Cara buat duit dengan berniaga di Shopee tanpa modal

16 July 2021


Seperti yang korang tahu, nak jual produk di internet ni bukanlah sesuatu yang mudah, sebab banyak kos yang kena keluar TERUTAMANYA kos marketing produk. Itu belum masuk lagi kos buat produk sendiri, menguruskan pembungkusan & penghantaran. Memang boleh pening kepala! Dalam entry ni akan share dengan anda bagaimana cara nak buat duit dengan Shopee tanpa modal dan cara berniaga di Shopee tanpa produk.

Tapi, sebenarnya ada satu cara yang mana korang tak perlu keluar modal yang besar pun untuk memulakan bisnes online. Macam mana? JUAL kat Shopee!

Ya, kos menjual produk di Shopee adalah sangat minimum..

Malah korang juga boleh jual produk orang lain secara dropship di Shopee, dengan cara ni, korang tak perlu pening kepala nak fikir cara untuk hantar produk kepada pembeli . Semuanya akan diuruskan oleh supplier. Korang hanya perlu kira keuntungan je!

Apa yang perlu korang lakukan ialah:
  1. Mula mendaftar sebagai Seller di Shopee
  2. Join lubuk-lubuk dropship yang lumayan.
  3. Mula senaraikan produk-produk dropship tersebut di Shopee Store korang.


Dan selepas itu, korang hanya perlu uruskan pembelian produk tersebut dengan supplier. Mereka akan uruskan semua penghantaran produk. Mudah dan mengguntungkan!


Antara langkah yang sering diambil oleh peniaga untuk mengonlinekan bisnes mereka adalah:
  1. Buat website sendiri.
  2. Buat iklan fbads yang mahal untuk menarik pelawat masuk ke website tersebut!.

Ia sebenarnya bukanlah cara yang terbaik untuk mengonlinekan bisnes anda, kerana langkah tersebut memerlukan kos yang agak besar untuk dilakukan. 
Tambahan lagi, ada 2 masalah besar apabila anda melakukannya.

  1. Masalah orang tidak tahu kewujudan website anda
  2. Masalah kepercayaan! Bolehkah website anda dipercayai?

Ini kerana website yang dibangunkan memerlukan kos yang besar untuk menarik pelawat dan juga membina kepercayaan!

Cara yang lebih bijak untuk mengonlinekan bisnes anda ialah.
  1. Cari tempat orang ramai berkumpul
  2. Letakkan produk anda disitu

Salah satu tempat tersebut ialah. SHOPEE!

Ini kerana jumlah pengunjung yang melawat Shopee adalah sangat sangat tinggi! Seramai 1 juta orang mengunjung website shopee setiap hari! Bilangannya akan berganda apabila Shopee mengadakan kempen jualan setiap bulan. 


Inilah lubuk jualan bagi setiap peniaga yang mahu menjual barang mereka secara online TANPA KELUARKAN SEBARANG KOS IKLAN!

Sudah ramai peniaga yang jualan secara offline mereka sendu tiba-tiba menjadi hangat dan meletop apabila mereka meletakkan barang mereka di shopee!

Jika korang nak belajar sendiri cara sebenar memulakan bisnes yang menguntungkan di Shopee ni,
boleh tengok website kat bawah ni.





Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.