitors than normal,” says Chao Treenawong, General Manager of Phi Phi Island Village Beach Resort. “With the support of the TAT, we’re looking forward to welcoming and rewarding long-term residents to our shores and sharing the rich array of incredible natural attractions and marine wildlife with them.”


As one of Thailand’s most stunning island destinations, Koh Phi Phi usually attracts tourists from across the world with its postcard-perfect beaches, bucolic interiors and endless opportunities for rest and relaxation, and Phi Phi Island Village Beach Resort is one of its most coveted resorts. Nestled in 70 acres of lush landscaped gardens, overlooking an 800-metre-long stretch of powder-soft beach, Phi Phi Island Village Beach Resort is inviting the country's expatriate population to get away from it all and enjoy unlimited-night stays at the upscale oasis with a special package from THB 7,500 net per night for two guests. Available now until 31 December 2020, it includes discounts of up to THB1,000 a night for single- and double-room suites, complimentary breakfast as well as the “buy one get one free’ promotion, applicable on hotels services such as F&B, spa, transfers, excursion, and laundry.

The campaign, which also covers flights, health check-ups and spa treatments amongst other benefits, was launched at a two-fair held at Central Department Store at Central World in Bangkok in early October.

“Leveraging the success of the ‘Amazing Thailand, the Healthy Journey’, [we want to] encourage the expat community in Thailand to take advantage of the country’s plethora of health and wellness products and services at special prices,” TAT governor Yuthasak Supasorn recently told the media.

For more information or to make a reservation, please contact sales@phiphiislandvillage.com or call +66 64 239 5365 or +66 89 639 5464.


For more information about Phi Phi Island Village Beach Resort, please visit www.phiphiislandvillage.com or follow:www.facebook.com/phiphiislandvillagebeachresort and www.instagram.com/phiphiislandvillage.



xoxo,

20 Tips dan Tricks buat duit dengan iSharefans

27 October 2020

Assalamualaikum. Ok, selari dengan tajuk, kali ni Ayue tak nak mukadimah panjang-panjang, kita straight to the point je supaya anda tak penat membaca. Kita nak buat duit dengan iSharefans ni kena pantas! Haha. Ayue pasti mesti anda tertanya-tanya kan macam mana nak buat duit dengan iSharefans ni tanpa modal kan? Dan macam mana nak cepat dapat withdraw duit dari iSharefans. Ok, jom Ayue jawap satu per satu persoalan anda.



Tapi sebelum tu jom register dulu. Dah register baru tengok soalan yang anda tak faham ok? 

Referral CODE : 323135


Tips dan Trick buat duit dengan iSharefans

1) Macam mana nak buat duit dengan iSharefans tanpa modal?
Jawapannya mudah saja. Hanya perlu register guna code Ayue di atas dan buat task. Tak perlu bayar apa-apa. Sebulan anda akan dapat RM90. 

2) Macam mana nak buat task? 
Ayue dah cerita panjang lebar dekat previous blogpost, boleh refer sini ye: klik>> Cara buat task iSharefans



3) Macam mana nak buat duit dengan cepat dengan iSharefans
Kena recharge dan naik level. Makin tinggi level makin banyak task yang anda dapat dan makin tinggi nilai setiap task. Anda kena labur modal anda sendiri. (Warning : Recharge at your own risk) Kehendak anda, Ayue takkan bertanggungjawap apa-apa ok? Selain recharge anda boleh cari team anda sendiri. Makin ramai team, makin tinggi commission yang anda dapat bila mereka selesai buat task. Boleh refer jadual dibawah:


Bukan itu saja, tiap kali team anda recharge pun anda akan dapat commission juga.



4) Macam mana nak recharge tapi taknak keluar modal?
Lepas register, level anda adalah Ordinary. FREE akaun, tak perlu keluar duit apa-apa. Buat task sampai cukup RM199 dan anda withdraw. Dapat duit withdraw, anda guna duit tu untuk recharge ke next level.  Level Silver. Buat method yang sama sampai anda naik level yang anda inginkan. Tapi bare in mind yang cara ini agak lama nak nampak hasil dan rugi. Kenapa rugi? Tengok jawapan No 9 dan No 10. Kalau taknak pening, guna je free akaun, tiap-tiap bulan dapat RM90. Hehe.

5) Berapa banyak akaun yang anda boleh buat dengan iSharefans?
Maksima akaun yang ada boleh buat adalah 3 akaun. Tapi adalah sangat-sangat tidak digalakkan sebab potensi untuk kena banned tu tinggi. Better fokus pada 1 akaun saja. Ingat, orang tamak selalu rugi tau.

6) Guna WIFI untuk register dan buat task boleh ke?
Ok, yang ni Ayue pernah share. Tapi takpa, Ayue share lagi sekali. Kalau anda guna WIFI, hanya 1 akaun saja yang anda boleh register sehari. Nak register akaun lain, akaun adik ke abang ke, sila register keesokkan hari nya. Kalau satu rumah guna WIFI yang sama, means anda semua mempunyai IP address yang sama. Jadi HQ akan detect dan BANNED terus akaun anda. Siapa yang rugi? Penat-penat buat task, last-last kena banned. Apa pun tak dapat. Jadi, nasihat Ayue, cukup lah buat 1 akaun saja. fokus pada 1 akaun tu. Kalau family semua guna WIFI yang sama, off sekejap wifi dan guna mobile data anda masa nak buat task saja. Lepas habis task, on balik wifi. Takda masalah. OK? Jangan cuba-cuba untuk daftar banyak akaun guna IP address yang sama ye.




7) Nak logout dan login akaun lain dalam phone/pc yang sama boleh ke?
Sama saja konsep nya, tetap tak boleh sebab WIFI/mobile data yang sama IP address nya akan di banned. Jangan pening-pening lah ok? 1 akaun 1 phone 1 wifi/mobile data. Settle.

8) Kalau kena BANNED macam mana?
Hmm, ni yang susah ni. Kalau anda kena banned, bukan anda seorang saja yang kena banned tau. Satu team anda pun kena banned. Baik upline baik downline. Semua kena banned. Yang salahnya seorang, tapi yang kena tempiasnya ramai. Tak kesian ke? Kalau anda kena banned sebab salah yang anda buat sendiri, maka tiada maaf bagi mu. Tapi kalau anda kena banned atas silap orang lain, anda boleh contact customer service dan jelaskan pada mereka. Sebab tu nak cari team kena hati-hati. Jangan cari yang kaki fake suka buat akaun banyak-banyak. Bahaya.

9) Soalan paling famous. Nak recharge yang mana berbaloi. 
Jawapan Ayue, pakej GOLD kalau budget anda rendah. Boleh recharge lagi tinggi ikut modal anda. Sebab lagi tinggi anda level anda recharge, lagi cepat modal anda dapat pulangan. Ok, kenapa pakej Gold? Kalau nak recharge, better start dengan pakej Gold, jangan Silver sebab pakej Silver adalah pakej yang paling rugi sekali. Sebab apa? Sebab kalau anda lihat jadual di atas, pakej Silver hanya add-on 2 task sahaja dan nilai setiap task masih RM1. Minima pengeluaran untuk Silver pula adalah RM199. Sama macam ordinary. Jadi basically, Silver ni takda apa-apa keuntungan selain daripada dapat 2 task extra. Jadi kalau anda betul nekad nak recharge (Again, recharge at your own risk) better upgrade terus ke Gold sebab nya, Gold mempunyai task yang lebih banyak iaitu 15 task. Nilai setiap task pula RM1.20, tinggi sedikit dari Silver dan minima pengeluaran pula adalah RM100 saja. Cukup RM100 dan boleh withdraw. So better start dari Gold ok?

10) Dah recharge level Gold, nak upgrade ke level Diamond pulak?
Tiap kali anda recharge, anda kena bayar FULL AMOUNT tau. Contoh anda dah upgrade ke Gold, bayar RM300 kan, then dah dapat withdraw, anda nak upgrade lagi ke Diamond pula. Anda still kena bayar RM1000 ye. Bukan RM700. Maksudnya anda rugi RM300 lah. Jadi kalau anda ada modal besar, boleh terus upgrade ke level yang anda rasa anda takkan upgrade lagi dah. Haa gitu. Kalau takda modal takpa, pelan-pelan kumpul dan withdraw.

11) Nak recharge guna bank orang lain boleh ke? Macam mana?
Boleh je. Janji masa nak recharge tu, ada bahagian untuk isi nama. Jangan letak nama anda pula. Letak nama si pemilik akaun bank yang anda nak guna tu. Faham?

12) Berapa lama tempoh recharge?
Paling cepat within minutes je. Tapi selalunya 30 minutes. Boleh juga sampai 3jam. Tapi HQ tulis dalam masa 24jam. So anda tunggu je lah ye dalam masa 24jam tu. InsyaAllah cepat. Janji maklumat recharge dan receipt dah submit dengan betul.

13) Boleh tak nak recharge guna Cash Deposit Machine (CDM)?
Boleh je. Snap gambar resit dan upload macam biasa. Resit jangan buang. Simpan dulu sampai recharge anda successfull.




14) Berapa minimum amount yang boleh withdraw?
Untuk level Ordinary dan Silver, minimum amount yang anda boleh withdraw adalah RM199. Manakala level Gold dan ke atas minimum RM100 saja.

15) Nak guna bank apa untuk withdraw?
Semua bank pun boleh KECUALI Bank Islam dan Bank Rakyat. Masa nak binding nombor akaun bank dengan iSharefans, pasti kan nombar akaun bank dan nama adalah tepat setepat tepat nya. Check banyak-banyak kali pun takpa. Jangan silap. Sebab kalau silap, anda kena contact customer service mereka untuk betulkan. Agak leceh disitu. Buang masa.

16) Berapa lama tempoh withdraw?
Dalam masa 24jam. Tapi selalunya cepat je kalau takda apa-apa masalah. Kalau kena reject, anda cuba lagi. Kadang-kadang bank yang ada masalah. iSharefans dah cuba masukkan amount dalam bank tapi tak boleh. Jadi kena lagi ok? Macam harini (26 Oct) Maybank server down!! Aduh, nak withdraw 2 kali kena reject. Kali ketiga baru lepas. So jangan cepat cuak ye. Hehe.

17) Selalu jumpa task yang sama. Kena like follow akaun yang sama. Macam mana?
Takpa, memang banyak task yang sama. Anda buat saja walaupun task nya suruh like follow akaun yang sama. Screenshot dan upload macam biasa. Jangan risau.

18) Pantang larang buat task?
JANGAN UNSUBCRIBE, UNLIKE DAN UNFOLLOW. Kalau tak nak kena banned, jangan buat ok? 

19) iSharefans dapat duit dari mana?
iSharefans ni merupakan platform pada influencer diluar sana (Tiktokers, Instagramers, Youtubers) yang ingin mendapat likes dan followers dengan cepat. Mereka bayar iSharefans untuk hire anda sebagai robot untuk menaikkan like dan follow mereka. Konsep basic nya begitu lah.

20) iSharefans ni scam ke??
Jawapan Ayue dekat sini : klik>> iSharefans scam ke?!
 

Cukup 20? Kalau still ada soalan, boleh komen ye. InsyaAllah Ayue akan update from time to time. Jangan lupa register :)

Sekarang dah register kan? Mesti banyak persoalan yang ada dalam kepala anda. Macam mana nak buat duit dengan iSharefans ni tanpa modal? Dan macam mana nak cepat dapat withdraw duit dari iSharefans? Jangan risau, Ayue dah explain dah satu per satu semua persoalan anda tu. Termasuk Tips dan Tricks untuk buat duit dengan iSharefans ni. Boleh baca >> 


Jom sama-sama jana pendapatan sampingan dengan iSharefans ni :)
Jangan lupa register dengan code Ayue ok? Thank you and best of luck!

Referral CODE : 323135




xoxo,

Homemade kek | Sedap dan murah di Melaka

24 October 2020

Assalamualaikum. Tiap kali ada sebarang tarikh istimewa, Ayue mesti cari kek untuk meraikan, terutama bila ada birthday. Tak kira lah birthday anak ke, birthday suami ke, mak ke, kek ni macam benda wajib pula. Bukan apa, saja lah nak meraikan hari kelahiran insan tersayang ye tak? Kadang-kadang tu bukan buat majlis pun, tapi saja nak makan kek dengan anak beranak. Betul tak?

Macam Ayue, Ayue memang jarang beli kek yang ready made. Maksudnya kek yang dah beberapa hari terletak di kedai. Ayue lebih suka custome made kek yang Ayue nak ikut tema atau kesukaan orang yang birthday tu. Ye lah, dah alang-alang nak beli kek, kena lah beli yang cantik sikit kan. Yang penting, sedap! Baru lah puas hati.

Kebetulan masa Ayue ada dekat Melaka, nak cari kek. Eh,bukan senang tau nak cari kek yang cantik dan sedap dekat Melaka yang menepati citarasa Ayue ni. Ada yang cantik, tapi tak sedap pula. Spoil betul! Ayue tak tahu kenapa, tapi bila Ayue google homemade baker dekat Melaka, kebanyakkan kek mereka agak out dated. Tak up to date sangat design nya. Tak semua ya, tapi kebanyakan nya macam tu. 


Nasib Ayue jumpa Daya's Bakery. Cantik betul kek dia! Design pun boleh tahan. Ayue tengok review customer mostly memang puas hati dengan hasil tangan dia. Semua sedap! Zassss terus order!


Alhamdulillah, kek yang Ayue dapat memang sedap ye. Semua yang makan semua puji. Puas hati juga lah. Design yang Ayue minta pun dia dapat buat dengan sangat cantik. Berbaloi sangat-sangat. Harga pun affordable,jauh beza dengan harga dekat Selangor ni. Haha.

Jadi anda yang dekat Melaka kalau nak order kek birthday kanak-kanak, kek untuk suami, kek untuk isteri, kek tunang ke, kek kahwin ke, kek anniversary, semua kek lah, Ayue recommend anda tengok hasil kerja Daya's Bakery ni dan order dengan dia. InsyaAllah sedap.

Bawah ni Ayue share sikit hasil-hasil kerja Daya's Bakery ni ye. Ada banyak lagi dekat FB dia tu, anda boleh tengok nanti ok?

Kek birthday kanak-kanak. Kek untuk boy dan girl.

Kek oddbods, kek spiderman dan kek frozen

Kek minion. kek barbie dan kek pooh

kek kinder bueno, kek bola, kek minion

kek unicorn head, kek unicorn, kek boat 3D

kek super wing, kek mermaid, kek harry porter

kek ice cream, kek pugb, kek ocean



Cantik kan? Aduh, memang kreatif sungguh dia ni. Bukan tu je, kek untuk birthday untuk orang dewasa pun ada. Pilih saja nak tema apa. 

Kek tukang, kek cactus, kek motor

kek unicorn, kek motor tayar, kek askar

kek mekap, kek heart, kek rokok

kek doktor, kek kereta, kek camera


Untuk anda yang nak tunang, nak kahwin, nak buat kek dua tingkat, Daya's Bakery ni boleh tahan juga ye kek dia.





Cantik? Kalau nak tengok banyak lagi kek lain, boleh tengok Facebook Daya's Bakery ye.




xoxo,

post signature
© AYUE IDRIS • Theme by Maira G.