Ephyra Skin Bar Bantu Hilangkan Parut Jerawat

29 July 2015

Assalamualaikum. Ayue percaya ramai wanita di luar sana yang mempunyai masalah hormon tidak stabil bila datang bulan. Selalunya selain dari emosi naik dan turun, Ayue akan mengalami masalah jerawat. Kadang-kadang tu tidak terkawal sampaikan muka dari tiada apa-apa masalah jerawat, jadi macam kulit bermasalah terus. Semua sebab datang bulan!

Memang stress bila fikirkan bila kita tiada masalah kulit, tiba-tiba naik jerawat bertubi-tubi. Tidak lah flawless, cuma tiada jerawat yang naik. Paling Ayue tak boleh terima bila makin Ayue stress, makin Ayue sibuk dengan pelbagai kerja, makin banyak jerawat yang naik. Sedih sangat bila fikirkan keadaan kulit Ayue ni ketika datang bulan.

Tambahan pula kulit Ayue ni jenis kulit yang berminyak. Tak boleh malas cuci muka. Kalau tak memang lah jerawat naik dengan jayanya. Ayue ni memang jenis yang setia dengan pencuci muka. Bila Ayue dah suka satu pencuci tu, memang Ayue susah nak tukar. Bila Ayue diberi peluang untuk mencuba Ephyra Skin Bar ni, Ayue was-was juga. Risau kalau Ayue tak suka kan. Tapi Ayue cuba juga lah, nak cantik pula pasal.

Suprise, surprise! Guess what? Ayue suka gila Ephyra Skin Bar ni. Mana tidaknya, dah la wangi, rasa puas pula tu selepas mencuci muka. Mesti anda pernah alami situasi dimana lepas mencuci muka, kita rasa tak puas, rasa macam masih berminyak dan tak segar. Betul tak? Percayalah, Ephyra Skin Bar ni tak macam tu. Ayue rasa best sangat lepas cuci muka.


Bila Ayue tengok flyers Ephyra Skin Bar ni, lagi lah Ayue teruja. Macam-macam rupanya kebaikan yang ada pada Ephyra ni. Antaranya :

Ephyra Skin Bar membantu menghilangkan :
  • Jerawat / Jerawat batu
  • Bintik-bintik hitam / putih
  • Parut jerawat dan cela
  • Pori-pori terbuka
  • Jeragat & tanda-tanda penuaan awal
  • Ratakan tona kulit muka
  • Kurangkan kedutan halus
  • Mengawal minyak berlebihan
  • Mengekalkan kelembapan kulit



Baguskan?!Paling penting, ia membantu menghilangkan jerawat, parut jerawat dan mengawal minyak berlebihan. Memang penyelesaian masalah Ayue tu. Bahan-bahan utama Ephyra Skin Bar ni pula memang bagus untuk kulit. Padanlah ia memberi pelbagai kebaikan.

  • Kolagen : Menyokong ketahanan fizikal and keanjalan kulit
  • Glyserin : Merawat kulit berminyak yang menjadi punca jerawat.
  • Banana Enzyme : Agen anti Penuaan
  • Seaweed : Agen anti keradangan
  • Carrot Extract : Menjadikan tona kulit lebih sekata
  • Rice Bran Oil : Merawat penuaan serta menyuburkan kulit
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract : Mencerahkan kulit dan membersihkan kulit dari bintik-bintik hitam.

Ayue dah guna Ephyra Skin Bar ni hampir 4 minggu. Walaupun ia berbentuk bar, langsung tidak mendatangkan masalah pada Ayue sebab sebelum ni pun Ayue menggunaka pencuci berbentuk bar. Guna sabun berbentuk bar ni menjimatkan tau. Ayue suka potong kecil-kecil sebelum guna.

Tengoklah kulit muka Ayue ni 4 minggu lepas. Ini kejadian semasa datang bulan. Stress sangat masa ni. Rasa malu nak keluar rumah. Kalau keluar pun kena touch up lebih sikit untuk kurangkan kesan jerawat tu. Teruk kan? Sedih bila tengok keadaan kulit macam ni.


Masa ni kulit berminyak jangan cakaplah. Bila keluar Ayue akan pakai foundation. Itu yang buat kulit lagi kelihatan berminyak lepas beberapa jam. Tapi lepas Ayue guna Ephyra Skin Bar ni, memang kulit kurang berminyak. Sangat awesome okey! Tak perlu lagi Ayue nak guna Oil Absorbing Sheet tu tiap kali keluar.

Ini pula kulit muka Ayue lepas 1 minggu menggunakan Ephyra Skin Bar.Muka Ayue makin cerah, tapi parut masih ada. 


Minggu keempat parut jerawat pun hilang! Perasaan tak makin glowing? Ewah, ini tak mekap dan sebarang kosmetik lain tau. Memang nude 100%.


Sekarang tengah datang bulan, tapi takda seketul jerawat pun yang naik so far. Rasa nak melompat sebab happy. Yela kan, sebelum ni bila datang bulan je risau, stress sebab takut jerawat naik. Sekarang datang bulan happy pula, eh? Hehe.

Rupanya memang dah banyak pengguna Ephyra Skin Bar yang dah hilang masalah kulit lepas menggunakannya. Seronok bila tengok testimoni masing-masing. Dari masalah jerawat yang agak teruk, jadi elok. Mesti mereka bahagia sekarang kan. Kulit dah flawless la katakan.


Ayue memang sangat recommend anda pakai Ephyra Skin Bar ni. Pasti anda akan nampak kesannya. Lagipun sekarang ni Ephyra ada buat contest selfie. Anda cuma perlu upload gambar before dan after menggunakan Ephyra Skin Bar. 


Ayue dah join! Manalah tahu boleh menang hadiah Iphone6 tu kan? Rezeki namanya. Kulit cantik, dapat Iphone6 pula lagi. Siapa tak nak?








xoxo,

post signature

Contest EffortlessMan | Menang Cash and Shopping Voucher

28 July 2015

Assalamualaikum. Ada tak siapa-siapa yang jalan dekat sekitar Kuala Lumpur, perasan seorang lelaki berpakaian lain daripada yang lain?? Lebih tepat lagi lelaki tu berpakaian SUPERHERO! Apa lah yang dia buat berpakaian macam tu kan.


Dia ni lah EffortlessMan dari Lazada Malaysia. . Dia akan muncul sekitar Kuala Lumpur untuk contest yang sedang berlangsung di Lazada Malaysia sekarang. Contest lagi! Lazada ni bagus betul, tak henti-henti buat contest. Hadiah yang diberi best-best pula tu.

Contest kali ini pula bertujuan untuk mempromosikan The Big Effortless Shopping Sale yang sedang berlangsung di Lazada. Pelbagai barangan yang dijual dengan harga super sale!! Sale ini berlangsung dari 27 july 2015 hingga 31 july 2015 ni saja tau. Anda boleh check link ini :




Mesti anda tertanya-tanya kan. Apa lah kaitan EffortlessMan ni dengan contest yang ada di Lazada sekarang? Haa, sebenarnya anda berpeluang untuk memenangi hadiah cash RM100 dan shopping voucher Lazada bernilai RM100 melalui contest ini. Cara nya mudah saja, ada dua (2) contest yang anda boleh join :


Contest Pertama ­
Hadiah RM100 cash untuk 2 pemenang setiap hari
  1. Selfie bersama EffortlessMan (hint:beliau akan berada di sekitar KL atau ketahui update di Facebook Page Lazada tentang lokasi EffortlessMan) 
  2. Upload gambar tersebut di Facebook berserta hashtag #EffortlessManHunt dan #LazadaMalaysia 
  3. Pemenang dipilih berdasarkan kreativiti masing-­masing. Simple!




Contest Kedua­
Hadiah RM100 shopping voucher untuk 3 pemenang setiap hari
  • Tinggalkan komen di page ini : http://www.lazada.com.my/effortless­manhunt/ 
  • Teka dimana tempat seterusnya EffortlessMan akan pergi. 
  • Siapa dapat teka dengan betul atau paling hampir dengan lokasi sebenar, berpeluang untuk menang. 


Ya ampun. Contest apakah ini? Simple sangat-sangat! Senang-senang je boleh menang cash dan shopping voucher. Jangan lepaskan peluang ni okey? Psstt, dekat Lazada tu ada banyak barang wishlist Ayue tau! Mana lah tahu ada rezeki Ayue, boleh menang salah satu contest tu. Hehe. Setiap hari ada pemenang kot!


Untuk makluman lanjut, anda boleh check di : Instagram, Facebook dan Twitter Lazada Malaysia.





xoxo,

Mary Sharon | Spa Sleeping Mask Review

27 July 2015

Assalamualaikum. Macam mana kita nak manjakan wajah dan sayangi kulit kita? Bagi Ayue dengan menggunakan mask, supaya wajah kita mendapat kelembapan yang secukupnya untuk kekal sihat dan cantik. Maklumlah, suhu di Malaysia kini makin panas dan berhabuk. Sangat tidak bagus untuk kulit kita kan. Tapi, mask yang mana satu bagus untuk semua jenis kulit dan ternyata berkesan?




Mary Sharon | Spa Sleeping Mask

Mary Sharon merupakan produk hasil kerjasama diantara Perancis, yang mengetuai penyelidikan dan pembangunan produk dan China untuk kerja-kerja pemasaran dan pengiklanan. Gabungan kedua Negara ini telah menghasilkan produk kecantikan yang mampu terjual dengan 10 botol seminit!


Produk Mary Sharon ini telah melalui 120,000 kali ujian klinikal dan mendapat sejumlah 8 paten menjadikan ia “A Queen’s Pampering For Every One”(“Sentuhan Ratu Untuk Semua”) kerana ia mampu merealisasikan impian pelanggan yang mengingini kecantikan dan kesempurnaan kulit pada harga yang berpatutan. Marysharon telah memenangi “Anugerah Jenama Paling Berpotensi” pada tahun 2014 dan mencapai angka jualan 1,000 juta RMB pada suku kedua 2014


Mary Sharon menggunakan formula pelembapan rumpai laut eksklusif, yang berasaskan esen rumpai laut Emas yang berkesan menentang kulit kering. Dengan kuasa pelembap semula jadi ini, ia membekalkan lembapan tambahan untuk kulit kering.


Jaring pengunci air yang unik pada permukaan kulit membolehkan kulit memulihkan kesegarannya. Ia mampu mengawal kulit berminyak, menanggalkan kulit mati, menyerikan kulit yang pudar dan memulihkan kegebuan kulit.



Review Mary Sharon | Spa Sleeping Mask

Ayue suka dengan konsep packaging yang dibawakan oleh Mary Sharon ni. Nampak sangat mewah dan elegan tetapi harganya sangat lah berpatutan.

Sejak Ayue diperkenalkan dengan MARY SHARON, Spa Sleeping Mask ni, Ayue tak ragu langsung tentang keberkesanannya sebab produk ini sudah terbukti berkesan. Ayue sendiri sudah mencubanya selama 2 minggu.


Wajah yang cantik secara semulajadi sememangnya merupakan impian setiap wanita. Siapa yang tidak ingin untuk kelihatan cantik dengan mekap yang minima atau mungkin tiada mekap langsung? Ayue juga termasuk dalam golongon itu dan Ayue pasti, ramai lagi diluar sana yang inginkan kulit sebegitu. Kata kuncinya hanya satu, SAYANGI KULIT.


Kulit Ayue memang jenis berminyak dan kering. Jadi produk ini sememangnya apa yang Ayue inginkan kerana ia mampu mengawal minyak dan menyerikan kulit Ayue yang kusam ni.


Teksturnya likat tetapi licin. Mulanya Ayue terfikir yang Ayue mungkin tidak selesa memakainya tetapi salah. Ia sangat ringan dan menariknya, ia tidak mempunyai bau yang menyakitkan hidung. Sangat selesa dan tenang je bila Ayue apply ke muka.


Lepas 2 minggu menggunakan Mary Sharon Spa Sleeping Mask, kulit Ayue terasa sangat lembut dan sihat. Ketara sangat kesannya sebab Ayue dapat rasakan kelembapan kulit Ayue sendiri. Mana tidaknya, garis-garis kedut pun nampak sebab kulit terlalu kering. Sekarang dah mula berkurangan. Seronok!


Liang pori juga semakin mengecil. Bila kecil, blackhead & whitehead juga semakin berkuranglah kan? Itu yang Ayue paling suka sebab Ayue ni jenis tak suka nak belek muka buang semua tu. Paling best, jerawat pun makin mengecut. Bila dah ada produk macam ni, memang akan jadi produk favourite lah. Nak basuh pun senang sangat, Ayue cuma perlu bilas muka untuk hilangkan mask tu. Lepas basuh tu lah muka Ayue terasa sangat lembut dan lembab.



Cara penggunaan Mary Sharon | Spa Sleeping Mask

Cara 1:
Selepas mencuci muka, apply mask secukupnya ke keseluruhan wajah dan cuci selepas 15 minit.

Cara 2:
Sapukan mask keselurahan wajah secara nipis dan biarkan semalaman.

Cara 3:
Sapukan mask secara nipis keseluruhan wajah dan bilas selepas 5 minit setiap pagi selepas mencuci muka untuk membuatkan mekap anda kekal lebih lama.



Produk Info Mary Sharon | Spa Sleeping Mask

Kuantiti : 110g
Harga : RM129 setiap botol
Availability : Watson, Sasa& kedai kecantikan Shills






Majlis Pelancaran Mary Sharon di Malaysia

Berita baik untuk anda! Mary Sharon akan membuat majlis pelancarannya di Malaysia pada 2 Ogos ini, jam 1.00 petang, di Berjaya Times Square. Dan mereka telah mengundang bintang terkenal Hong Kong Julian Cheung Chi-lam sebagai tetamu istimewa.


Empat produk utama yang dilancarkan adalah:

  • Marysharon Spa Sleeping Mask (10 botol dijual di seluruh dunia setiap minit) 
  • Marysharon Queen Radiance Eye Essence (kesan menakjubkan ke atas 5,000 wanita Cina yang menjalani ujian) 
  • Marysharon Queen Charcoal Cleansing Mask (Produk Utama 2015) 
  • Marysharon Collagen Hydrating Mask (pupur sutera 100% dengan pensijilan)



Anda juga berpeluang untuk berjumpa dengan Chi-Lam ni tau
Cara nya mudah saja :

Step 1: Beli mana-mana produk Mary Sharon di Shills Beauty House, Watson or Sasa bernilai RM200
Step 2: Like & Follow Mary Sharon Facebook Page
Step 3: Snap gambar resit and PM details anda (Full Name, Contact Number and Email) ke Mary Sharon Facebook!

Bilangan tiket terhad dan pengagihan tiket adalah berdasarkan siapa dahulu, didahulukan.



Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Facebook : Mary Sharon Malaysia
Hubungi : 03-80622743/46





xoxo,


post signature

Meriahnya Raya Aidilfitri 2015

23 July 2015

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya buat semua pembaca blog Ayue. Syukur Alhamdulillah kita semua masih diberi kesempatan untuk berpuasa dan menyambut syawal tahun 2015 ni. Ayue sangat happy tahun ni sebab Ayue ada banyak cuti. Apa lagi, apply balik kampung awal lah! Siapa orang Melaka? Sep sikit!

Seronok bila dapat berkumpul dekat kampung, gomol-gomol anak buah kesayangan. Lagi-lagi anak buah paling bongsu tu, ya ampun, bulatnya! Tak puas rasanya main dengan diorang,

Tema raya keluarga Ayue tahun ni warna Peach. Ayue pilih untuk berjubah peach raya kali ni sebab Encik tunang suka Ayue pakai jubah. Cewah. Lagi pun lebih selesa kan, sopan, tutup aurat, nak makan banyak pun takda masalah. Haha. Encik tunang tahun ni raya Kedah, tak sempat nak singgah Melaka. Takpa, bagi chance dekat dia tahun ni, tahun depan raya Melaka kan? 







Paling best bila adik sekeluarga beraya dengan kami tahun ni. Tahun lepas dia beraya di rumah mertua, rasa sunyi lah sikit. Tahun ni alhamdulillah, meriah sangat. Bising bukan main dengan gelagat masing-masing. Tiba-tiba rasa macam tak sabar nak ada anak sendiri. EH?







Raya kedua pula Ayue pakai jubah warna biru turquoise. Kebetulan sama dengan mak. Bab posing memang no 1 lah. Mak pula makin pandai posing. Sakan lah masing-masing. Hehe.





Raya ketiga, MERAH. Haa, ini recycle je baju apa yang ada. Saja nak bagi sedondon, bedal lah baju apa pun janji merah. 




Raya ketiga ni lah baru Ayue berkesempatan nak beraya rumah member. Maklum lah, member semua dah berkeluarga, dah beranak pinak, bukan senang nak jumpa kan. Bila dapat jumpa sesekali macam ni, sembang sampai tak ingat dunia. Siap mak member sedia kan stok buat kami nak bersembang. Boleh macam tu? Hehe. Terima kasih sangat-sangat.



Minggu ni minggu untuk terjah rumah sedara mara belah KL pula. Ada siap-siapa buat open house? Meh PM alamat, nak terjah! :)



xoxo,

post signature

Hada Labo 5-in-1 UV Gel Sunscreen

20 July 2015

Dalam misi kami untuk mencipta kejutan yang menggembirakan pengguna kami, Hada Labo telah membangunkan pelindung matahari baru yang bukan sahaja membantu melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang berbahaya tetapi juga mengandungi kebaikan alam semula jadi untuk memastikan kulit anda dilindungi dengan sempurna dan pada masa yang sama terasa selesa , licin dan lembut.

Hada Labo 5-in-1 UV Gel Sunscreen bukan pelindung matahari biasa kerana ia lebih daripada sekadar melindungi kulit anda daripada sinaran UV. Ia adalah krim tabir suria semua-dalam-satu yang juga berfungsi sebagai Esen, Emulsi, Asas Solekan dan Primer. 5-in-1 UV Gel Sunscreen juga mengandungi SPF 50+ PA ++++ yang melindungi kulit daripada spektrum luas UVA dan UVB.

Formula ultra ringan yang meluncur serta menyerap ke dalam kulit dengan cepat untuk membekalkan manfaat lembapan serta nutrien yang diperlukan. Dan pada masa yang sama, ia juga membantu menyediakan kulit untuk aplikasi solekan mudah dengan mengimbangi tona kulit dan melicinkan permukaan kulit. Produk luar biasa ini bukan sahaja membantu solekan tahan lebih lama, tetapi juga menyerlahkannya.

Kini anda tidak perlu lagi bimbang tentang memakai pelindung matahari sebelum melangkah keluar dari rumah, kerana kulit anda mendapat apa yang diperlukan selepas memakai pelembap. 5-in-1 UV Gel Sunscreen SPF 50+ PA++++ melindungi anda.

5-in-1 UV Gel Sunscreen diperkaya dengan bahan-bahan penghidratan terbaik. Ia juga pH seimbang dan bebas daripada pewarna, pewangi, minyak mineral dan derivatif haiwan, yang menjadikan ia sesuai untuk semua jenis kulit.

Hada Labo 5-in-1 UV Gel Sunscreen, 50g (RM52.90) akan berada di semua farmasi utama seluruh negara bermula Jun 2015.



xoxo,

Resepi Chocolate Chips Almond Cookies | Sedap dan Mudah

14 July 2015

Assalamualaikum. Hari ni Ayue buat biskut raya. biskut ni memang jadi favorite encik tunang and family dia. Ayue ambil resepi ni dari mak dia la. Kalau buat, memang tak cukup satu adunan..kena buat banyak-banyak baru puas. Lagi-lagi nak raya ni, ada yang tak sempat sampai raya pula nanti. Hehe.



Resepi Chocolate Chips Almond ni sangat mudah dan sangat simple. tapi rasa dia, sedap gila! Anda wajib cuba ok..confirm takkan menyesal. Resepi bawah ni untuk 1 adunan ya. Ayue buat 2 adunan dan dapat 2 1/2 balang size sederhana tu. 

Bahan-bahan
150gm mentega
150gm gula perang
1biji telur
200gm tepung cookies
20gm serbuk koko Van Houton
1 sudu teh soda bikarbonat (jangan membumbung)
1 sudu teh esen vanila
50gm cip coklat ( Ayue lebihkan 25gm, ikut citarasa masing-masing)
50gm badam cincang

Ni tepung cookies, incase anda tak pernah jumpa macam Ayue, hehe



Cara-cara
1. Pukul mentaga dan gula sehingga kembang
2. Masukkan telur, pukul sehingga kembang
3. Masukkan esen vanila, tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko yang telah diayak bersama. Sedikit demi sedikit hingga adunan sebati.
4. Masukkan badam dan cip coklat, gaul rata.
5. Bentukkan di atas loyang. Tak perlu kertas minyak, dan bukan bulat-bulatkan ya. Hanya letakkan guna sudu atau jari.
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 20minit.
7. Tunggu sehingga sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas.


Siap! Mudahkan? Jangan lupa buat okey? Selamat mencuba!!



xoxo,


post signature
© AYUE IDRIS • www.ayueidris.com