Sambut Hari Ibu Bersama Dato Siti Nurhaliza

13 May 2015

Assalamualaikum. Selamat menyambut Hari Ibu buat ibu-ibu diluar sana terutama untuk mak Ayue, Selamat hari ibu, mak! Hehe. Sempena hari ibu tahun ni, apa kata anda gembirakan ibu-ibu anda dengan membawanya makan malam sambil menonton persembahan Dato Siti Nurhaliza. Mesti seronok kan. Siap ada sesi Meet and Greet lagi. Ayue pasti mesti ramai ibu-ibu kat luar sana merupakan peminat setia Siti betul tak?


Mothers Day Mircale Night with Dato Siti Nurhaliza akan diadakan pada 15 Mei nanti bertempat di Kristal Hall TM Convention Centre, TM Tower Bangsar, Kuala Lumpur. Majlis makan malam amal ini akan meraikan sekali 30 anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Budaya Harapan serta mengumpulkan sumbangan untuk tabung kebajikan mereka


Kata Puan Rita Dato' Sosilawati , Pengarah Urusan Nouvelles Visages
"Ini adalah merupakan tanggunjawab kemasyarakat buat Nouvelles Visages di mana dengan sumbangan ini, ianya akan dapat memberi peluang anak-anak ini untuk menyaksikan persembahan artis tersohor Dato Siti Nurhaliza, disamping berhibur, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti persembahan fesyen, cabutan bertuah dan macam-macam lagi. Di Samping itu juga inilah masanya kita bersama2 meraikan ibu-ibu tersayang di malam yang penuh bermakna nanti"


Persembahan selama 1 jam ini akan diacarakan oleh Nabil dan Angah Raja Lawak yang akan menggamatkan lagi suasana pada malam itu. Dato Siti Nurhaliza akan menyampaikan lebih 8 buah lagu-lagu popular beliau. Lagu 'Ibu' mesti menjadi salah satu dari 8 buah lagu tu kan sempena sambutan Hari Ibu tu sendiri. Ayue suka sangat lagu tu.


Direktor bersama Penganjur OMGFest Venture iaitu Puan Liza Baharom berkata
"Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi menaja Makan Malam Amal ini seperti dekorasi pentas adalah hasil kreatif dari Laurea Home Furnishing. Terima kasih juga kepada Que Tres Hermanos yang sudi menaja 30 pakaian anak-anak yatim Pusat Jagaan Budaya Harapan Terima kasih juga kepada penaja-penaja hadiah untuk cabutan bertuah seperti cool hijab, Simpy Siti, Pak John Steamboat dan penaja utama iaitu Nouvelles Visages"






Kalau anda nak tahu apa kata-kata Dato Siti tentang ibu nya, boleh singgah ke entry Ayue sebelum ni, Mother's Day Miracle Night With Dato' Siti Nurhaliza




Untuk tempahan meja sila hubungi 01126261656 atau 0192796275 tempahan online pula melalui www.omgfest.my atau www.redtix.airasia.com





xoxo,

post signature


Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.