18 November 2020

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank

Assalamualaikum. Ayue ni memang seorang pengguna tegar Maybank. Segala urusan transaksi harian memang Ayue guna Maybank. Kadang-kadang sehari berpuluh kali Ayue buka apps M2U tu untuk buat transaksi. Tak kira lah sama ada untuk bayar barang guna QR Pay ke, check balance ke, dan baru-baru ni Ayue makin kerap guna bila Maybank memperkenalkan MAE (Maybank, Anytime, Everywhere). 

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank


Apa itu MAE Maybank?

MAE ni e-wallet. Dulu MAE ni ada dalam apps M2U, tapi sekarang Maybank dah buat apps MAE itself untuk memudahkan lagi urusan seharian anda. Kenapa Ayue cakap mudah? Sebab lepas Ayue install MAE, Ayue terus uninstall M2U. MAE ni berganda lagi best sebab dia ada banyak sangat features yang membantu anda urusan kewangan anda. Percaya lah, Ayue dah cuba dan Ayue rasa kewangan Ayue lebih terurus sekarang ni. Ayue boleh bezakan duit mana nak guna untuk cash, duit mana nak guna untuk cashless (e-wallet) dan paling best, duit mana nak simpan, dalam tabung yang berbeza-beza. Haa, banyak kan function dia? 

Oh ya, macam Ayue cakap tadi, MAE ni e-wallet, jadi penggunaannya tidak terhad kepada pengguna Maybank saja tau. Bank lain pun boleh guna MAE ni. Takda masalah. MAE ada no akaun dia tersendiri. Jadi anda boleh topup MAE anda dari bank lain macam biasa.


Apa kelebihan MAE Maybank?

Selain dari manage duit anda dalam MAE, anda juga boleh bayar guna QR Pay, bayar bil, transfer duit, reload dan macam-macam lagi lah sama seperti M2U. Menariknya, dekat MAE anda boleh track amount yang anda spent di Spending Summary ni. Semua dia tulis situ. Maka senang lah anda nak pantau perbelanjaan anda. 

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank


Selain tu, dalam MAE juga ada Maybank2u. Kalau anda taknak guna MAE untuk bayar bil apa semua tu, ada boleh juga guna Maybank2u anda dalam apps MAE ni macam biasa. Sebab tu Ayue kata apps M2U tu macam dah takda function dah untuk Ayue sebab apa yang Ayue perlukan dah ada siap-siap dalam apps MAE ni.

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank


Dekat bahagian Expenses ni lah anda boleh track penggunaan duit anda. Semua transaksi yang anda buat melalui Maybank akan direkodkan sini mengikut kategori iaitu Financial, Food & Beverage, Other Expenses, Home & Property, Transportation, Medical, Services, dan Entertainment.

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank

Ok, part yang paling best dalam MAE ni ada dekat bahagian MORE. Kalau anda tengok dekat bahagian MORE ni, Ada banyak sangat features yang best termasuk lah Wallet, Tabung, Food, Travel Deals, FIlght Deals dan macam-macam lagi. Untuk entry kali ni, Ayue cuma nak highlight features TABUNG sebab Tabung MAE Maybank ni dah jadi Tabung favourite Ayue. Kenapa Ayue suka sangat guna Tabung ni? Ok jom Ayue terangkan.

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank


Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank

Pertama sekali, anda kena tahu anda nak buat tabung ni untuk simpan duit apa. Kalau dah tau tabung apa yang anda nak simpan, anda boleh Create Tabung dan pilih options yang ada.

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank

Macam Ayue. tahun depan Ayue target nak beli phone baru. Ganti phone Ayue yang dah berkurun tak tukar-tukar ni. Ayue pilih Shopping dan letak nama tabung Ayue, PHONE.

Kemudian pilih bila anda nak mula menabung dan bila anda nak tabung anda penuh dan MAE akan kirakan berapa amount sebulan yang anda kena simpan untuk capai target tabung anda tu. Anda kena ada target anda sendiri lah bila anda nak buat tabung tu kan. Nama pun tabung.

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank


Next, anda akan diberi summary tabung anda. Anda boleh pilih sama ada nak menyimpan dalam tabung sendirian atau anda nak menabung dengan orang lain. Contoh menabung dengan orang lain ni sesuai untuk mereka yang plan nak pergi bercuti beramai-ramai. Plan nak bercuti dengan family. Jadi sebulan masing-masing simpan dalam tabung yang sama. Anda ni kira bendahari lah senang cerita. Haha.

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank


Kalau taknak saving beramai-ramai takpa. Anda boleh menabung seorang diri. Pilih saja akaun mana yang anda nak Tabung ni deduct. Dari akaun savings, atau dari MAE itself. Anda boleh juga pilih untuk auto deduct atau anda yang nak masukkan sendiri ikut kesesuaian badget anda hingga tabung penuh. Mudahkan.


Tadaa! Siap dah tabung Ayue. InsyaAllah by May tahun depan merasa lah Ayue phone baru. Amen Amen Amennn.

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank



Ayue dah setup beberapa tabung yang Ayue nak simpan. Antaranya phone tadi, Roadtax, dan Kindergartens Qaayed (Tabung dah penuh Alhamdulillah). Duit yang anda simpan dalam tabung ni takkan kelihatan ye dalam akaun savings mahupun MAE anda. Duit anda tersimpan terus dalam tabung supaya anda tak terguna. Tapi jangan risau. Bukannya anda tak boleh keluarkan balik duit dalam tabung tu. Boleh saja withdraw fund dari tabung dan boleh juga fund extra tabung anda jika anda ada duit lebih. 

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank


Macam mana? Best kan MAE ni? Anda boleh pantau savings dan tabung sekaligus. Kewangan lebih terurus betul tak? Kalau anda belum try lagi MAE ni. boleh lah install sekarang. Cari je di Appstore atau Play Store anda.

Nanti ada masa Ayue sambung apa yang best lagi tentang MAE ni ok?


xoxo

Post a Comment

© AYUE IDRIS. www.ayueidris.com.