Resepi Mudah | Lasagna Paling Sedap

Monday, June 13, 2016

Assalamualaikum. Bulan ramadan ni tekak memang teringin macam-macam. Nak makan itu ini. Kalau pergi bazaar ramadan, segala tok nenek makanan nak dibelinya. Hehe. Alhamdulillah, dah ramadan ke 8, Ayue belum jejak kaki lagi ke bazaar, semuanya makan dirumah. Menu yang Ayue nak share kali ni adalah favorite tunang Ayue, Lasagna Daging paling sedap.


Kemain puji diri sendiri kan? Sebenarnya ini kali pertama Ayue buat lasagna. Dah banyak kali dah Qisti minta buatkan, tapi sebab fikir nak buat lasagna tu banyak layer, jadi Ayue tangguhkan. Tiba-tiba mood puasa ni lain macam rajinnya, jadi Ayue buatlah.

Resepi Lasagna ni Ayue ambil dari google je. Lasagna yang paling mudah dan paling senang buat. Tapi sangat sedap. Haa, dua kali dah puji ni. Maksudnya betul-betul sedap tu. Hahaha. Serius, even Ayue pertama kali buat pun dah menjadi. Kalau selalu apetah lagi kan? 

Ayue tak sangka buat lasagna ni mudha je sebenarnya. Ingatkan rumit. Untuk beginner macam Ayue, resepi kali ni Ayue sertakan gambar step by step ok. Mudahkan anda untuk buat nanti.

Ok, jom tengok macam mana cara nak buat Lasagna mudah dan sedap ni.

Bahan-bahan lasagna

Resepi Mudah | Lasagna Paling Sedap

Bahan-bahan inti daging
Bawang merah - 3 biji di potong dadu
Bawang Putih - 6 ulas di cincang halus
Carrot - ½ batang di potong dadu
Daging kisar ramlee - 1 pack 
Sos spageti Kimball - 1 tin 
Serbuk oregano - 2 sudu 
Garam -½ sudu 
Gula - 1 sudu 
Sos cili - 3 sudu
Cendawan - 1 tin di hiris
Lada hitam - 1 sudu


Sponsored Video: The power of Maxis 1network: Malaysia’s only complete 4G + fibre network

Cara-cara masak inti daging
Rebus lasagna instant sheet sehingga boleh dilentur. (JANGAN sehingga masak). Tos dan susun diatas dulang. Jangan bertindih ya.
Tumis bawang merah, bawang putih, sehingga naik bau dan masukkan daging kisar. Masak sehingga air daging kering.
Masukkan sos spaghetti, masak sebentar.
Masukkan cendawan dan carrot. 
Kemudian masukkan serbuk oregano. 
Rasakan dengan garam dan gula. Ketepikan.





Untuk resepi lasagna yang sedap, sos putih diantara setiap layer lasagna tu kenalah umphh. Baru sedap lasagna anda. Resepi sos putih yang Ayue nak share ni rasanya sangatt kaya dengan cheese, sangat sedap dan creamy. Sesuai juga untuk dimakan dengan salmon steak, beef steak, spaghetti, malah untuk dibuat sos dipping pun boleh. Ikut citarasa anda nak ubah sos putih ni jadi macam mana ya. Tapi yang Ayue share ni sos putih yang basic. Basic-basic pun, meleleh air liur tau. 


Bahan-bahan Sos Putih
Cheddar Cheese - 1 pack
Mentega -2 sudu 
Tepung gandum - 2 sudu 
Susu segar penuh krim - 2 cawan 
Garam - ½ sudu 

Cara-cara masak sos putih (White sauce)
Panaskan mentega sehingga cair.
Masukkan tepung gandum, masak sehingga kekuningan.
Masukkan susu segar penuh krim dan gaul rata.
Masukkan Cheddar cheese dan gaul hingga cheese cair dan sebati.
Masukkan sedikit garam. Masak sehingga sos likat.



Masa ni, sos putih ni kalau jilat dengan jari pun tak puas tau. Rasa nak lagi. Hati-hati, jangan sampai tak cukup nak layerkan lasagna anda pula nanti. Hehe.


Bahan-bahan layer lasagna
Mozarella Cheese
Parmesan Cheese

Cara-cara buat lasagna
Sapukan loyang dengan mentega.
Letak lasagna sheet dilapisan paling bawah.
Disusuli dengan inti daging. Pastikan daging menutupi kepingan lasagna tau.
Layerkan inti daging dengan sos putih.
Taburkan mozarella cheese dan parmesan cheese.
Ulang langkah 2 - 4 hingga loyang penuh.
Bakar di dalam oven selama 40 minit, 160°.
Dah siap, boleh dimakan dengan sos putih juga.





Fuh, memang terangkat lah kalau makan. Berselera Ayue dibuatnya. Tak boleh makan selalu ni. Mahu berat naik mencanak nanti. Tiga jens cheese kot! Haha. Tapi kalau dapat makan sesekali, hentam lah sampai puas kan? Bila buat sendiri banyak lah dapat. Kalau makan dekat restoran, sepinggan ciput je. Mahal pula tu! Anggaran kos Ayue beli barang semu dalam RM65. Cukup untuk makan seisi keluarga. Kan dah jimat?

Kalau nak tgk video cara buat lasagna ni, Ayue ada jumpa satu video dekat youtube yang resepi dia hampir sama dengan yang Ayue buat, boleh cuba tengok sini ya : http://lynk.my/EGlP

Kalau nak beli loyang empat segi macam Ayue tu, boleh beli dekat bawah ni.

Beli Bread Making Mould sekarang!




Selamat mencuba~



xoxo,

post signature

You Might Also Like

14 comments

  1. hi sis... resepi nampak seriously sedap!... nak try untuk weekend .. anyway sukatan semue ni boleh dimakan berapa orang eh? agak agak la..

    ReplyDelete
  2. Hi sis. I try you punya resepi. Serius best and sedap. Mudah nak buat jugak. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. Sepaket cheese dipakai tu 12 keping semua dpakai ke sis?

    ReplyDelete
  4. terima kasih kongsi resepi. Esok saya nak try buat :)

    ReplyDelete
  5. Tq sis...i dah try smalam...seriously menjadi...sedap...n puas hati..

    ReplyDelete
  6. Sis kalau kita xde oven.. kita bakar guna dapur gas boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, sy tak pasti pulak sbb tak pernah try. Rasanya kena pakai oven juga sbb die nk bakar atas bawah kan,

      Delete
  7. Sis kalau sy tak letak mozarella dan hanya ada parmesan xpa kaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mozarela tu yg buat dia jadi umphhh. Kalau awak tgk cheese leleh2 tu, mozarela la tu.

      Delete
  8. Hai sis , susu sekotak kecil mcm dlm gmbr tu cukup ke utk 2 cawan? Sbb saya tkthu cawan besar mana nak pakai

    ReplyDelete
  9. Hai sis , susu sekotak kecil mcm dlm gmbr tu cukup ke utk 2 cawan? Sbb saya tkthu cawan besar mana nak pakai

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page