NIVEA Whitening & Firming Body Care Range

18 March 2015

Assalamualaikum~

Fuhh..panas betol sekarang ni kan? Duduk dalam rumah pun terasa bahangnya. Apatah lagi kalau keluar antara pukul 12 tengahari ke 3 petang tu. Peluh menitik-nitik sampai basah tiak! Hehe. Kulit pun gelap dan kering bila selalu kena panas matahari terik tu. Mesti awak makin rajin pakai lotion sekarang ni kan? Yela, takkan nak bagi kulit tu kusam, kering, gelap, tak bermaya macam tu je. Majoriti wanita di Asia sentiasa nak kan kulit yang cerah sempurna, anjal dan tegang supaya nampak lebih muda kan. Saya percaya, awak pun sentiasa tercari-cari produk apa yang sesuai untuk atasi masalah tu semua. Bukan senang nak cari produk yang boleh mencerah dan menganjal sekali gus dalam satu produk kan.

Macam memahami keadaan yang kita alami sekarang ni, Nivea ada melancarkan produk baru yang pertama di Malaysia yang menggabungkan manfaat mencerah dan menganjalkan kulit dalam satu aplikasi dengan menggabungkan formulasi 95% keaslian Vitamin C dan Q10.


“Selama lebih dari 100 tahun, NIVEA telah menerajui kategori produk penjagaan kulit dan sentiasa komited dalam memberikan yang terbaik. Sebagai pakar kulit melalui inovasi produk, kami sentiasa meletakkan keperluan dan kehendak khusus setiap pengguna sebagai tunggak utama di dalam menghasilkan sesebuah inovasi produk. Pelancaran rangkaian produk penjagaan kulit badan mencerah dan menganjal yang pertama di Malaysia, ini merupakan sebuah pencapaian inovasi produk bagi kami dan para pengguna NIVEA” - Jaren Ong (Pengurus Kanan Produk Beiersdorf Malaysia)


Manfaat Vitamin C dengan 95% keaslian:

  • Merawat kulit kusam dan tidak sekata akibat pendedahan kepada sinaran matahari.
  • Memainkan peranan yang penting dalam sintesis kolagen
  • Ia memberikan kulit anjal dan penampilan muda
  • Membantu membaiki kulit dengan sendirinya





Manfaat Q10:

  • Coenzyme yang terdapat di dalam sel manusia yang membekalkan tenaga kepada sel kulit manusia
  • Ia memastikan bekalan tenaga bagi setiap sel-sel kulit
  • Anti-kedutan, anti-pengoksidaan dan meningkatkan tenaga sel untuk menjadikan kulit yang lebih tegang


Mungkin ada diantara awak yang tidak tahu yang kadar coenzyme akan menurun bila usia awak makin meningkat. Sebab tu la kulit berkedut bila da tua. Hehe. Jadi, NIVEA Q10 ni mempunyai manfaat anti kedutan, anti oksidan dan merangsang tenaga sel kulit menjadikan kulit lebih tegang dan anjal

Gabungan kedua-dua bahan ni boleh membuatkan kulit awak lebih anjal dan tegang jika digunakan secara berterusan.


Masa pelancaran produk terbaru ni, NIVEA menjemput Dr.Siddique, Pakar Dermatologi Aestetik untuk berkongsi pendapat tentang kepentingan Vitamin C dan Q10 coenzyme.

“Vitamin C boleh membantu melindungi kulit daripada kerosakan matahari dan untuk mengurangkan masalah tona kulit tidak sekata dan kedutan. Antioksidan ini bertindak dengan mempercepatkan sistem pemulihan semula jadi kulit dan dengan secara langsung menghalang kerosakan yang lebih teruk. Q10 memainkan peranan penting dalam memastikan kulit kelihatan lebih muda. Namun Q10 akan mula berkurangan apabila anda semakin berusia. Kebanyakkan wanita yang berusia 30 tahun ke atas mempunyai kadar Q10 dibawah tahap optimum. Ini mengurangkan kemampuannya untuk menghasil kolagen dan elastin. Kolagen amat penting kerana ia membuatkan kulit ada anjal, manakala Elastin mebuatkan kulit lebih fleksibel. Kehilangan Kolagen dan Elastin menyebabkan kulit berkedut dan kendur. Penggunaan produk penjagaan kulit luaran yang mengandungi Q10 dapat membantu kulit menjadi lebih anjal dengan berkesan kerana ia dapat meresap terus kedalam kulit memberikan antioksidan yang menghasilkan kolagen serta elastin”. - Dr. Siddique

Masa majlis pelancaran tu juga, NIVEA turut melancarkan kempen 'Flaunt it. Fair & Firm', sempena pelancaran produk mencerah dan menganjal yang pertama dari NIVEA. Objektif kempen ini adalah untuk membantu memberikan kesedaran bahawa kulit yang cerah dan anjal adalah definisi gaya fesyen yang sebenar. Kini mereka tidak perlu menutup kekurangan diri dengan berselindung disebalik gaya pakaian, sebaliknya tampil yakin dengan kulit cerah dan anjal mereka.



NIVEA menampilkan Yasmin Hani, personaliti TV dan Emely Poon, Personaliti Radio untuk bekerjasama dalam kempen 'Flaunt it. Fair & Firm' ni. Kedua-dua personaliti ni percaya yang wanita akan nampak menawan dalam apa jua gaya jia mempunyai kulit yang cantik. Tapi yang hadir masa majlis pelancaran tu hanya Emely Poon sebab Yasmin Hani ada hal yang dapat dielakkan. Kempen ini akan berlangsung sehingga bulan April 2015 dimana NIVEA secara eksklusif akan membawa Adam Saaks dari Amerika Syarikat ke Malaysia untuk sebuah pertunjukan fesyen istimewa di mana beliau akan mempersembahkan demonstrasi bakat beliau mencipta gaya fesyen pakaian dengan sebilah gunting.



Rangkaian NIVEA WHITENING & FIRMING terdapat dalam 3 Kategori :

Losyen NIVEA Whitening & Firming



- Losyen Badan NIVEA Instant White Firming SP15
- Losyen Badan NIVEA Extra White Firming

Harga bermula dari RM10.50



Serum NIVEA Whitening & Firming



- Serum Badan NIVEA Anti-Age White Firming dengan SPF 33
- Serum Badan NIVEA Extra White Firming dengan SPF 33
- Serum Badan NIVEA Instant White Firming dengan Serum SPF 33
- Serum badan NIVEA Night White Firming

 Harga bermula dari RM 9.50



Krim NIVEA Whitening & Firming Cream



- Krim Badan NIVEA White & Repair UV

Harga bermula dari RM 12.90



Dimana setiap kategori mempunyai kelebihan masing-masing. Banyak sangat, mesti awak tak tahu nak pilih yang mana satu sesuai dengan kulit awak kan? Meh nak terang sikit apa dia lebihan kategori masing-masing :)

Extra White Firming Body Serum & Lotion


  • Diperkaya dengan Vitamin C untuk lebih cerah dan sekata
  • Mengandungi Q10 untuk meningkatkan tenaga sel untuk kulit yang lebih tegang


Instant White Firming Body Serum & Lotion


  • Mencerah kulit dan warna kulit sekata dengan serta-merta
  • Mengandungi Q10 untuk meningkatkan tenaga sel untuk kulit yang lebih tegang


Anti-Age White Firming Body Serum


  • Diperkaya dengan SOYA untuk kulit lebih cerah dan kelihatan lebih muda
  • Mengandungi Q10 untuk meningkatkan tenaga sel untuk kulit yang lebih tegang


Night White Firming Body Serum


  • Diperkaya dengan Vitamin E untuk memperbaharui kulit supaya lebih cerak dan sekata
  • Mengandungi Q10 untuk meningkatkan tenaga sel untuk kulit yang lebih tegang


Mana satu pilihan awak? Saya dah ada semua. Hehe. Da 2 hari da saya mula pakai serum & lotion NIVEA ni. Agak-agak apa jadi lepas 14 hari? Cerah dan anjal!! Woohoo!


Rangkaian produk mencerah dan menganjal NIVEA boleh di dapati di semua farmasi, pasaraya hyper, pasaraya utama, pasaraya mini dan kedai serbaneka yang terpilih di seluruh Malaysia.


Untuk maklumat lanjut boleh layari :



"Get Fairer and Firmer Skin in 14 days"


post signature

Join the conversation!

  1. Apa beza instant white and extra white? Please send to my email yr reply hfshafndi@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Nivea firming lotion ni blh sapu kt muka x? Ke mmg utk badan shj?

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.