Misi Gempur Denggi Kini Bermula!

14 August 2015

Assalamualaikum. Kalau anda perasan, kes denggi di Malaysia makin meningkat. Abang Ayue sendiri pernah kena denggi berdarah awal tahun ni. Tapi alhamdulillah, cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala. Tapi tuhan saja yang tahu betapa sakitnya abang Ayue masa tu. Antara hidup dan mati bila terkena jangkitan denggi ni. Sangat merbahaya. Awal tahun 2015 ini saja kes denggi di Malaysia sudah meningkat ke 66,721 kes, dengan 165 kematian direkodkan di seluruh negara.

Ms. Cristina Ronski, Senior Director General Manager for SC Johnson (Malaysia, Singapore, Philippines).

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu tahu betapa pentingnya mencegah denggi dari terus menerus menjangkiti manusia. Sanofi Pasteur dengan kerjasama SC Johnson Malaysia dan Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia (MSIDC) telah melancarkan Misi Gempur Denggi dengan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kempen ini bertujuan untuk mendidik dan memaklumkan kepada orang ramai mengenai cara-cara yang efektif untuk menghalang penyebaran denggi dan telah bermula pada 7 Ogos 2015 lalu.

Mr Kelvin Lam, General Manager, Sanofi (Malaysia, Singapore, Brunei)
Mr. Baptiste de Clarens, Managing Director, Sanofi Pasteur (Malaysia, Singapore, Brunei).
Baptiste De Clarens, Pengarah Urusan Sanofi Pasteur (Malaysia, Singapura dan Brunei) berkata, “Misi Gempur Denggi adalah program mendekati komuniti yang pertama seumpamanya bagi Sanofi Pasteur yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran orang ramai mengenai inisiatif-inisiatif pencegahan denggi. Pendidikan adalah sangat penting untuk menentang denggi dengan berkesan. Inilah sebabnya kami di Sanofi Pasteur melihat usaha ini sebagai tanggungjawab komuniti kami untuk mengambil tindakan dan mengingatkan semula rakyat Malaysia mengenai denggi. Adalah penting untuk rakyat Malaysia memahami dan mengambil langkah-langkah yang aktif untuk melindungi diri mereka dengan cara yang terbaik dari wabak yang membawa maut ini”.

Ms. Cristina Ronski, Senior Director General Manager for SC Johnson (Malaysia, Singapore, Philippines).
Cristina Ronski, Pengarah Kanan Pengurus Besar untuk SC Johnson-Kluster Melayu (Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia) berkata, “Keperluan untuk Misi Gempur Denggi adalah sangat penting kerana terdapat peningkatan dalam kes-kes denggi di Malaysia. Denggi boleh dicegah dan inilah yang ingin kami lakukan melalui kempen ini iaitu terus mendidik dan mengingatkan orang ramai mengenai langkah-langkah pencegahan mudah yang boleh diambil untuk memastikan persekitaran mereka kekal bersih dan bebas Aedes. Denggi tidak memilih mangsa. Inilah sebabnya SC Johnson Malaysia sangat memberi penekanan kepada usaha mendidik dan meningkatkan kesedaran komuniti mengenai pencegahan denggi. Sebagai peneraju pasaran dengan lebih daripada 50 tahun kepakaran dalam kawalan serangga, kami komited untuk menggunakan pengetahuan kami bagi membantu dalam usaha mencegah denggi”.

(L-R) Associate Professor Dr Ariza Adnan, Kelvin Lam, Baptiste De Clarens, Cristina Ronski, and Dr Izwan Effendy launches the Mission Buzz Truck.

(L-R) Associate Professor Dr Ariza Adnan, Kelvin Lam, Baptiste De Clarens, Cristina Ronski, and Dr Izwan Effendy.

Sempena kempen ini, trak Misi Gempur Denggi telah direka khas untuk mengunjungi pejabat-pejabat Media dan menyebarkan maklumat mengenai pencegahan denggi melalui pihak media. Selepas itu, trak ini akan mengembara di sekitar Lembah Klang selama beberapa bulan untuk mendidik dan menyeru orang ramai supaya mengamalkan langkah-langkah pencegahan secara proaktif untuk membantu mencegah denggi.

Project Elementz crew hypes up the Mission Buzz launch with an energetic dance performance.

Project Elementz dance crew.

Kembara jalanan ini juga akan merangkumi pelbagai permainan interaktif yang memfokus kepada cara-cara mencegah denggi. Menariknya, hadiah dan cenderahati juga akan diberikan kepada setiap peserta untuk mengingatkan mereka mengenai cara-cara mencegah denggi.

Profesor Madya Dr Ariza Adnan, Setiausaha Kehormat MSIDC pula berkata, “Kita biasanya lupa bahawa jika kita sembuh dari denggi buat pertama kali, tidak bermakna kita imun dari dijangkiti semula kerana terdapat empat serotype denggi dan kesemuanya ada di Malaysia. Ini meningkatkan risiko kita untuk dijangkiti semula dan simptom-simptomnya mungkin menjadi lebih teruk setiap kali. Kita bercakap mengenai kegagalan pelbagai organ dan tanda-tanda amaran lain selain daripada pendarahan dan demam panas. Kos denggi bukan hanya diukur melalui kesakitan dan penderitaan pesakit serta orang-orang tersayang. Rawatan dan pengurusan denggi juga memberikan beban yang besar kepada kerajaan dan komuniti di Malaysia”.

Sebab inilah Ayue sangat risau tentang diri sendiri dan keluarga. Denggi tidak mengira umur atau jantina. Walaupun kita pernah kena denggi dulu, tak bermakna kita takkan dijangkiti lagi. Apa yang membimbangkan Ayue adalah rakyat Malaysia bersikap acuh tak acuh bila menyentuh tentang denggi. Tidak ramai yang sedar bahawa denggi adalah penyakit yang mengancam nyawa.

Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan di peringkat global, penawar denggi masih belum ditemui. Buat masa ini, pencegahan adalah penawar yang terbaik. Lebih baik mencegah daripada merawat bukan?

VIPs and guest celebrates the launch of Mission Buzz.

VIPs and guests commemorate the launch of Mission Buzz with a group photo

Misi Gempur Denggi ini akan memfokus kepada mendidik dan menyeru orang ramai untuk menjadi proaktif dalam pencegahan denggi dan mengingatkan semula rakyat Malaysia mengenai denggi, membina kesedaran yang tinggi terhadap pencegahannya dan menggalakkan rakyat mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk menentang penyakit yang mengancam nyawa ini. Ayue tidak mahu kenal rapat Ayue dijangkiti denggi. Begitu juga anda bukan? Ayuh kita sama-sama mencegah denggi!



Untuk maklumat lanjut mengenai denggi, sebab-sebab, simptom-simptom dan langkah-langkah pencegahan, sila layari :

Website : http://www.dengue.info/



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.