Resepi Ikan Talapia Bakar Simple & Sedap

12 April 2021

Resepi ikan [email protected] bakar sambal


Resepi Ikan Talapia Bakar Simple & Sedap



Bahan-bahan

  • 7 tangkai cili kering (rendam dulu dengan air panas)
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • Setengah sudu teh belacan
  • 2 batang serai
  • 1 sudu teh kicap manis
*Blend kesemua bahan-bahan di atas


Cara masak Sambal Ikan Talapia Bakar

  1. Tumis bahan blend dengan minyak sampai masak. 
  2. Tambah garam dan sedikit gula.
  3. Siap.


Cara masak Ikan Talapia Bakar

  1. Bersihkan ikan talapia, kelar-kelar sikit supaya senang masak nanti
  2. Rendam dengan limau nipis untuk hilangkan bau hanyir ikan.
  3. Lapik ikan dengan daun pisang atau daun kunyit. (Aluminium foil juga boleh)
  4. Lumurkan ikan dengan sambal tadi. 
  5. Kemudian bakar ikan mengikut pilihan masing-masing. (Dapur arang, oven, pemanggang ajaib)
  6. Balik-balik kan ikan supaya mudah masak.


Resepi air asam mudah tapi sedap


Bahan-bahan

  1. Asam jawa
  2. Belacan bakar
  3. Tomato
  4. Cili padi
  5. Bawang merah(cincang)


Cara : Gaul semua dan ramas guna jari untuk lebih sedap. Pastikan guna sarung tangan terlebih dahulu.


Resepi asal : Nora Azni


Suka artikel ni? Jangan lupa share!

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.