Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank

15 December 2020

Assalamualaikum. Ayue ni memang seorang pengguna tegar Maybank. Segala urusan transaksi harian memang Ayue guna Maybank. Kadang-kadang sehari berpuluh kali Ayue buka apps M2U tu untuk buat transaksi. Tak kira lah sama ada untuk bayar barang guna QR Pay ke, check balance ke, dan baru-baru ni Ayue makin kerap guna bila Maybank memperkenalkan MAE (Maybank, Anytime, Everywhere). 

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank


Apa itu MAE Maybank?

MAE ni e-wallet. Dulu MAE ni ada dalam apps M2U, tapi sekarang Maybank dah buat apps MAE itself untuk memudahkan lagi urusan seharian anda. Kenapa Ayue cakap mudah? Sebab lepas Ayue install MAE, Ayue terus uninstall M2U. MAE ni berganda lagi best sebab dia ada banyak sangat features yang membantu anda urusan kewangan anda. Percaya lah, Ayue dah cuba dan Ayue rasa kewangan Ayue lebih terurus sekarang ni. Ayue boleh bezakan duit mana nak guna untuk cash, duit mana nak guna untuk cashless (e-wallet) dan paling best, duit mana nak simpan, dalam tabung yang berbeza-beza. Haa, banyak kan function dia? 

Oh ya, macam Ayue cakap tadi, MAE ni e-wallet, jadi penggunaannya tidak terhad kepada pengguna Maybank saja tau. Bank lain pun boleh guna MAE ni. Takda masalah. MAE ada no akaun dia tersendiri. Jadi anda boleh topup MAE anda dari bank lain macam biasa.


Apa kelebihan MAE Maybank?

Selain dari manage duit anda dalam MAE, anda juga boleh bayar guna QR Pay, bayar bil, transfer duit, reload dan macam-macam lagi lah sama seperti M2U. Menariknya, dekat MAE anda boleh track amount yang anda spent di Spending Summary ni. Semua dia tulis situ. Maka senang lah anda nak pantau perbelanjaan anda. 

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank


Selain tu, dalam MAE juga ada Maybank2u. Kalau anda taknak guna MAE untuk bayar bil apa semua tu, ada boleh juga guna Maybank2u anda dalam apps MAE ni macam biasa. Sebab tu Ayue kata apps M2U tu macam dah takda function dah untuk Ayue sebab apa yang Ayue perlukan dah ada siap-siap dalam apps MAE ni.

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank

Dekat bahagian Expenses ni lah anda boleh track penggunaan duit anda. Semua transaksi yang anda buat melalui Maybank akan direkodkan sini mengikut kategori iaitu Financial, Food & Beverage, Other Expenses, Home & Property, Transportation, Medical, Services, dan Entertainment.

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank

Ok, part yang paling best dalam MAE ni ada dekat bahagian MORE. Kalau anda tengok dekat bahagian MORE ni, Ada banyak sangat features yang best termasuk lah Wallet, Tabung, Food, Travel Deals, FIlght Deals dan macam-macam lagi. Untuk entry kali ni, Ayue cuma nak highlight features TABUNG sebab Tabung MAE Maybank ni dah jadi Tabung favourite Ayue. Kenapa Ayue suka sangat guna Tabung ni? Ok jom Ayue terangkan.

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank


Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank

Pertama sekali, anda kena tahu anda nak buat tabung ni untuk simpan duit apa. Kalau dah tau tabung apa yang anda nak simpan, anda boleh Create Tabung dan pilih options yang ada.

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank

Macam Ayue. tahun depan Ayue target nak beli phone baru. Ganti phone Ayue yang dah berkurun tak tukar-tukar ni. Ayue pilih Shopping dan letak nama tabung Ayue, PHONE.

Kemudian pilih bila anda nak mula menabung dan bila anda nak tabung anda penuh dan MAE akan kirakan berapa amount sebulan yang anda kena simpan untuk capai target tabung anda tu. Anda kena ada target anda sendiri lah bila anda nak buat tabung tu kan. Nama pun tabung.

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank


Next, anda akan diberi summary tabung anda. Anda boleh pilih sama ada nak menyimpan dalam tabung sendirian atau anda nak menabung dengan orang lain. Contoh menabung dengan orang lain ni sesuai untuk mereka yang plan nak pergi bercuti beramai-ramai. Plan nak bercuti dengan family. Jadi sebulan masing-masing simpan dalam tabung yang sama. Anda ni kira bendahari lah senang cerita. Haha.

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank


Kalau taknak saving beramai-ramai takpa. Anda boleh menabung seorang diri. Pilih saja akaun mana yang anda nak Tabung ni deduct. Dari akaun savings, atau dari MAE itself. Anda boleh juga pilih untuk auto deduct atau anda yang nak masukkan sendiri ikut kesesuaian badget anda hingga tabung penuh. Mudahkan.


Tadaa! Siap dah tabung Ayue. InsyaAllah by May tahun depan merasa lah Ayue phone baru. Amen Amen Amennn.

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank



Ayue dah setup beberapa tabung yang Ayue nak simpan. Antaranya phone tadi, Roadtax, dan Kindergartens Qaayed (Tabung dah penuh Alhamdulillah). Duit yang anda simpan dalam tabung ni takkan kelihatan ye dalam akaun savings mahupun MAE anda. Duit anda tersimpan terus dalam tabung supaya anda tak terguna. Tapi jangan risau. Bukannya anda tak boleh keluarkan balik duit dalam tabung tu. Boleh saja withdraw fund dari tabung dan boleh juga fund extra tabung anda jika anda ada duit lebih. 

Cara Simpan Duit dalam Tabung MAE Maybank


Boleh keluarkan duit dari tabung MAE tak?

Jawapan dia boleh. Takda masalah. Anda boleh keluarkan pada bila-bila masa yang anda mahu. berapa amount pun takpa. Nak keluarkan sampai habis pun boleh. Cara keluarkan duit dari tabung MAE ni mudah saja. 
  1. Anda hanya perlu pergi ke mana-mana tabung yang anda hendak keluarkan duit. 
  2. Klik dot 3 titik di atas penjuru kanan skrin dan pilih "Withdraw Funds"
  3. Masukkan berapa nilai yang anda mahu withdraw
  4. Pilih anda mahu duit withdraw tu masuk ke saving akaun atau MAE anda.
  5. Klik "Withdraw Funds". Selesai.

Boleh masukkan duit lebih dalam tabung MAE tak?

Jawapan dia pun boleh juga. Selain dari set tarikh yang anda mahu masukkan duit tiap-tiap bulan, kalau anda duit lebih, anda juga boleh masukkan duit dalam tabung MAE supaya tabung anda lagi cepat penuh nya. Cara masukkan duit lebih ke dalam tabung MAE ni pun mudah saja.

  1. Anda hanya perlu pergi ke mana-mana tabung yang anda hendak masukkan duit. 
  2. Klik dot 3 titik di atas penjuru kanan skrin dan pilih "Fund Tabung"
  3. Masukkan berapa nilai yang anda mahu masukkan ke dalam tabung.
  4. Pilih anda mahu ambil duit tu dari saving akaun ataupun MAE anda.
  5. Klik "Fund Tabung". Selesai.

Macam mana? Best kan MAE ni? Anda boleh pantau savings dan tabung sekaligus. Kewangan lebih terurus betul tak? Kalau anda belum try lagi MAE ni. boleh lah install sekarang. Cari je di Appstore atau Play Store anda.

Nanti ada masa Ayue sambung apa yang best lagi tentang MAE ni ok?

Baca lagi artikel berkaitan Maybank:


xoxo

Join the conversation!

  1. Wow! Menariklah MAE ni. Sukalah Maybank dah bagi app yang lagi memudahkan

    ReplyDelete
  2. Tapi duit dalam tabung tu hanya boleh dikeluarkan selepas mencapai tarikh yang kita pilih 'bila kita nak tabung kita penuh' ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit dalam tabung tu boleh keluarkan bila-bila masa...x perlu tunggu penuh pun :) ..

      Delete
    2. Betul. Bila-bila masa je boleh keluarkan balik. And bila2 masa jugak bole masukkan duit. Flexible :)

      Delete
  3. Kenapa tak boleh nak download ya? Dia tulis not compatible

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin spec phone tak capai requirement apps MAE.

      Delete
  4. hi nak tanya! kita boleh bawak keluarkan duit cash dari akaun MAE dekat bank tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh! Option MAE hnya keluar dkt ATM Maybank. Atau, boleh jugak apply card bank MAE untuk memudahkan urusan.

      Delete
  5. Nak tya, duit dalam tabung ni xde kelihatan dlm akaun saving atau MAE kan. Kitanga duit tabung ni masuk kat akaun mana sebenarnye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk dlm tabung. Hehe. Tabung takda no acc ye sbb kt bole withdraw dan fund tabung kita bila2 masa.

      Delete
  6. Hi kenapa dia tak auto deduct dari akaun simpanan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba check balik. Dah on option utk auto deduct tak?

      Delete
  7. Salam, nak tnya, saya da remove tabung tapi kenapa still potong dari acc sya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia potong masuk tabung balik ke? Sy tak pasti ni. Maybe bole direct refer maybank.

      Delete
  8. Hai nak tnya sikit knapa duit dri acc dh deduct tp dlm tabung tu dia xada duit yg dia tolak tu. Harap sangat dpt jawapan 😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua transaksi keluar masuk tabung ada dlm history acc. Cuba tgk btol ke dia deduct masuk tabung. Kalau btol bole refer maybank utk further action ye

      Delete
  9. contoh i buat simpanan 2000 nak jadi kan 5000 boleh ke ? edit tabung tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bole. Amount tabung tak bole tukar once da set. Kena buat tabung lain. Delete tabung yg da taknak tu then masukkan duit dlm tabung baru.

      Delete
  10. Kalau mcmtu tabung tu contoh la kita buat bulan ni ..pastu 2 bulan akan emergency nak guna duit tu,boleh terus keluarkan atau kene tunggu jugak sampai penuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit dlm tabung bole keluar bila2 masa. Tak perlu tunggu tabung penuh 😊

      Delete
  11. Hii..nk tny kelebihan booster tu apa yea? Kurang faham kt situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Booster tu utk kita percepatkan tabung kt penuh. Ada few options yg kt bole pilih booster tu. Salah satu nya rounding. Contoh kt beli brg guna MAE ewallet RM10.70. Booster akan genapkan ke RM11. Then 30sen tu masuk tabung 😊

      Delete
  12. thank you so much Ayue sbb ajar cara nak guna...
    I baru je download MAE and nak guna cara tabung ni... sangat bagus!

    Hasif Azizan

    ReplyDelete
  13. Kenapa bila saya nk kuar duit dr tabung tu tak bole ye, failed.. "participant not found withdraw.. So nk buat mcm. Mna ye.. Sedangkan dlm. Tabung tu sya dh delete and amaun dh kosong.. Tpi duit tak tahu sangkut mna..

    ReplyDelete
  14. Hi nak tanya ada fee charges ke ntok mana2 amount dlm tabung MAE ni?

    ReplyDelete
  15. benda baru nak pakai. tahun 2021 . Haha Thanks ayu atas perkongsian yang sangat details 😘

    ReplyDelete
  16. Tabung dia boleh beranak duit tak hehe. Contoh la smpai masa, ada dividen 1% ke. Atau mmg simpan duit tu rm10 x 12 bulan. Cukup 12 bulan dapat rm120

    ReplyDelete
  17. hii ayue, boleh explain lebih details tak yg pasal booster tu? dia mcm mna eh ?

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.