2 Cara Mudah Tukar Nombor Telefon TAC CIMB Clicks

09 December 2020

Assalamualaikum. Sekarang ni banyak urusan yang kita kena buat secara online kan. Lagi-lagi internet banking sebabnya musim COVID-19 ni kita banyak shopping online. Tapi ramai juga ye yang ada masalah dengan nombor TAC? Tak tahu cara nak tukar nombor TAC? Ok takpa, artikel kali ni memang Ayue nak share step-by-step cara mudah tukar nombor telefon TAC CIMB Clicks. Bank lain nanti Ayue share kemudian ya.

Cara Tukar Nombor TAC CIMB Clicks


Cara Tukar Nombor Telefon TAC CIMB Clicks

Cara nak tukar nombor TAC di CIMB ni mudah saja sebenarnya. Anda kena tahu Cara Tukar Nombor Telefon CIMB Clicks saja. Nanti semua nombor TAC anda akan sampai ke nombor telefon baru anda. Lagi-lagi jika nombor telefon yang anda daftarkan dengan CIMB hilang ke, dah tak aktif ke, anda memang wajib tukar nombor telefon CIMC Clicks anda supaya nombor TAC anda tidak disalah guna dan tidak menyusahkan anda kemudian hari.

Kalau anda cari cara nak tukar nombor telefon TAC CIMB Clicks online melalui website ataupun CIMB Clicks apps, maaf ya memang takda kerana atas sebab keselamatan, pihak CIMB tidak benarkan anda daftar mahupun tukar nombor TAC secara online.

Cara tukar nombor TAC CIMB ni hanya ada 2 cara saja. Anda tak perlu ke CIMB dan beratur panjang untuk ke kaunter pun. Anda cuma perlu hubungi Customer Contact Centre CIMB atau anda pergi juga ke CIMB, tapi terus ke mesin ATM macam anda nak keluarkan duit tu. Jom Ayue terangkan satu per satu.

Tukar nombor TAC CIMB melalui Customer Contact Centre CIMB Clicks

  1. Sediakan kad pengenalan/IC dan kad ATM di hadapan anda
  2. Hubungi Customer Contact Centre CIMB di talian +603 6204 7788
  3. Pilih untuk bercakap dengan agen mereka dan maklumkan tentang masalah anda


Kalau anda tak suka cara pertama, anda boleh cuba pula cara kedua.


Tukar nombor TAC CIMB Clicks melalui Mesin ATM

Step 1

  1. Pergi mana-mana mesin ATM CIMB terdekat
  2. Masukkan kad dan PIN
  3. Pilih menu lain-lain (others)
  4. Pilih CIMB Clicks
  5. Masukkan nombor telefon baru Anda
  6. Tekan butang Teruskan (Proceed)
  7. Selesai

Step 2

  1. Login di CIMB Clicks
  2. Pergi ke bahagian Update Profile
  3. Edit nombor telefon anda dan klik Save
  4. CIMB akan hantar nombor TAC ke nombor telefon yang anda letak di mesin ATM tadi
  5. Masukkan nombor TAC dan klik SUBMIT
  6. Selesai

Cara Tukar Nombor TAC CIMB Clicks

Moga tips di atas ni dapat membantu anda selesaikan masalah nombor TAC anda. Ayue faham memang susahkan kalau takda nombor TAC. Semua urusan perbankan tak dapat nak buat. Jadi cepat-cepat daftar/tukar nombor TAC anda ok? Moga bermanfaat.

Suka artikel ni? Jangan lupa share tau.

Artikel berkaitan:


xoxo


Join the conversation!

  1. bank lain pun rasanya sama jugak kn bole tukar melalui atm
    memang nak tukar number phone jgk ni tapi tula takda masa lagi mau pergi bank
    apply cuti kiranya mau urus tapi cutinya x approve hesyy!

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.